LANGKAWI WILDLIFE PARK - TEMPAT PALING BEST DI PULAU LAGENDA

Jika dulu dikenali sebagai Bird Paradise tetapi kini telah gah dengan nama Langkawi Wildlife Park dan untuk pengetahuan ualls Langkawi Wildlife Park ni memang sangat-sangat best dan amat wajib di kunjungi sekiranya berada di bumi Langkawi. 

Daku sendiripun walau sudah berada banyak kali di Langkawi tapi ini adalah peluang pertama berkunjung ke sini itupun kerana nak lari dari rutin jelajah Langkawi yang asal. Yelah, jika dulu asal ke Langkawi je akan ke Makam Mahsuri, Beras Terbakar dan pusat bebas cukai tapi kali ni daku ubah jadual selalu tu dengan mengunjungi tempat-tempat lain yang ada di Langkawi demi untuk memastikan anak-anak kami semua happy dan tak boring. Kiranya, jika dulu ke Langkawi dengan mengikut jadual untuk kepuasan mak ayah tapi kali ini demi untuk kepuasan anak-anak. That's why Wildlife Park berjaya masuk ke dalam senarai.

Tiba saja di muka pintu masuk utama sudah di sapa oleh si kakak tua yang cantik dan peramah. alalala... comeyyyy
Sebelum boleh masuk of courselah kena beli tiket masuk dulu kan? Dan... di sebabkan daku pergi dalam bilangan yang agak ramai maka kami dapat beli dengan harga pakej yang lebih murah. Selain daripada tu kami turut menambah sebanyak RM20 lagi untuk mendapatkan tourguide khas untuk membantu kami untuk lebih memahami 'penduduk-penduduk' tetap di dalam rumah besar Wildlife Park ini. Untuk tahu berapakah harga tiket ualls boleh layari lamanweb rasmi mereka DI SINI.

Sebaik saja melangkah masuk, ualls akan bertemu dengan sebuah stall comel yang mempamerkan beberapa jenis makanan untuk para penghuni di sini seperti jagung, carrot, epal, pisang dan lain-lain. Ualls jangan risau, apa yang perlu di buat hanyalah tunjuk tiket yang telah ualls beli tu para si penjaga stall yang comel dan dia akan berikan makanan tersebut kerana harga tiket sudah termasuk makanan terbabit.


Sebaik saja selesai mendapatkan makanan tersebut, kami di sapa oleh beberapa ekor burung kakak tua yang sangat comel. Cantik sangat warnanya. Striking habis!! Rasa macam nak ambil seekor dan bawa balik je.

Ada yang sedang duduk bertenggek berdua (ibu dan anaknya), ada juga yang sedang duduk berehat sendiri dan ada juga yang terpaksa diletakkan di dalam sebuah sangkar bertutup. Yang ada di dalam sangkar bertutup tu bukan sengaja diasingkan kerana nakal tau tapi demi untuk membiasakan dulu kehadirannya dengan si kakak-kakak tua yang lain supaya kewujudannya di situ selepas ini dapat di terima dengan aman dan baik.

Sesi berkenalan di sebalik sangkar... "Helloooo.... mai la sini kita sembang-sembang.." Kiki..
Ohya, ada satu perkara baru yang ku belajar daripada abang guide kami iaitu pantang utama si kakak tua ini adalah, jangan sesekali menyentuh bahagian ekornya. Jika sentuh juga memang dia akan melenting!!! Haaaa... so jangan nak buat pasal ek. Pegang tempat lain boleh, but bahagian ekor jangan sesekali...

Selepas melihat si kakak tua yang cantik, kami di sapa pula oleh burung flamingo yang berwarna kemerah-merahan. Sekali tengok macam kena spray dengan cat merah jambu. Comel sangat!

Bila di tanya pada abang tourguide rupanya warna asal adalah putih cuma ia bertukar menjadi sebegitu disebabkan jenis pemakanannya. Untuk flamingo di sini di beri makan campuran udang dan juga carrot (kalau tak silap daku), sebab tu colournya boleh transform daripada putih suci kepada pink!!


Itu baru dua jenis haiwan, tapi hati dah terus terpikat. Makin terpikat apabila kami secara tiba-tiba saja di ngorat oleh Mr.Sarip Dol yang nakal. Melihat akan keletahnya tu rasa macam daku nak ikut bermain dengan dia tapi disebabkan aku sedang memangku Kasih maka aku serahkan Mr.Sarip pada Mr.Qamar.

Inilah dia Sarip!! Bukan main lagi dia eh. Berat ni tau,,, 9kg tu. Sarip akan tetap setia di situ setiap hari, pada jam 10 pagi dan 3 petang untuk bermanja dengan siapa saja yang terpikat dengannya. 



