HIGHLIGHT

15 Apr 2018

BABY SADOO - PENGISI PERUT ANAK TIKA IBU SIBUK DAN TRAVEL

Apabila sedang bercuti, perkara utama yang perlu kita ambil tahu selain daripada tempat bermalam semestinya adalah tempat makan. Jika bercuti untuk berbulan madu pastinya takde masalah tapi bayangkan jika sedang bercuti dengan anak-anak, terutama anak yang masih kecil dengan kerenah makannya yang tak suka itu, tak suka ini... mesti boleh mendatangkan geram juga kan? 

Dalam masa yang sama ia juga boleh membuat kita berasa susah hati bagaimana nak dapatkan makanan yang boleh menepati citarasa selera anak-anak dan dalam masa yang sama masih lagi mengekalkan ciri-ciri berkhasiat, bersih dan halal. Jangan risau kerana sekarang ni sudah ada pun produk sebegitu di pasaran untuk kita beli dan beri pada anak-anak tersayang. Produk yang aku maksudkan di sini adalah daripada jenama keluaran muslim, BABY SADOO.

BABY SADOO - Makanan bayi muslim konsep homemade

BABY SADOO ini adalah satu jenama produk makanan bayi yang diasaskan oleh Puan Amirah Khairi. Puan Amirah merupakan ibu kepada dua orang anak dan mempunyai ilmu dalam bidang jurusan kejururawatan. Baby Sadoo baby food ni merupakan 100% homemade baby and toddlers food. 

Kepakaran Puan Amirah sebagai bekas jurururawat terlatih ini dalam mengkaji dan menyediakan makanan tanpa sebarang bahan pengawet, perasa dan pewarna tambahan dengan mengutamakan bahan yang suci, halal, bersih dan berkualiti memang sepatutnya di puji. Nampak comellll sangat botol-botol kaca kecil tu kan? Itu hanya sebahagian saja tau dan dari hari ke hari Puan Amirah akan semakin memperbanyakkan lagi pilihan menu dan rasa untuk si manja. 

PUAN AMIRAH - PENGASAS BABY SADOO

Puan Amirah memasak sendiri menggunakan ilmu dan pengalaman yang dia ada supaya mengikut keperluan nutrien setiap peringkat umur kanak-kanak yang berusia dari umur 6 bulan sehingga 3 tahun dan makanan yang berasaskan konsep homemade ini mementingkan penyediaan dengan penuh rasa kasih, sesuai dengan bakal penggunanya yang masih kecil dan wajib disayangi.

Apa yang membuatkan aku makin suka dengan makanan dari Baby Sadoo ni kerana ianya sama seperti makanan yang di masak oleh seseorang ibu itu sendiri dari rumah yang boleh menepati selera makan anak-anak termasuklah yang jenis suka memilih (picky eaters) dan juga untuk bayi yang mempunyai masalah alergik. 



Soal pembotolannya juga sangat kemas dan bagus. Bekas yang digunakan bukan hanya boleh di masukkan ke dalam microwave malah mudah untuk di bawa ke mana-mana terutama dengan menggunakan foodwarmer.


Cara penyediaannya juga cukup mudah! Kita tidak perlu lagi tambah apa-apa bahan perasa, air, susu dan sebagainya. Apa yang perlu dibuat hanyalah panaskan dan terus sedia untuk di makan oleh anak.

Jika sedang travel tak kisahlah kat tepi pantai atau dalam kereta dan sebagainya yang sememangnya tak ada alat untuk panaskan makanan, ualls hanya perlu rendamkan saja di dalam air panas. Mudah je kan...

ber'sadoo' di tepi pantai tika bercuti

Dalam banyak-banyak menu yang disediakan, daku paling suka perasa Baby Chicken Butter Milk. Baca balik elok-elok, daku paling suka ! , ini bermakna bukan hanya anak je makan tapi emaknya ikut tumpang sekali. Yelah, anak makan tiga suap, emak makan satu suap. Aci la kan? Tak tahan tau sebabnya dah la bau mengancam, rasa pulak sedap. Aduuuuhai...

sedapnyaaaaa.... bukan setakat anak je leh makan ni... hehe
Nampak tu, tak sempat mamanya nak suap, dia dulu nak makan sendiri.. sabar sabar... =D

  

Selain daripada makanan pejal untuk anak-anak yang sudah pandai untuk mengunyah dan menelan, Baby Sadoo turut mempunyai rangkaian makanan halus untuk diperkenalkan sebagai makanan pertama untuk bayi. Aku sendiri pun dah tak sabar nak beri makanan ni untuk Kasih apabila usianya sudah genap 6 bulan nanti.

