Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

JJCM LANGKAWI - LUNCH DI RESTORAN SELERA AKMAL

Setiap kali ke Langkawi aku cukup blur bab selera makan sebabnya kat Langkawi ni aku agak payah nak cari restoran yang kena dengan tekak serta sesuai dengan budget. Tappi sudah tekak melayu nak tak nak kena juga cari restoran yang ada menyajikan nasi campur dengan pelbagai lauk pauk untuk di pilih.

Mulanya nak ke restoran yang sememangnya sudah agak terkenal tapi fikir fikir balik kalau restoran begitu mesti orang snagat ramai. Aku ni pula bukannya minat sangat bab-bab beratur hanya untuk makan ni. Almaklumlah, anak ramai katakan... huhuhu... Mujurlah daku ada juga kenalan dan ahli keluarga yang menetap di sana. Tanya pun tanya sebagai orang tempatan yang sudah lama menetap di sana mereka sarankan untuk menjamu selera di Restoran Selera Akmal yang terletak di Jalan Lapangan Terbang.  


Selepas mendapat saranan, apa lagi.... terus mencari destinasi yang telah di beritahu tu. Alhamdulillah, lokasinya sangat mudah untuk di cari dan apa yang lebih menggembirakan lagi kedai ini di buka setiap hari dari jam 8pagi hinggalah 5pm.

Ketika sampai di sana, aku rasa bagaikan nak pitam!! Ya Allah... banyaknya lauk pauk. Menu masakan pun punyalah banyak. Jika di hitung dengan kasar rasanya lebih dari 50 jenis lauk. Ada daging, makanan laut, sayur, ulam-ulaman dan pencuci mulut. Menu masakan dari gulai, masak lemak, goreng, sup hinggalah bakar. Hmmmm.... pitam cik oi pitam! =D



Selepas melirik sekilas pada makanan, aku terus melihat pada persekitaran dalaman kedai dan juga kawasan luarannya. Orang kata, sebelum makan kena cuci mata dulu okay... yelah nak tahu juga kedai tu bersih ke idak. So far, syukurlah sangat-sangat bersih. Aku dan team terus membuat keputusan untuk duduk di ruangan makan berbumbung di luar untuk melepaskan penat dengan keadaan badan yang dah makin berpeluh ni.

Setelah badan dah rasa kembali ok, maka bermulalah episod memilih menu makanan mengikut selera masing-masing.... Jom kita layan apakah menu-menu best yang ada terdapat di Restoran Selera Akmal ini.. untuk nasi boleh pilih samada nak nasi putih biasa ataupun nasi dari beras perang. Aku pilih nasi putih biasa jer... dan di sebabkan aku ni cukup suka makanan laut maka tempat pertama yang aku tuju adalah pada bahagian makanan bakar. Rasa nak menitik airliur masa ni hahaha...

Aneka makanan bakar dan percik.. aku ambil seekor udang dari sini.. fresh padat manis!! Awesome...

Kat sini aku ambil gulai kuning ikan kering bersama terung yang kat bawah sebelah kanan. Terus teringat masakan emak huhu....

Kat sini aku terliur tengok daging masak hitam tu tapi hari ni aku rasa nak makan sup so aku pass daging tu.. 
Kat bahagian ni aku stop sekejap..... aku ambil sup ayam semangkuk kecil... isi kurang kuah sup lebih haha... sedapp leh hirup sup yang panas-panas.


Sambil-sambil tu sempat lagi aku skodeng lihat pelanggan lain ambil apa. Yelah lauk kan banyak sangat maka aku pun nak juga lihat apakah lauk yang menjadi pilihan pelanggan lain yang turut ada di situ. Sambil tu sempat juga bertegur sapa dengan seorang dua pelanggan. Dan.... apa yang cukup aku puashati, restoran ini amat-amat terkenal di kalangan orang tempatan kerana rasanya yang sedap, restorannya yang bersih dan juga harganya yang amat berbaloi.

Patutlah direkemonkan restoran ni rupanya memang dah famous amos di kalangan penduduk Langkawi cumanya orang luar macam kami ni je tak kenal. Kiranya, restoran ni port rahsia diaorang untuk makan la. Sorry lah ya, lepas ni tak akan rahsia lagi haha..... jom jom sapa ke Langkawi make sure singgah ke restoran ni!! Harussss......


Bukan setakat makanan, air pun mengancam juga!! Aduhhhh.... sedapppp weh... cik asben pun puashati!!

Selepas sesi makan nasi tamat, daku ambil semangkuk kecil pengat pisang yang masih berasap. Perghh makan pengat yang manis lepas makan nasi memang umph!! Selain tu ada juga lontong tau.. Ohya, sebelum daku terlupa, masa lepas makan nasi tu tertoleh pula ke belakang dan rupanya ada juga corner khas untuk cendol, ABC, laksa, mee rebus dan laksam. Ah sudah! Perut yang dah mula kenyang kembali berdendang lagu-lagu hindustan ala jawa. Hahaha...


Taraa..... inilah dia... semangkun ni penuh dengan bahan yang cukup banyak. Harga pun takde la mahal mana walau bumi Langkawi ni adalah salah satu tempat perlancongan tahap antarabangsa. Semangkuk ni makan sorang pun sangat-sangat kenyang dan disebabkan tadi aku dah makan nasi maka aku makan mee rebus bersama suami. Untuk laksa dan laksam di makan oleh Sis Gee dan Mek Yuni bersama suami mereka.


Last but not least, adalah pengat pisang... menikmati makanan manis untuk pelengkap makan tengahari pada hari itu.

Alhamdulillah.... aku amat-amat berpuashati dengan Restoran Selera Akmal ni. Amat amat puashati. Jika aku punya 5 bintang di langit, semuanya aku nak kasi untuk Selera Akmal sebabnya restoran terbabit amat menepati kehendak aku iaitu :

1- restoran yang bersih
2- menu makanan yang amat banyak dan pelbagai
3- rasa masakan yang sangat sedap dan memuaskan
4- harga yang tidak 'mencekik darah'
5- ruang makan yang selesa
6- layanan owner dan pekerja yang amat mesra
7- adanya bilik air yang juga bersih dan wangi (di seberang jalan)

Sebahagian daripada pelanggan yang turut berkunjung ke situ. Bukan setakat makan tapi tapau sekali... hehe

Kesimpulannya: Jika ualls ke Langkawi maka singgahlah ke restoran Selera Akmal yang terletak di No 12, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Bukit Nau, 07100 Langkawi, Kedah ini. 


Bergambar kenangan bersama owner restoran... 

InshaAllah jika ke Langkawi aku pasti singgah ke situ lagi. Ualls pun, jika ke Langkawi singgahlah ya.... Jangan risau, ualls pasti akan berpuashati kerana restoran ini adalah yang terbaik di Langkawi!! Bukan daku cakap tau.... tapi penduduk setempat yang cakap dulu sebelumku.. =D


2 comments for "JJCM LANGKAWI - LUNCH DI RESTORAN SELERA AKMAL "

  1. terbayang bayang deretan lauk pauk yang penuh di meja....slurppp...dan kerabu bronok terbaikkkk kat sini!sedapppp!

    ReplyDelete