Ohya, bukan hanya Sarip si racoon je ada nama panggilan sebegini tau malah boleh di katakan setiap penghuni di sini ada namanya masing-masing. Nak tahu nama apa, kena tanya abang tourguide ualls lah sebab diaorang je yang kenal dan boleh hafal semua nama si penghuni ni. Sebab tu, jika datang ualls harus amik sorang tourguide ni. Ala setakat RM20 bukannya mahal pun.. yang penting best sebab boleh tanya macam-macam. hehe... 

Next pitstop... alamak,..... yang ni daku awal-awal dah lari okay! Semasa kejadian ni aku dah berada nuuuuu di hujung sana terus skip sebabnya daku takut sangat-sangat dengan haiwan ni. Inilah dia yang paling ku fobia. Mr.Qamar dah cakap suruh aku try kerana katanya dengan berhadapanlah fobia tu boleh hilang tapi masalahnya daku belum boleh bersedia lagi. Nantilah.... jika punya kekuatan, mungkin... Inipun rasa takut bila sedang upload gambar... uwaaaaa... tolongggggg..... 1,2,3! UPLOAD!


di bawa keluar untuk pengunjung pada jam 11 pagi dan 4.40 petang. 

Phewwww.... lega...... 
Okay, di samping Sarip dan juga si ehem ehem yang ku 'teramat berani' tu, ada juga pelbagai haiwan lain di situ seperti kancil, musang, itik dan lain-lain lagi.


Sambil lihat haiwan, ualls boleh beri makan 'bekalan makanan' yang telah di bawa tadi. Seronoknya di sini adalah kita boleh memberi makan pada haiwan-haiwan ini dengan makanan yang betul. Pada setiap bahagian telah diletakkan tanda sebagai panduan untuk memberi makan dengan betul dan ikut saja arahan tersebut. Jika bernasib baik haiwan ini akan makan dari tangan kita sendiri. 

Jika ke zoo-zoo kita sama sekali tidak dibenarkan untuk mendekatkan diri dengan memberi makanan pada haiwan-haiwan yang di simpan di situ tetapi sebaliknya pula dengan Langkawi Wildlife Park ini. Ya, semestinya haiwan yang agak ganas tidak dibenarkan tetapi sukanya aku kerana terdapat begitu banyak haiwan yang jinak mesra sesuai dengan kanak-kanak. Apa yang lebih menariknya lagi turut terdapat sinki basuh tangan di segenap bahagian untuk memudahkan para pengunjung membasuh tangan selepas memegang mana-mana haiwan di situ.


Tapi hati aku amat-amat gembira sekali kerana nak melihat LOVE BIRDS yang sangat cute! Love birds ni bahasa international la jika bahasa senegara di beri nama burung serindit. Rupanya ala-ala macam burung kakak tua juga cuma dalam versi yang lebih kecil. 

Untuk kawasan si lovebirds ni agak terasing dan bertutup kerana ianya di biarkan terbang bebas dan kita boleh beri makan pada mereka. Cuma, atas nasib masing-masinglah samada si lovebirds sedang lapar ataupun sudah kenyang. Jika mereka sedang lapar mereka akan terbang turun sehingga ke atas telapak tangan untuk makan makanan yang ingin kita beri. Jika sudah kenyang, hmmmm takde harapanlah dia akan turun. Tapi, at least masih boleh bergambar sebagai kenangan.

Salah seorang tourist bersama lovebirds yang sangat cute!
Bukan hanya si lovebirds saja dilepas terbang dengan agak bebas di kawasannya malah terdapat juga spesis burung lain yang di benarkan terbang bebas seperti ini. Sekali lihat dah macam taman burung yang sangat besar. Anakku sendiri boleh cakap yang kami dah bertukar jadi burung sekali dan duduk dalam sangkar yang besar.. hahaha... anak oh anak! Nampak sangat dia punya imaginasi tu dek kerana terlajak happy. 

Rombongan kami yang riuh rendah dengan anak-anak
Setelah melalui kawasan bersangkar besar dengan burung yang bebas berterbangan sesama sendiri, tiba-tiba saja abang tourguide cakap, "okay, sekarang kita akan lihat barangan cantik lawa. Barang ni mudah pecah". Ah sudah! Bila sebut mudah pecah aku dah gelabah sikit. Terus aku pesan berkali-kali pada anak... jaga perangai eh.. jangan nak sentuh itu ini suka hati okay. Alhamdulillah, mujurlah anak paham.

