Jenis Ketulan Di Payudara Bukan Semuanya Kanser
Jenis Ketulan Di Payudara Bukan Semuanya Kanser | Isu ketulan di payudara yang sememangnya sangat-sangat sinonim dengan wanita. Seperti yang kita sedia maklum, ramai kaum hawa di dunia mengalami masalah munculnya ketulan di payudara.
Salah satu tanda kanser payudara adalah ketulan. Tidak kira ketulan di payudara kiri atau ketulan di payudara kanan. Kerana itu, bila ada saja ketulan ini boleh buat mana-mana wanita berasa risau.
Persoalannya, apakah sekiranya berlaku ketulan di payudara bermakna ianya adalah kanser? Lebih mudah lagi, apakah semua ketulan yang muncul di payudara itu adalah kanser?
Terkejut? Ya of courselah aku terkejut. Bohong kalau aku katakan yang aku tidak terkejut apabila tiba-tiba saja muncul ketulan sebegini. Tambahan pula aku ni menyusu anak sepenuhnya dari anak pertama lagi jadi macamana pula boleh payudara aku sakit begini?
Jika di buang tidak bermakna ketulan ini tidak akan berulang lagi ini kerana ketulan fibroadenoma ini selalunya dikaitkan dengan tahap hormon estrogen di dalam badan wanita yang lebih tinggi daripada biasa.
Sekiranya tahap hormon setrogen terbabit menurun, maka size ketulan fibroadenoma ini juga akan turut mengecut. Ia memang sakit ketika baru muncul namun lama-kelamaan ia tidak akan menyebabkan kesakitan walaupun di pegang.
Galactocele dikenali oleh masyarakat kita dengan panggilan bengkak susu. Ia adalah benjolan yang terjadi dikalangan wanita-wanita yang menyusukan anak.
Breast Cyst terasa seperti benjolan yang lembut di luar kulit namun boleh mempunyai cecair di bahagian dalam ketumbuhan tersebut. Ia boleh di jumpai di kalangan semua umur penyakit.
Sebelum aku teruskan perbincangan mengenai jenis ketulan bersama isu kanser atau barah payudara ini, mahu aku beritahu di sini bahawa aku sendiri mengalami masalah yang sedang dibincangkan.
YA! Percaya atau tidak aku salah seorang yang mempunyai ketulan di payudara.
Punya Ketulan di Payudara Sebelah Kiri
Aku ada ketulan di payudara sebelah kiri. Aku sendiri hairan bagaimana ketumbuhan ketulan di payudara ini boleh muncul. Benjolan atau tumbuhan di payudara ini juga buat aku rasa risau kerana takut ada kaitan dengan penyakit lain.
Sebelum aku kongsi pengalaman ini dengan lebih mendalam, suka untuk aku beritahu bahawa aku adalah seorang ibu yang menyusu anak secara langsung sejak dari anak pertama lagi hinggalah sekarang anak yang ke enam. Semua aku susukan sejak lahir hingga mereka berusia 2 tahun.
1. Ketulan Muncul di Payudara Sekelip Mata
Pasti korang tertanya-tanya bagaimana boleh berlakunya perkara ini? Sememangnya aku sendiri tidak tahu sebab musabab sebenar mengapa berlakunya hal ini terhadap aku. Kejadian ini berlaku dengan sendirinya dalam satu masa yang sangat cepat.
Ketulan yang muncul di payudara aku ini bukannya dengan secara beransur-ansur. Maksud aku bukannya dengan cara muncul dengan bentuk yang kecil kemudian makin membesar dari hari ke hari sebaliknya ia terus muncul dalam bentuk sebesar biji guli dan keras keadaannya pula seperti batu. Ia muncul betul-betul berdekatan bahagian aerola.
2. Tanda Awal Sebelum Muncul Ketulan
Tanda awal yang aku hadapi sebelum ketulan ini muncul adalah :
- pening kepala
- demam yang berulang
- berpeluh dengan banyak
- payudara mengeras
- sakit yang teramat sangat pada bahagian payudara
3. Sakit Yang Susah Nak Tanggung
Sakit pada bahagian payudara saat sebelum ketulan ini muncul bukan tahap sakit biasa. Sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata cuma yang boleh aku katakan ianya sakit yang teramat sangat sehinggakan payudara sama sekali tidak boleh di sentuh walau dengan tangan sendiri.
