HIGHLIGHT

13 May 2018

DASHING SPORT - WANGIAN LELAKI AKTIF AURA MASKULIN

Lelaki dan peluh memang tidak dapat dipisahkan bila setiap kali mereka bergerak aktif.
Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat,bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Lelaki maskulin zaman sekarang semakin peka dan mengambil angkah proaktif untuk memastikan badan mereka tidak berbau.

Jejaka DASHING mempunyai aura yang turut menampilkan keyakinan dan sifat maskulin lelaki sebenar. Wangian baharu ini dapat memberikan kesegaran, namun masih mengekalkan ciri esen moden yang dapat memenuhi kehendakan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktif seharian.


Memahami keperluan lelaki aktif untuk berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.

Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan selalu melakukan aktiviti aktif. Rangkaian dashing Sport pasti memenuhi kehendak lelaki aktif yang inginkan deodarant dan pewangi yang maskulin.


Semburan Deodoran DASHING SPORT bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.

Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.


DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif. 



DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada sipemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.



Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodorant 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.


Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website

Facebook

Instagram



3 comments:

  1. farfume untuk pria ya
    terima kasih
    sharenya

    ReplyDelete
  2. husband kita pun pakai perfume dashing.. done follow back sini..

    ReplyDelete
  3. wangi dashing ni. mek paling suka bedak dia.

    ReplyDelete