Benarlah bagai di kata, memang cantik sangat ualls oi.. kelabu mata di buatnya. Barang yang dimaksudkan ini adalah barangan kristal yang telah diproses menjadi pelbagai bentuk seperti barangan perhiasan rumah dan perhiasan diri. Aku dah mula rambang mata dan dah mula buat muka habis lawa pada Mr.Qamar... Hahaha...



Sambil menjamu mata, kami disapa oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang agak peramah. Disebabkan beliau memakai baju berwarna purple dengan logo Langkawi Wildlife Park maka sudah semestinya dia adalah salah seorang pekerja di sini. Punyalah asyik bersembang bagaikan dah kenal lama pulak! Peramah,,... sangat-sangat peramah. Rasa happy giler ada kat bahagian kristal tu di sebabkan adanya beliau. Bila di tanya nama, dia memberitahu bahawa namanya adalah John. Mr John! =D


Sambil menanti Mek Yuni yang dah terpanah dengan kilauan kristal, aku dan Mr.Qamar sempatlah berbual dengan Mr.John ni. Macam-macamlah yang kami bualkan. Makin happy sebabnya daku ni study bidang bisnes dan kebetulan Mr.John juga dalam bidang yang sama so dapatlah juga borak point-point yang melibatkan marketing business field. Sikap Mr.John yang selamba dan seloroh membuatkan perbualan kami bertambah rancak dan suamiku sendiri ikut tertawa dengan keletah Mr.John ni. Ualls tengoklah sendiri tu... 

Ibu mertua Mr.John turut ada di situ pada ketika tu so dapatlah kami gambar sekali sebagai kenangan.

Sambil berbual, aku melihat keadaan sekeliling dan rupa-rupanya bukan hanya barangan kristal saja ada di jual di sini. Produk kopi pun ada okay... daku yang sememangnya memang hantu kopi terus pergi rapat-rapatlah untuk merasa. Of course, sebelum beli wajib cuba dulu sedap ke tidak... 

DELICA - Stop & Smell The Coffee
Mr.John turut membantu menemani kami merasa kopi yang ada. Terdapat tiga jenis semuanya iaitu classic, rich dan Mocha Peppermint. Rasa yang paling aku suka adalah Classic dan Mocha Peppermint. Classic sangat sedap dan memang puashati bila minum dalam bentuk panas manakala untuk Mocha Peppermint plak amat syok bila buat dalam bentuk sejuk.


Mocha Peppermint yang super sejuk ni perghhh beranginnnn macam naik ke bulan! Dah lah sedap sejukkkk  asyikkkk pulak tu. Syok habis ualls.... jenama kopi ni adalah DELICA dan ualls harus beli jika ke sana. Memang sedap gila bak ang. Daku sendiri beli 2 pek, begitu juga dengan Sis Gee dan Mek Yuni. Masing-masing beli 2 pek untuk di bawa pulang ke halaman masing-masing.



Selepas selesai membeli kopi Delica yang awesome super sedap tu. kami teruskan lagi perjalanan untuk menjelajah melihat apakah haiwan lain yang ada di situ dan kali ini bukan hanya ada abang tourguide malah Mr.John sekali. Hahaha.. syok punya pasal bersembang sampai rasa sayang pula nak berpisah secepat tu. Kiki... tetiba rasa macam ada seorang ahli keluarga baru di Langkawi. 

Mr.John yang super best! Peramah, lawak & sporting... haha
Kalau ualls nak tahu sejauh mana tahap peramah, lawak dan sportingnya MrJohn ni, ualls boleh layan beberapa lagi keping gambarnya di bawah nanti dan ualls boleh lihat sendiri gelagat Mr.John yang amat 'sekepala' dengan kami ni. 

Bercerita tentang Langkawi Wildlife Park, dari apa yang ku lihat... boleh dikatakan keseluruhannya berada di dalam keadaan yang baik dan bersih. Ketika di sana aku rasakan bagai berada di satu dunia yang berbeza dan orang yang paling excited siapa lagi jika bukan anak-anakku. Melihat keceriaan anak-anak membuatkan aku berasa puas.... puashati yang teramat sangat! Mungkin ada yang beranggapan tak berbaloi mengeluarkan wang untuk masuk ke tempat sebegini tapi cuba fikir semula, jika satu tempat ini boleh diluangkan masa selama berjam-jam bukankah sangat berbaloi?

Ya, mungkin ada yang beranggapan bahawa tempat seperti ini tidak ada bezanya dengan zoo-zoo yang lain tapi ternyata ualls silap. Di Langkawi Wildlife Park ini, ualls bukan hanya sekadar melihat di sebalik pagar besi dari jarak jauh tetapi ualls boleh hampiri, dekati, pegang, sentuh dan peluk cium jika berani. 