Waktu itu aku sedang hamil dan terdetik juga, bagaimanalah agaknya untuk menyusukan anak. Dipendekkan cerita, terasa bagaikan payudara ini mahu pecah!
4. Sakit Lama On Off Hingga Berbulan
Berbulan lamanya aku menanggung sakit tapi aku cuba juga lakukan rutin harian cumanya bila sakit menyerang memang aku collapse. Tika masa sakit terus baring dan tidur sambil mengerang. Dah tak boleh nak buat apa lagi dah.Terkejut? Ya of courselah aku terkejut. Bohong kalau aku katakan yang aku tidak terkejut apabila tiba-tiba saja muncul ketulan sebegini. Tambahan pula aku ni menyusu anak sepenuhnya dari anak pertama lagi jadi macamana pula boleh payudara aku sakit begini?
Terlintas juga di fikiran jika aku punya penyakit lain dan risau kiranya susu aku boleh mendatangkan penyakit pada anak nanti. Menangis aku dek kerana takut yang teramat sangat dan demi risaukan kesihatan baby yang bergantung pada susuku sendiri.
Bukan Mudah Untuk Kawal Diri Kembali Positif
1. Sedih
Aku menangis, menangis dan menangis. Aku tahu ajal maut di tangan Allah SWT tetapi aku jadi teramat sedih apabila melihat wajah ahli keluarga.
2. Malu
Pada mulanya aku hanya diam seribu bahasa sebabnya aku malu untuk berkongsi masalah ini dan juga aku takut untuk terima hakikat jika ketulan ini adalah kanser.
3. Tertekan
Tekanan memikirkan semua ni memang sangat-sangat buat aku stress! Aku terus hilang tumpuan pada pelbagai perkara. Apa yang aku bayangkan sekarang adalah anak-anak tersayang.
4. Berubah Sikap
Akibat dari tekanan ini aku mula berubah sikap. Aku jadi kurang berbual, aku jadi kurang fokus pada pekerjaan, aku jadi lemah semangat dan dek kerana perubahan yang ketara inilah ada di antara ahli keluarga aku yang perasan.
5. Disiplin Diri Hilang
Secara tiba-tiba aku jadi tertekan yang teramat sangat. Disiplin yang amat aku jaga untuk kerja hancur begitu saja hingga timbulkan kemarahan pihak lain tapi aku tetap bersabar walau dalam hati hanya Allah saja yang tahu.
Demi Kehidupan, Nekad Untuk Berkongsi Masalah
Akhirnya aku nekad untuk menceritakan apa yang sedang aku hadapi pada suami dan emak. Dengan dorongan daripada merekalah, aku nekad bertemu dengan doktor.
Tika bertemu dengan doktor, ketar seluruh tubuh badan ni hinggalah doktor menenangkan aku dan menerangkan juga bahawa tidak semua ketulan itu adalah kanser. Jadi jangan terlalu bersusah hati.
Tatkala mendengar kata-kata doktor tu. Aku terus berdoa supaya ketulan ini tidak ada kaitan dengan kanser payudara.
Tolonglah!!
Doktor Berkongsi Jenis-Jenis Ketulan Pada Payudara (Bukan Semuanya Kanser)
Rupanya, terdapat banyak jenis-jenis ketulan pada payudara. Dan ketulan-ketulan ini bukan semuanya ada kaitan dengan kanser barah payudara.
Antara jenis ketulan di payudara ini adalah :
- kanser
- fibroadenoma
- fibroadenosis
- galactocele
- breast cyst
Penerangan Berkaitan Jenis Ketulan di Payudara
1. Ketulan Jenis Kanser
Ciri-ciri ketulan kanser payudara :
Selalunya bermula dengan satu benjolan dan benjolan tersebut sama sekali tanpa ada sebarang rasa sakit. Dari benjolan muncullah ketulan yang seakan sama seperti ketulan biasa yang lain.
Namun, untuk ketulan kanser selalunya ia mempunyai bentuk yang tidak sekata dan aku pernah terbaca yang ianya akan 'bergerak ke sini dan ke sana' apabila di sentuh.
Saiz ketulannya juga tidak statik dan akan membesar dengan cepat. Ia hanya perlu mengambil masa sekitar 6 (enam) bulan saja untuk berlaku kerosakan pada payudara kerana sel-sel kanser ini amat-amat agresif.
