Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

RAMBUT GUGUR BILA BAYI MENYEMBUR? INI SEBABNYA!

Kalau nak di ikutkan memang aku tak berapa percaya dengan 'hubungan' yang di sebut oleh orang-orang lama yang si ibu ni gugur rambutnya lepas bersalin adalah kerana aktiviti baru si anak yang amat suka menyembur ni. 

Yelah, cuba fikir dek akal.. apa kena pula anak menyembur airliur dengan rambut ibu? Pelik... memang pelik! Tapi itulah yang berlaku. Rambut gugur selepas bersalin benar-benar berlaku pada ibu-ibu.


Sekarang umur babyku yang bernama Kasih Sufi sudah pun berusia empat bulan dan hari-hari asyik sembur-sembur airliur je kejanya. 

Tak kira siang malam pagi petang, asal jaga jer asyik nak menyembur. Comel pula tengok mulut muncungnya tu sembur airliur sampai berbuih-buih. Alahai so sweet !!
Muncungnya mulut Kasih Sufi bila main airliur... 
Tapi, bila dia dah menyembur ni dalam masa yang sama rambut aku gugur hari demi hari hingga dah makin menipis. 

Sekali sikat, memang akan penuh rambut kat sikat. Bila di keluarkan dari sikat, tu dia hingga segenggam!! 

Lepas mandi pun sama. Lurut dengan tangan je memang habis rambut jatuh dengan banyak. Jika di kira betul-betul rasanya tiap kali gugur tu boleh mencapai berpuluh-puluh helai. Sedih.

Dan di sebabkan kepelikan itulah aku cuba juga cari info kenapa hal ini dikaitkan. Yelah nak aku kata tak mungkin memang betul terjadi pun. Jadi, sudah semestinya ada sebab musabab yang boleh menjawab isu berkaitan hal ini.

Baca juga : Kenapa Suami Alahan Ketika Isteri Mengandung



Rupa-rupanya, semasa kita hamil yakni sepanjang tempoh mengandung, dua jenis hormon yang bernama hormon progesteron dan juga hormon estrogen yang ada di dalam tubuh wanita akan berada pada tahap yang sangat tinggi. 

Kerana itulah selalunya kebanyakan wanita yang sedang hamil ni nampak comel dan berseri.

Rambut ibu ketika hamil juga nampak agak lebat dengan warna hitam berkilat. 

Sebenarnya, apabila hormon ini tinggi maka ketika itu akar rambut menjadi kuat dan tidak ada penguguran rambut sedangkan di kala tidak mengandung rambut akan gugur dari 50 hingga 100 helai sehari. Tempoh ini di kenali sebagai 'fasa pertumbuhan terhenti!'.


Setelah beberapa bulan selepas bersalin (3 bulan ke atas), ke dua-dua hormon tadi akan kembali menurun untuk ke paras yang normal semula. Akibatnya, rambut akan mula gugur dengan jumlah yang berganda melebihi jumlah rambut gugur sebelum hamil dulu. Sebab tu tika ni si ibu boleh jadi panik! Yelah sampai segenggam rambut sehari yang gugur... macamanalah tak jadi takut... huhu...

10 TIPS UNTUK KURANGKAN RAMBUT GUGUR

1. Jangan kerap sikat rambut
2. Hilangkan kusut sebelum shampoo
3. Makan makanan yang berprotein tinggi
4. Tocang rambut sebelum tidur
5. Jangan ikat rambut terlalu ketat
6. Jangan kerap gunakan pengering rambut
7. Pakai minyak kuatkan rambut
8. Guna sikat yang bergigi jarang
9. Minum banyak air putih
10. Beli dan guna produk vitamin untuk sihatkan kulit kepala

Jenama produk yang paling aku syorkan untuk mengatasi masalah ini adalah MAMA DONT WORRY - Minyak Pelebat Rambut Bayi Dan Orang Dewasa.


Pada mulanya aku sama sekali kurang berminat dengan produk sebegini di pasaran namun semuanya berubah apabila daku terbaca testimoni daripada salah pengguna yang mengatakan bahawa bayinya sudah berjaya mendapat rambut yang lebih lebat dengan cepat setelah mengalami masalah rambut 'makan bantal'.

Inilah dia testimoni tersebut....

Maka terdetik di hati aku ni, jika boleh membantu mengatasi masalah makan bantal jadi sudah semestinya dapat membantu masalah rambut gugur untuk ibu lepas bersalin seperti aku juga. 