Sebagai contoh, buaya di bawah ini.. walaupun besar dan berbahaya tapi dalam masa yang sama kita tetap ingin kenal sikap buaya terbabit. Kita ingin merasai bagaimana tahap kegerunan tu dan dek kerana itu pihak Langkawi Wildlife Park membuka ruang antara pengunjung dan haiwan dengan acara memberi makanan pada masa-masa yang telah mereka tetapkan. Untuk buaya di bawah ini ualls boleh sukarela untuk memberi makan dari atas platform dengan jagaan pihak-pihak yang bertugas demi memastikan keselematan ualls.


Untuk haiwan yang kurang berbahaya, ualls boleh terus hulur tangan dan haiwan ini akan datang dekat dan makan dari atas telapak tangan ualls tu. Haaa inilah yang di katakan pengalaman berharga. Kat mana nak cari haiwan sebegini dengan mudah dan boleh didekati juga? 

Jika ke zoo jangan kata nak sentuh dan beri makan secara langsung begini, nak tonton pun kena berdiri lama di balik pagar. Tapi kat sini bukan setakat dapat berkawan dengan 'si penduduk' nya malahan juga dapat beramah mesra seberapa lama yang ualls suka. Soal panas memang takde ye sebabnya semua tempat bertutup. Sangat-sangat selesa..... 

Ini wakil team kami tengah beri makan rusa. Sekali tengok dah macam tuan pemilik ladang rusa dan anak-anaknya hahaha. Best okay!! Haiwan kat sini sangat friendly dan jangan risau kerana pihak pekerja di sini sentiasa ada bersama untuk memastikan cara ualls tu tak silap.


Okay, jika haiwan di darat bolehlah di sentuh-sentuh. Di pegang-pegang. Di peluk-peluk. Tapi jika di dalam air macamana? Bagaimana nak beri makan untuk ikan di air? Yes!! Ada caranya... 

Cara ni ualls boleh praktikan di rumah sendiri dan seriously aku sendiri agak kagum dengan idea pihak Langkawi Wildlife Park ni. Hanya dengan berbekalkan kayu buluh dan botol susu bayi mereka telah berjaya memberi para pelawat pengalaman bagaimana memberi makan kepada ikan-ikan koi. Aku sendiri dah cuba. 
.
Tuhan saja yang tahu betapa seronoknya memberi makan kepada ikan koi ini. Walau nampak simple tapi aku benar-benar dapat merasa getaran dan tindakbalas daripada ikan-ikan ini yang berebut-rebut nak makan dari 'tangan' aku. Sekali tengok macam tengah beri baby besar yang gelojoh minum susu kikikiki... tapi hakikatnya itu adalah ikan-ikan koi bersaiz besar yang sangat cantik berwarna warni. 


Masa beri makan aku angkat sedikit supaya makanan berada di paras permukaan air dan terserlahlah rupa penuh ikan koi yang bersisik cantik berkilat tu. Awesome!! Sangat-sangat awesome! Dikatakan juga dengan cara ini ianya dapat mengurangkan kekotoran di dalam kolam akibat dedak ikan yang berlebihan. Bila kolam tidak kotor barulah ikan dapat hidup aman dan sihat... Bijakkkk bijakkk.... 


Idea memberi ikan dengan menggunakan botol susu ini adalah cetusan oleh Langkawi Wildlife Park itu sendiri maka tidak hairanlah kenapa ia turut dipaparkan di dalam akhbar Berita Harian suatu ketika dulu. Tahniah LWP!! Ualls memang terbaik dalam soal penjagaan haiwan ini.


Akhirnya, setelah lebih daripada 2 jam di situ, kami telah melawat hampir ke semua haiwan yang ada di situ. Apa yang aku kongsikan di sini hanyalah sebahagiannya saja tau sebab jika nak tunjuk semua, hmmm alamatnya tulis 10 artikel pun belum tentu cukup lagi untuk ceritakan semuanya a-z sebabnya LWP ni memang sangat besar dengan terlalu banyak haiwan di dalamnya.

Terasa penat berjalan, kaki pun dah lenguh. So, kami buat keputusan untuk berehat sekejap di dalam aircond dengan menikmati aiskrim dan kopi untuk lepaskan lelah. Tambahan pula aku perlu susukan Kasih yang dah mula merengek nakkan susu. Walau kat dalam ruangan lihat haiwan ini takde sudut khas untuk menyusu (kat luar ada), tapi aku bolehlah gunakan kafe ini untuk susukan Kasih sekejap sambil meneguk air.


