HIGHLIGHT

9 Apr 2018

MARI KITA BERGOSIP TENTANG ALTHEA BARE ESSENTIALS

Assalamualaikum ualls...
Hallooooo hallooooo...... Opss tak leh bising-bising nanti orang lain dengar. Psstttt..... Mai mai dekat dekat kasi rapatttt.... Sebab apa? Sebabnya daku nak ajak ualls bergosip hari ni. Haaaa jangan ingat daku tak leh jadi 'makcik bawang!' kikiki... Ops, jangan salah faham ni bukan gosip ngumpat ngata tapi nak ajak ualls bergosip tentang ALTHEA. Mungkin ada yang tertanya-tanya, dah kenapa tetiba ja nak gosip tentang ALTHEA? Tapi seriously hal ni ualls wajib dengar sebabnya jika ualls tak ambil tahu tentang ni ualls memang rugi besar. Sungguh habaq ang!! Haaa tu dia ayat utara mai dah hahahaha..

Tak mau buang masa lama-lama, cik nak habaq yang ALTHEA ni baru saja lancarkan produk terbaru depa yang di beri nama ALTHEA BARE ESSENTIALS. Produk depa ni pelik sikit!! Sebab datangnya nuuuuu jauh dari Korea. Tu dia jauh sungguh dia terbang mai sini kat cik. Naik belon.. eh belon Sabah.. silap.. naik kapal terbang.  Bila sebut Korea mesti ualls dah boleh bayangkan betapa cantiknya kulit wajah depa kat sana tu kan? Halussssssssss ja............. macam kulit baby. Flawless mabeles semua ada... yang makin syoknya, kita boleh jaga kulit wajah hanya dengan 3 langkah je. Semudah A, B , C! Tapi mesti dengan produk Althea Bare Essentials ni la.


Mula-mula dengar dari orang lain tapi dek kerana geram tengok semua pakat habaq kata lawa, kata okay, kata cun melecun sampai bentuk muka makin terbentuk terletak cantik elok bagaiiii.. ehh ni tak leh jadi ni. Mana aci.. kita pun nak juga lawa macam depa. Jadi untuk nak jadi lawa lagu tu mestilah kena beli juga satu. Pahtu tak beli lagu mana nak boleh dapat barang? Tak kan jatuh dari langit kot... Ca habaq mai... boleh ka jatuh dari langit lagu tu? =D

HAPPY DAPAT BARANG DARI KOTAK PINK - ALTHEA

WALAU DI TERBANGKAN DARI JAUH TAPI BARANG TAK ROSAK OKAY

Di pendekkan cerita (panjang-panjang tak larat nak cerita), set Althea Bare Essentials ni ada 3 (tiga) produk utama. Kiranya depa ni kembar tiga la. Tak boleh tinggal walaupun satu, mesti kena ada tiga sekaligus.  Tiga produk ni adalah:

  • Contour Cleanser (150g)
  • Primer Water (200ml)
  • Fixer Cream (50g)


Yang sulung : CONTOUR CLEANSER - RM23 only!

Sebaik saja picit sedikit letak kat telapak tangan terus terbau wangian lemon. Betul-betul bau lemon sebabnya cleanser ni di perbuat daripada ekstrak lemon dan ice plant yang boleh membantu menenangkan muka. Cara penggunaannya adalah pada setiap pagi. Ia mengandungi biji-biji micro capsules yang akan keluar selepas bercampur dengan air. Bahan ini mampu untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dengan berkesan. Wajah yang agak berminyak terus rasa lembab, licin dan halus. Minyak memang sama sekali tak ada. Begitu juga dengan kotoran lain kat muka. Lembut dan halusss je.. akibat dari penggunaan setiap hari wajah kelihatan lebih glowing dengan rona kemerah-merahan. Sejukkkk je rasanya... syok sangat!!

Seperkara lagi... ia juga akan membantu membentuk struktur wajah supaya lebih runcing supaya tak nampak tembam lagi. Ehem ehem... suka la tu =D
 

Yang tengah :  PRIMER WATER - RM43 only!

Primer water ni bagi aku fungsinya seperti toner. Selepas kita mencuci muka, ruang-ruang pori wajah terbuka maka toner adalah pembantu yang terbaik. Cuma, aku agak terperanjat juga pada mulanya kerana jika toner biasa bersifat seperti air yang perlu di gunakan bersama kapas tapi tidak untuk Primer Water ni. Primer Water ni agak pekat macam serum tu. so tak perlu lagi guna kapas.