Saiz ketulannya juga tidak statik dan akan membesar dengan cepat. Ia hanya perlu mengambil masa sekitar 6 (enam) bulan saja untuk berlaku kerosakan pada payudara kerana sel-sel kanser ini amat-amat agresif.
Apabila sudah merebak ke kulit, kulit akan bertukar menjadi kemerah-merahan dan mula menegang dan tertarik.
Fibroadenoma adalah sejenis ketulan yang berlaku pada tisu payudara. Fibroadenoma di payudara (breast fibroadenoma) ini adalah sejenis tumor/ketumbuhan yang bukan kanser. Ia tidak merbahaya dan selalunya akan hilang dari masa ke semasa.
2. Ketulan Jenis Fibroadenoma
Ciri-ciri ketulan Fibroadenoma :
Fibroadeoma ini sering berlaku pada wanita di usia 20an dan 30an (wanita umur bawah daripada 35 tahun). Selalunya ia hanyalah sebesar biji kacang kuda namun ia juga boleh bersaiz seperti biji guli. Ketulan ini boleh berlaku dengan banyak dalam satu masa di payudara kiri dan juga kanan.
Jika merujuk kepada doktor sekalipun selalunya doktor tidak akan memberi apa-apa ubatan melainkan membuat pemeriksaan dan memberi nasihat untuk membuang ketulan terbabit sekiranya ketulan itu terlau besar dalam size lebih kurang 5cm.
Sekiranya tahap hormon setrogen terbabit menurun, maka size ketulan fibroadenoma ini juga akan turut mengecut. Ia memang sakit ketika baru muncul namun lama-kelamaan ia tidak akan menyebabkan kesakitan walaupun di pegang.
Sesetengah pendapat, fibroadenoma jika tidak dirawat akan berubah menjadi kanser tetapi sesetengah berpendapat ia tidak akan menjadi kanser. Ini bergantung kepada pemeriksaan dan ujian perubatan dan makmal bagi menentukan jika ia terdapat risiko untuk berubah menjadi kanser.
Sejenis ketumbuhan bukan kanser (benign). Benjolan selalunya berbiji-biji, kadangkala beserta dengan rasa sakit dan saiz akan berubah-ubah mengikut kitaran haid.
2. Ketulan Jenis Fibroadenosis
Ciri-ciri ketulan Fibroadenosis :
Selalu terjadi kepada wanita yang berumur 30an sehingga 50an. Dikaitkan dengan kitaran haid kerana wanita yang mempunyai benjolan ini akan berasa sangat-sangat sakit ketika sedang datang bulan.
Dalam sesetengah kes, simptom ini masih berlanjutan kepada wanita berumur sehingga hampir putus haid.
Dalam sesetengah kes, simptom ini masih berlanjutan kepada wanita berumur sehingga hampir putus haid.
Tiada rawatan khusus untuknya walaubagaimanapun doktor akan menasihatkan supaya mengambil vitamin B6 dan tidak mengambil minuman yang mengandungi kafein supaya vitamin terbabit dapat di serap oleh badan dengan lebih sempurna.
4. Ketulan Jenis Galactocele
Ciri-ciri ketulan Galactocele :
4. Ketulan Jenis Breast Cyst
Ciri-ciri ketulan Breast Cyst :
Rawatan Yang Doktor Sarankan Untuk Rawatan Ketulan Payudara
Diagnosis atau punca penyakit bagi ketumbuhan dipayudara akan dikenalpasti setelah doktor mengambil sejarah penyakit dan memeriksa ketumbuhan pesakit.
1. Kenalpasti Gejala
Antara gejala-gejala yang doktor akan bertanyakan kepada pesakit adalah :
- Bentuk payudara yang berbeza. Sama ada besar atau kecil sebelah.
- Puting payudara yang terbalik (inversion)
- Perubahan kulit payudara yang baru atau berterusan.
- Bendalir dari puting payudara – warna, kuantiti, kekerapan.
- Ketumbuhan – jangkamasa, saiz, kesakitan, lokasi di payudara.
- Kaitan antara ketumbuhan dan kitaran haid.
2. Kenalpasti Risiko Pesakit
Setelah mengambil sejarah penyakit, doktor akan mengambil sejarah risiko kanser payudara di kalangan pesakit yang mempunyai ketumbuhan di payudara.