Aku yang sememangnya sangat risau dengan keadaan rambut yang semakin menipis ini terus berhubung dengan wakil utama pihak Mama Dont Worry bagi mendapatkan info yang lebih tepat dan jelas.

Antara kelebihan utama produk ini adalah.....
  • Melebatkan Rambut Bayi Seawal 7 Hari
  • Menghitamkan Rambut 
  • Melembutkan Rambut 
  • Bau Wangi Semulajadi (Rose Lembut )
  • Menghindari Rambut Dari Beruban
  • Kurangkan Rambut Gugur Untuk Ibu Lepas Bersalin
  • Sesuai Untuk Bayi Yang Baru Cukur Rambut


Daku juga turut di beritahu yang produk ini diperbuat daripada biji buah keras dan biji betik yang 100% adalah minyak orang kampung yang di proses secara tradisinoal tanpa menggunakan sebarang bahan yang berbahaya. Maka kita boleh menggunakannya pada bayi juga seawal usia mereka 30 hari.


 Setelah mendapat maklumat yang lengkap dan meyakinkan, maka aku nekad membuat keputusan untuk mencubanya. Syukurlah, proses pengeposan juga sangat pantas dan telah berjaya tiba ke tanganku dengan selamatnya.

Sebaik saja sampai aku terus menggunakannya ke atas diriku sendiri. Cara untuk menggunakannya trnyata sangat-sangat mudah. 

Apa yang perlu di lakukan hanyalah menyemburkan inyak ke kulit kepala sebanyak 1 - 2 titik kemudian diratakan sepenuhnya menggunakan sikat yang telah disediakan. 

Setelah itu bolehlah mengurut kulit kepala secara perlahan-lahan selama beberapa minit supaya semua bahan tadi dapat di serap oleh kulit kepala denagn lebih cepat.

Masa yang terbaik untuk menggunakannya adalah pada waktu malam sebelum tidur , sehari sekali.

Sambil menggunakannya ke atas kulit kepala sendiri, aku turut memakaikan produk ini pada baby Kasih bagi mengatasi keadaan penumbuhan rambutnya yang tidak sekata. Minyak ni takde oily hingga melekit-lekit dan baunya juga tersangatlah wangi macam bau air mawar. Suka sangat!

- Sebelum mula pakai Mama Dont Worry -

- Selepas 3 hari menggunakan Mama Dont Worry -

 TERKINI!! Selepas 5 hari menggunakan Mama Dont Worry 
Hingga ke hari ini daku dan Kasih masih lagi terus menggunakan produk Mama Dont Worry ni supaya rambut kami kembali lebat, hitam dan berkilat.


TESTIMONI PENGGUNA LAIN





Sebagaimana berjayanya Kasih Sufi anakku begitu juga dengan diriku sendiri. Alhamdulillah, keadaan rambut sekarang sudah semakin okay. Jumlah rambut yang gugur juga tidaklah banyak seperti sebelum ini. Happy... sangat sangat happy.

Kesimpulannya, masalah rambut gugur dengan banyak selepas bersalin adalah normal dan ianya akan kembali normal dalam masa 6 ke 12 bulan lepas bersalin dan ia sama sekali tidak ada kaitan dengan bayi menyembur dan jangan risau kerana masih ada cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini.

Yang pasti!!! Sebelum rambut makin banyak gugur, cepat-cepat lakukan apa yang patut supaya dapat menyelamatkan rambut ualls daripada gugur dengan teruk. 

Jangan nanti rambut dah menipis hingga nampak kulit kepala barulah nak mula cari produk yang sepatutnya. Sambil guna pada diri sendiri, boleh juga gunakan pada si manja untuk makin cantik bersama-sama.


Sekarang ni sedang di jual dengan harga promosi tau... so jangan tunggu lama-lama.


Ada masalah rambut gugur yang teruk?
Rambut bayi ada masalah makan bantal?
Jangan risau kerana Mama Dont Worry ada cara untuk mengatasinya.

FB : PELEBAT RAMBUT BAYI MAMA DONT WORRY
Whatsapp : 0104020037
IG : https://www.instagram.com/mamadontworry_kb/
#stokismdwkb

** Agent & Dropship dialu-alukan **




Post a Comment for "RAMBUT GUGUR BILA BAYI MENYEMBUR? INI SEBABNYA!"