HIGHLIGHT

27 Mar 2018

MENCARI MAKANAN DI NAT POKOK GETAH, PERLIS

Selepas selesai check out dari KTH Homestay & Cottage kami semua bercadang untuk meronda di sekitar Perlis yang sinonim dengan panggilan negeri terkecil di Malaysia ini. Sebagai anak jati Perlis aku turut memainkan peranan untuk 'mempersembahkan' negeri kelahiranku ini pada rakan #teambpt #bloggerpantaitimur yang sudi luangkan masa mengikutku dari jauh ini.

Dari KTH Homestay & Cottage kami terus ke daerah Arau - Pauh yang agak terkenal dengan nat pokok getahnya. Nat ini sebenarnya bermaksud pasar pagi. Ia bukan hanya menjual barangan basah seperti ikan daging, ayam dan sayur malahan juga makanan lain yang sedap-sedap seperti kuih muih, pasembor, nasi, lauk pauk dan sebagainya. Pakaian juga turut ada di jual di sini. Pada asalnya nat ini hanya biasa dan sama saja seperti nat-nat yang lain yang ada di Perlis namun di sebabkan ianya didirikan di dalam ladang pokok getah maka suasananya terasa lebih sejuk dan redup hingga membuatkan orang ramai berasa suka membeli belah di sini. Sambil-sambil itu dapatlah pengungjung luar melihat bagaimanakah sebenarnya rupa pohon getah yang mungkin belum pernah lagi di lihat sebelum ini.


Nat Pokok Getah ini agak luas dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu di kiri dan kanan jalanraya utama. Jika di hitung dengan mata kasar aku andaikan ada lebih daripada 200 peniaga di sini. Besar beb! Naik lenguh kaki kalau nak explore semuanya sekali. Di sini juga turut di jual makanan yang terkenal di kalangan masyarakat setempat seperti emping padi dan jagung.

Yang warna hijau adalah emping padi. Caranya membuatnya adalah dengan menumbuk padi yang masih muda dengan lesung batu hingga leper kemudian gaulkan bersama kelapa parut, jagung, gula dan garam. Jika masa daku kecil-kecil dulu orang kampung suka buat emping ni guna penumbuk kaki. Makin sedap apabila di minum dengan kopi O panas buatan orang kampung. Perghh kawww beb!! Memang umphhh... bagi yang tak sukakan emping padi boleh makan jagung rebus manis yang sudah di gaul dengan kelapa parut seperti gambar di bawah. Itu pun sedapppp juga =D



Selain daripada emping padi, sejenis lagi makanan yang sering di beli di sini ialah pekasam. Pekasam ini menggunakan ikan darat yang banyak terdapat di dalam sawah padi seperti haruan, sepat, lampam dan puyu. Pekasam sedap di makan bersama nasi panas.



Bila sebut tentang pekasam terus aku teringat tentang cerita Cik Kiah Pekasam yang di bintangi oleh Rozita Che' Wan suatu ketika dulu. Di sini lah drama terbabit di lakonkan dan dek kerana cerita itulah nat pokok getah ini semakin di kenali dari hari ke hari.

Rambang mata apabila sampai ke sini... Nak tahu apa kami beli? Of courselah makanan..... kuih muih, pasembor, nasi lemak, buah, tapai dan macam-macam lagilah. Semuanya kami beli serba sedikit dan buka sebagai potluck untuk di makan beramai-ramai. Nama je beli serba sedikit tapi bila time makan tu dia penuh satu meja. Jenuh nak perabih cik oi....


Tengoklah ni dah penuh satu tangan membimbit semua makanan yang di beli. Ini baru daku sorang... bila di totalkan semuanya? Cuba ualls bayangkan.... hahaha....



Yang penting alhamdulillah, misi kami untuk mencari sarapan pagi telahpun berhasil. Pada yang datang ke Perlis ualls wajib singgah ke mana-mana nat (pasar pagi) yang terdapat di sini. Boleh di katakan tiap hari ada nat mengikut tempat yang telah di tetapkan. Bagi yang baru singgah ke Perlis dan masih tercari-cari di manakah adanya nat pada hari tersebut, ualls boleh rujuk jadual di bawah ni. 

JADUAL NAT, PASAR MALAM DAN PASAR TANI di PERLIS 

** AHAD
Nat pokok getah (pauh)
Nat mata Air (berdekatan KTH Homestay & Cottage)
Nat Behor Lateh
Nat Kuala Perlis
Pasar Malam Titi Chai, Utan Aji
Pasar Tani Taman Sena Indah Kangar
Up Town Simpang 4 Syed Kassim
Pasar Malam Balai Baru
Pasar Malam Kaki Bukit

** ISNIN
Pasar Malam Abi
Nat Tambun Tulang
Nat Balai Baru
Pasar Tani Arau
Pasar Malam jejawi
Pasar Malam Guar Sanji
Pasar Malam Kuala Sanglang

** SELASA
Nat Pekan Simpang 4 Che Kassim
Nat Batu 2 Jalan Kaki Bukit
Pasar Malam Kuala Perlis
Pasar Malam Lubuk Sireh
Pasar Malam Bukit Keteri

** RABU
Nat Balai Baru
Nat Arau
Pasar Malam Mini Putrajaya ( telah berpindah ke UTC Perlis)
Pasar Tani Seriab
Pasar Malam Kok Mak
Pasar Malam Tambun Tulang
Pasar Malam Bintong

** KHAMIS
Pasar Malam Anjung Keli
Pasar Malam Pauh
Pasar Malam Titi Chai Utan Aji
Nat Santan
Pasar Tani Pekan Simpang 4
Pasar Malam Taman Melati Indah
Pasar Malam Batu Bertangkup

** JUMAAT
Pasar malam Arau
Pasar malam Titi Tinggi
Nat behor Lateh
Pasar malam Pekan Simpang 4 Che Kassim
Nat Pokok Getah Pauh
Pasar Malam Ngulang

** SABTU
Nat Balai Baru
Pasar Tani Taman Sena Indah Kangar
Pasar Malam Jejawi
Pasar Malam Semadong

Ini baru aktiviti pagi, bagaimana pula dengan aktiviti seterusnya??? Tunggu entry seterusnya.... =D







5 comments:

  1. haii..penuh tgn sis...jagung manis dgn kepala xpernah makn lg nehh..mcm sedap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap!! jagung ngan kelapa tu best cik mar.. nti buat kat umah.=D

      Delete
  2. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ain. salam kenal. Terima kasih ya sudi singgah, sis dh pergi ke blog ain n follow u back. =D

      Delete
  3. harga makanan murah semuanya dan memang banyak choice !
    kita pulak yang rambang mata nak beli yang mana satu.

    ReplyDelete