Caranya hanya dengan menyapu keseluruh kulit wajah selepas mencuci dengan Contour Cleanser tadi dan ia akan terus di serap dengan sempurna untuk menjadikan kulit wajah makin anjal, licin dan lembab. Baunya wangiiii sangat-sangat macam air mawar kerana ia diperbuat daripada ekstrak snow lotus, terasa macam nak pakai kasi habis terus sebotol!


Yang bongsu : FIXER CREAM - RM50 only!

Tugas utama si Fixer Cream ini adalah untuk melindungi kulit wajah selama 24jam sehari supaya terus kekal lembab. Ianya akan melindungi kulit wajah dengan cara membina lapisan demi lapisan di atas kulit supaya kulit wajah asal tidak terlalu mudah terdedah kepada kotoran dan cahaya matahari. Ia juga membantu kulit wajah kita sentiasa segar, berseri dan tampak cantik sepanjang hari.



APAKAH KELEBIHAN ALTHEA BARE ESSENTIALS?
Sebab utama adalah untuk mendapatkan asas kulit yang bagus, sihat, flawless, bersih dari cela dan segar. Jika kulit dah cantik dari dalam dengan struktur yang bagus dan halus maka makeup lah macamana sekalipun akan tetap nampak cantik. Walau hanya pakai simple makeup yang tips rasanya akan nampak kecantikan secara semulajadi yang terbaik. 

Dalam erti kata lain, apa guna beli barang makeup berlambak-lambak bagai nak rak sedangkan kulit asas kita tak elok. Tak kan tiap masa nak tutup semua kecelaan di kulit tu dengan makeup yang tebal setiap hari. Nanti kan terkejut encik suami. Bangun pagi macam mak limah tapi pergi kerja macam wanita melayu terakhir. Haaa tak nak lah sampai tahap tu!! So, ada baiknya miliki kulit yang bagus sebelum memakai makeup mengikut apa yang kita suka.

KELEBIHAN ALTHEA BARE ESSENTIALS YANG LAIN
Ia dapat menjadikan makeup kita tu terserlah walaupun hanya mengenakan makeup yang tipis-tipis saja. Dengan menggunakan basic produk jenama Althea ini kita seakan menggunakan barangan makeup yang terlajak mahal kerana ia dapat menonjolkan wajah kita sepanjang hari. 



Apa tunggu lagi jom la beli produk penjagaan di Althea....
Kenapa mesti Althea? Kerana Althea ni merupakan sebuah website yang boleh memberi kita peluang untuk membeli apa-apa produk bertemakan K-Beauty dengan mudah dalam harga yang amat rendah di pasaran. Ia di datangkan terus dari Korea dalam packaging yang cukup bagus dan terjaga. Apa yang lebih penting,, ualls yang amat mementingkan kecantikan tu boleh memiliki barangan penjagaan wajah yang terkini dan original dari Korea dengan mudah dan cepat. Tak yah lagi dah dok susah hati tak boleh nak jadi lawa kulit halus gempak gempita macam wanita Korea lagi nanti. Tu Althea dah ada boleh beli apa yang ualls nak dari sana dengan harga yang sangat rendah!

Untuk produk Althea Bare Essentials ini ualls bukan hanya akan mendapat 3 produk tersebut malah ada free gift juga yang akan di berikan berupa Althea marble, satu cermin muka yang mudah untuk di masukkan ke dalam tas tangan untuk di bawa ke mana-mana termasuklah 5 set produk ini di dalam bentuk sachet untuk kegunaan ketika travel. =D




Althea juga turut menawarkan diskaun sebanyak 10% bagi setiap pembelian Bare Essentials dan percuma satu unit cermin limited edition.. Segera dapatkan selagi stok ni masih ada... Kalau lambat, nanti melepas gigit jari tengok orang lain makin cantik gebu gebas huhu... 

Instagram :

Website:

Facebook page:


#AltheaKorea #AltheaBE #AltheaBareEssentials #BareEssentials



5 comments:

  1. meletop la sis awa pakai goni

    ReplyDelete
  2. wah cantiklah awa lepas ni...makin letopsss laaa,....hihi

    ReplyDelete
  3. amboi..mkin comel awa past ni..:)

    ReplyDelete
  4. Woww, nanti makin meletop lepasni hehe

    ReplyDelete