Dengan cara ini, pesakit akan dikategorikan sebagai berisiko tinggi, sederhana atau rendah untuk mempunyai kanser payudara.
Antara risiko kanser payudara adalah :
- Umur melebihi 40 tahun bagi yang belum menopause dan melebihi 50tahun bagi sesakit yang sudah menopause
- Sejarah ketumbuhan di payudara yang dilaporkan sebagai atypia (sel yang tidak normal dan berpotensi membawa sel kanser)
- Sejarah kanser payudara di dalam keluarga dan mempunyai kejanggalan genetik seperti BRCA1 and BRCA2
- Pesakit yang pernah menerima radioterapi seperti “Hodgkin Lymphoma”.
- Kandungan pertama pada usia melebihi 30 tahun
- Tidak menyusukan anak ( Tidak Memberi susu ibu)
- menyusukan anak selama setahun dan ke atas akan melindungi ibu daripada kanser payudara
- Penggunaan hormon estrogen atau “hormone replacement therapy”.
- Kedatangan haid pertama pada usia kurang dari 12 tahun
- Menopause pada usia melebihi 55 tahun.
3. Melakukan Pemeriksaan Fizikal
Setelah mengambil sejarah penyakit, pesakit akan diperiksa di bahagian payudara. Ini adalah untuk mengenalpasti kedudukan benjolan.
Selain daripada itu, bahagian kelenjar di bahagian ketiak dan leher akan diperiksa kerana di sini lah tempat kelenjar kanser payudara yang akan merebak.
Jika pesakit disyaki mengalami kanser payudara; paru-paru, bahagian abdomen (perut) dan tulang belakang akan turut diperiksa oleh doktor.
Menyusu Badan Pada Anak Boleh Jadi Penyelamat Dari Kanser Payudara
Menyusu badan ni boleh kurangkan risiko kanser payudara
Saat mendengar ayat ini aku rasa bersyukur sangat-sangat kerana hakikatnya aku adalah seorang ibu yang menyusu badan sepenuhnya dari anak yang sulung lagi hingga umur mereka 2 (dua) tahun.
Doktor sendiri ucapkan tahniah kerana berjaya menyusu anak-anak dari anak yang pertama hingga anak yang ke enam.
Kata doktor, susu aku ini tidak memberi apa-apa masalah kesihatan pada anak cuma, aku sendiri yang perlu menahan sakit tika menyusu tu. Tak mengapa, walaupun sakit aku tetap akan tahan demi untuk memberikan susu.
Doktor Sahkan Ketulan di Payudara Aku Bukan Kanser
Setelah merujuk dengan doktor, alhamdulillah rupanya ketulan yang ada pada aku ini bukanlah kanser tapi adalah salah satu ketulan yang bukan kanser. Walaubagaimanapun aku tetap harus pantau dan perlu tetap di buang juga nanti. Cuma buat masa itu aku sedang hamil dan mahu susukan anak sepenuhnya jadi aku perlu fokus menyusu dulu untuk anak.
Doktor turut menasihatkan aku supaya tuam payudara untuk mengurangkan bengkak dan untuk memudahkan susu untuk keluar dengan lebih lancar.
Yang pasti, ubat terbaik untuk membantu aku di saat ini adalah baby aku sendiri. Semain kerap dia menyusu, semakin kurang bengkak pada payudara, semakin lancar susu dan semakin kurang juga risiko aku dengan ketulan ini.
Ini bermakna, walaupun sakit ketika menyusu dengan ada ketulan ni, aku kena hadap juga.
Jangan Takut Berjumpa Doktor
Harus merujuk kepada doktor sekiranya ada ketulan. Jika punya anak, boleh beritahu pada nurse ketika pergi buat checkup anak dan nurse akan uruskan kita untuk berjumpa dengan doktor selepas itu.
Dari situ dapatlah kita bercakap, meminta nasihat dan membuat pemeriksaan lanjut berdasarkan apa yang sepatutnya. Aku menulis di sini bukan untuk meminta simpati dan membuka aib sendiri tetapi untuk berkongsi cerita supaya wanita lain di luar sana dapat jadikan sebagai panduan.
Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan menahan sakit dan rasa akhirnya sekarang dah makin okay. Sakit pun dah beransur pulih berkat anak yang kuat menyusu. Syukur. Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah.