Kami order banana split dan juga coffee mocha. Sedap!! Tambah-tambah makan dalam keadaan badan letih berjalan. Kasih yang tadi merengek pun dah makin okay balik. Matanya yang bulat tu asyik dok merenung jer ke arah aiskrim hahahaha... sabar ya Kasih.... nanti dah besar mama kasi makan aiskrim ye. Ada juga makanan ringan lain di dalam kafe ini dan harganya pun di tahap okay.


Keluar dari kafe, anak-anak aku menjerit suka! Terkejut jugalah aku di buatnya. Rupa-rupanya, di sebelah kanan kafe tersebut telah di sediakan ruangan khas untuk bermesra dengan 'pets' atau haiwan peliharaan yang sering di bela di kawasan kediaman. Antara haiwan tersebut adalah landak kecil, arnab, ikan-ikan kecil dan lain-lain lagi. Hmmm menjerit sukalah anak-anak bila dapat pegang direct macam tu. Seperti biasa, boleh beri makan juga. Oh lala... 



Hmmmm... jangan sampai tak mau balik sudah lah ya.... hahahaha... 



Di situ juga terdapat satu aktiviti yang di berinama 'PANCING LONGKANG'. Haa aktiviti pancing longkang ini adalah cetusan idea daripada salahseorang 'orang kuat' di Langkawi Wild Park ini sendiri. Katanya untuk mengimbas kembali kenangannya zaman kanak-kanak dulu yang cukup suka cari ikan di parit-parit dan longkang sampai baju kotor dan comot. 

Maka, sekarang ni dapatlah mengulangi semula aktiviti tersebut cuma kali ini semestinya di dalam keadaan yang lebih selesa dan bersih.



Selepas itu kami turut dapat melihat helang dan bagaimana cara untuk memberi makan helang juga. Terdetik kat hati kalau dapat datang ke situ hari-hari alangkah bestnya namun setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Jadi lepas lawat helang kami pun berjalan untuk keluar. 

Ohya, sebelum ku terlupa... di situ juga turut disediakan kedai cerderahati bagi yang berminat untuk membeli souvenir buat di beri pada ahli keluarga dan rakan-rakan. Jika nak beli untuk diri sendiri pun takde masalah. Macam-macam ada daripada pakaian, keychain, coklat dan sebagainya. 


Bila berdiri semula di pintu utama rasa sebak pula. Uwaaaa sedihnya nak tinggalkan Langkawi Wildlife Park ni terutama sekali anak-anakku yang asyik meninjau je ke dalam tempat semua haiwan-haiwan tu. Agaknya mereka pun rasa berat hati nak berpisah dengan Sarip and the geng yang sangat awesome. Untuk aku sendiri, aku paling sayangkan ikan-ikan koi yang telah ku beri makan tadi. Seorang lagi yang tak boleh di lupa or courselah Mr.John yang super duper friendly. 



Rupa-rupanya, Langkawi Wildlife Park ini turut mempunyai Certificate of Excellence From TripAdvisor untuk 5 tahun berturut-turut iaitu untuk tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan terkini tahun 2017. Patutlah pun..... 




Akhirkata, jika ualls ke Langkawi silalah luangkan masa beberapa jam di Langkawi Wildlife Park kerana aku yakin ualls tidak akan berasa rugi untuk berada di situ dan sekiranya ualls terlihat wajah-wajah mereka yang ada di dalam blog aku ini (terutamanya Mr.John), sampaikanlah salam ikhlas seorang sahabat daripada aku untuknya yang berada jauh di Pantai Timur ini. 


Terima kasih banyak Langkawi Wildlife Park terutamanya pada Mr.John, Mr.Jeff dan Mr.Di (tourguide) kami kerana telah dapat memberikan pengalaman paling manis untuk kami semua semasa berada di sana. Terus terang, kami amat-amat berpuashati dan kami doakan semoga LWP akan terus maju dan mana tahu boleh menjadi lebih besar dengan pelbagai haiwan-haiwan yang lebih unik dan best!



Apakah aku akan ke situ lagi? Sudah semestinya jawapanku adalah YA!!
Jika punya umur panjang, aku memang berhajat untuk ke sana lagi, InshaAllah...

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan boleh hubungi :




ALAMAT : Lot 1485, Kg Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, Langkawi

TELEFON : 04 966 5855 

3 comments :

  1. best memories untuk anak anak!

    ReplyDelete
  2. haritu takpergi sebab tak sempat haha maybe next time bila pi langkawi pi sini

    ReplyDelete
  3. Trbaik. Berbaloi dgn hrga dan ilmu yg dpt thru this trip !

    ReplyDelete

My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates | Re-Edit By Sis Hawa