Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion - Sapuan Kasih Seorang Ibu

Apabila punya anak kecil macam-macam perkara kena prepair dan salah satu daripadanya adalah losyen untuk menjaga kulit mereka yang lembut dan halus tu. Kalau ualls nak tahu kulit baby ni amat sensitif dan perlu di jaga dengan baik. Terutama baby perempuan, nanti kulit dah berparut-parut jatuhlah saham! Ehhh.. ke situ pulak aku ni kan? Haha. 

Dalam banyak-banyak produk, aku tertarik dengan Ranessa - A Drop Of Lush yang bersifat multipurpose atau serbaguna. Walau nampak hanya dalam botol kecil tetapi ia boleh tahan selama sebulan jika walau di gunakan tiap-tiap hari. Baunya yang seakan-akan serai mempunyai fungsi aromaterapi yang amat bagus untuk bayi. Walau produk ini di fokuskan untuk si manja tersayang namun sebenarnya ia juga boleh digunakan untuk seisi keluarga. 

Baby Kasih juga sukakan lotion Ranessa 

Ranessa - A Drop Of Lush Multipurpose Lotion ini mementingkan unsur semulajadi dengan penggunaan 100% bahan organik yang bebas dari sebarang bahan kimia. Ini bermakna ia tidak mengandungisebarang alkohol, bahan kimia berbahaya, steroid dan bahan pengawet yang tidak sepatutnya. Maka sebab itu ianya selamat untuk di gunakan ke atas kanak-kanak dan bayi.

Ia juga menggabungkan minyak kelapa dara, minyak zaitun dan 6 essential oil terpilih yang telah di adun di dalam satu formula baru bersama bahan tambahan shea butter dan aloe vera utk melembapkan kulit. Walau di perbuat daripada pati minyak namun ia tidak mempunyai sifat berminyak dan melekit malah mudah menyerap ke dalam kulit dengan cepat. Ia juga di datangkan di dalam pump bottle yang mudah di gunakan.



Antara bahan yang terdapat di dalamnya adalah:
Extra virgin coconut oil, Aloe Vera, olive oil, shea butter, lavender oil, tea tree oil, eucalyptus oil, pogosteman cablin oil, citrus paradisi seed oil, citrus limon oil

Walau kurang faham sepenuhnya nama bahan yang di gunakan namun tak perlu susah hati kerana ianya mempunyai sijil KKM sepenuhnya.

Cara menggunakannya sangat mudah. Kita hanya perlu memicit sedikit saja dan sapu secara keseluruhan ke atas permukaan kulit yang telah terkena jangkitan serangga. Selain daripada mengatasi masalah gigitan serangga ia juga boleh membantu masalah-masalah yang lain seperti:
  • Ruam Lampin
  • Ruam Panas
  • Ruam Susu
  • Gigitan Serangga
  • Kulit Sensitif
  • Radang Kulit
  • Gatal-Gatal


Seperkara lagi, losyen Ranessa ini juga boleh digunakan sebagai krim pelindung. Kita boleh sapu sebagai pelindung kepada gigitan nyamuk sekiranya ingin membuat aktiviti luar malah boleh juga digunakan sebagai krim pelindung pada punggung bayi sebelum mengenakan lampin pakai buang.

Apa yang pasti, losyen Ranessa ini memang bagus untuk melindungi si comel kesayangan malah bagus juga untuk di gunakan bersama oleh ibu ayah dan ahli keluarga yang lain. Beli sebotol dan boleh di gunakan setiap masa terutama ketika ada masalah kulit dan sebagainya.


Sebotol losyen Ranessa hanya berharga RM69 saja. Bagi aku harga ini amat berpatutan sekali kerana ianya boleh bertahan selama sebulan penggunaan. Untuk mendapatkkannya sila hubungi pihak jualan di:

Harga : RM69

Instagram :

Facebook:

WhatsApp :
+013-5632009


click untuk shopping online di shopee: 

3 comments :

  1. comel packagingnya sesuai sgt tuk baby2

    ReplyDelete
  2. parking dia comel suka guna x kena gigit nyamuk

    ReplyDelete

My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates | Re-Edit By Sis Hawa