Kesimpulan
Itulah dia beberapa jenis ketulan bukan kanser untuk kita sama-sama tahu.
Aku berkongsi pengalaman serta tanda-tanda dan gejala berkaitan ketulan payudara ini bukan untuk minta simpati atau buka aib sendiri. Aku bercerita mengenai ketumbuhan ketulan di payudara ini dengan niat untuk berkongsi.
Tak dinafikan ramai wanita bimbang dan mengaitkan dengan penyakit kanser bila dapat tahu ada ketulan pada payudara.
Hakikatnya, walaupun tanda paling awal ketika kanser payudara merebak adalah terdapat ketulan, tapi tidak semua bentuk ketulan di payudara itu ada kaitan dengan penyakit ini.
Ingatlah! Tidak semua benjolan ketulan dipayudara itu adalah kanser. Rawatan dari doktor juga berdasarkan jenis dan tahap penyakit. Jika tidak serius, tiada apa yang perlu dirisaukan.
Jangan panik ya kerana kebanyakan ketulan di payudara bukanlah sel kanser dan ianya tidak berbahaya. Tambah-tambah lagi pada wanita yang menyusukan bayi dengan susu badan sendiri.
Jemput join :
Telegram Rasmi Sis Hawa Blog
https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Tawaran Hebat Harga Jimat Amway
ini kali betul-betul boom!!
whatsapp :
macam liez kot... hanya lump dr ketulan breast tisu.. mmg takut waktu liez tahu ada ketulan.. hampir setahun ulang kehospital untuk check adakah ia makin membesar atau tidak..liez ada cerita dekat sini http://www.mrsliez.com/2017/04/pengalaman-menjalani-pembedahan.html
ReplyDeleteBentuk ketulan tu mcm mana
Deletedulu masa anak dara pernah ada ketulan juga...tapi dah selamat buang...sian awa mesti risau dan sedih masa tu kan...
ReplyDeleteAda kebarangkalian tak cyst jadi kanser?
DeleteAlhamdulillah.. Bukan kanser. Penyakit yang paling ditakuti oleh kaum wanita.
ReplyDeleteAlhamdulillah..moga awa diberikan kesihatan yang baik dan jangan stress stress tau!nanti kita gi holiday lagi !
ReplyDeleteSyukur.
ReplyDeleteYa, kebanyakan pesakit yang saya buat ultrasound untuk ketulan di payudara,bukan kanser daripada rupanya.
Tapi kadang bila ambil sampel, boleh jadi kanser juga.
So, jangan bertangguh untuk dapat nasihat doktor
Bengkak susu eiza pernah kena. Sakitnya Allah saja yang tahu. Sampai demam la. Selain teruskan penyusuan, ubat demam dan surut bengkak berjaya bantu eiza pada masa tu. Pastikan ubat yang di ambil adalah khas untuk wanita yang menyusukan anak. Semoga Awa diberikan kesihatan yang semakin baik.
ReplyDeleteAlhamdulillah smga sis Awa diberikan kesihatan yang baik. keep strong!
ReplyDeleteterima kasih sharing sis awa.. pengalaman yang setiap wanita perlu ambik taw.. ujian yg Allah bagi hanya kita yg mengalaminya..
ReplyDeleteChaiyok awa 💪🏻💪🏻 Jangan mudah putus asa. Ajal maut d tgn tuhan. Dia tahu yg trbaik untuk kita
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah, semoga Sis Hawa terus kuatkan semangat demi keluarga dan anak-anak.. =)
ReplyDeleteAlhamdulillah... Semoga sis hawa terus sihat demi ank2..
ReplyDeleteterima kasih banyak2 atas sokonga, ada masa jemput singgah sini lagi ya
DeleteSya bru pas bua utrsound jumaat lpas. Doc ckp ada ketulan...ya allah... sedihnya
ReplyDeletesabar ya... sis faham tapi tak semua ketulan kanser so be strong!!
DeleteTq sis hawa atas perkongsian pengalaman Dan ilmu ini.
ReplyDeletesama-sama... terima kasih juga sudi singgah di sini.. ada masa jemput dtg lagi ke blog saya
DeleteSy baru nak ultrasound 24 ogos ni. Ada ketulan dalam 4cm. Doakan sy kuat mcm awak ye
ReplyDelete