Makanan pertama yang dimaksudkan ni adalah dalam bentuk puree. Antaranya terdapat puree pisang, puree carrot, puree avokado, puree epal, puree mangga, sweet potato dan sebagainya.

BABY SADOO - PUREE CARROT - Halussss je tanpa sebarang bahan pengawet

Jadi, untuk ibu yang berkerja tu tak perlulah perkenalkan makanan dalam tin yang ada di pasaraya tu lagi sebagai makanan anak-anak. Daripada perkenalkan anak dengan 'makanan segera' yang sudah lama di proses ada baiknya gunakan produk Baby Sadoo yang lebih segar.

  

Seperkara lagi yang aku suka,, kita boleh bawa produk ni ketika pergi makan kenduri! Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri kerana anakku si Awwal tu memang cukup memilih dengan makanan. Caranya ualls panaskan siap-siap makanan tu dari rumah dan bawa untuk makan bersama ketika sedang berada di majlis kenduri tu. 

Dengan cara ni takdelah anak kita terkebil-kebil masa kita sedang makan. Tak terjadi juga isu anak nak merengek dan minta dukung tika kita sedang berlapar nak makan. Secara tak langsung Baby Sadoo dah jadi penyelamat. Alhamdulillah... =D

BABY SADOO - PENYELAMAT KETIKA SEDANG BERCUTI JUGA

Jadi tak hairanlah kenapa produk Baby Sadoo yang membawa konsep makanan sihat, suci, halal dari tangan ibu ini boleh menarik perhatian ramai ibu bapa di luar sana terutama untuk ibubapa yang berkerjaya. At least, walau terpaksa menghantar anak kepada mana-mana pengasuh sekalipun takdelah perlu bekalkan anak dengan makanan segera dalam tin lagi. Ibu pun tak perlu lagi kejar masa pagi-pagi untuk masak bekal buat anak kesayangan masing-masing dengan adanya bantuan Baby Sadoo.

Jika ibu ada hal, ayah boleh suap anak-anak dengan Baby Sadoo. Puashati tengok anak makan dengan begitu selera kan? Makin puashati kerana kita tahu makanan yang di beri pada anak tu adalah sangat terbaik tak ubah seperti yang di masak sendiri dari rumah. Inilah ciri-ciri makanan yang sepatutnya.

  

SAMPAI BERBOTOL-BOTOL SEKALI BELI!!!



PARA ARTIS PUN GUNA BABY SADOO JUGAK NAMPAKNYA!!


MAMA SADOO, itulah gelaran yang terbaik untuk ibu-ibu yang sangat berusaha sedaya upaya untuk mengembirakan anak-anak masing-masing. Kegembiraan anak ini terletak pada tahap kesihatan dan ini termasuklah pada makanan untuk mengenyangkan perut anak. Makanan sihat dengan bahan berkualiti yang di masak sendiri oleh ibu adalah perkara yang terbaik namun sayangnya tidak semua ibu boleh melakukannya terutama sekali untuk ibu yang punya kerjaya. 

Di kesempatan ni aku nak ucapkan jutaan tahniah dan terima kasih pada Puan Amirah kerana berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan makanan baby sebegini demi untuk membantu ibubapa dan bayi-bayi comel di luarsana. Usaha Puan Amirah ni memang patut dipuji.


Bagi ibu ayah yang berhajat untuk mendapatkan produk ini, rangkaian Baby Sadoo memiliki agennya di seluruh negera dan untuk info lanjut dan sebagainya, ualls boleh terus hubungi Puan Amirah  di:

Whatsapp : 019-6649388 / 011-10061309
#babysadoo #rendamterusbolehmakan #pickyeaterschoice 


MAHU BAYI SIHAT DENGAN MAKANAN HALAL BERSIH DAN SUCI? BABY SADOO ADALAH JAWAPANNYA!!




4 comments:

  1. wahh. tq sis hawa for the superb review. Harap ank sis hawa lalu makan kesemua menu Baby Sadoo ��❤️

    Jemput LIKE FB page @Baby Sadoo HQ untuk tips pemakanan dan kesiharan anak kecil juga ��

    ReplyDelete
  2. wahh makin mudah untuk makayah nk bagi makanan kat anak masing2 kan..

    ReplyDelete
  3. sedap dan berkhasiat untuk mereka!!

    ReplyDelete
  4. sis cik ash nak etek boleh dop hahahha :P

    ReplyDelete