Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MESEJ DARI SAUDARA ZUL YAHYA UNTUK SIS HAWA

Assalamualaikum....
Bagi yang perasan, sis ada kongsikan kisah terkini mengenai saudara Zul Yahya melalui artikel ini. Niat sis menulis artikel tersebut sebenarnya adalah untuk menyedar dan memperingati diri sendiri bahawa ada orang lain yang patut di ambil iktibar akan kisahnya untuk sis belajar menjadi insan yang lebih baik.

Apa yang sis tulis berdasarkan apa yang sis rasa dan sudah tentu sis berasa sangat-sangat gembira dan terharu apabila insan yang sis ceritakan kisahnya itu sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca artikel terbabit. MasyaAllah... Terus terbayang senyum manis abang Zul dengan perwatakannya yang sangat peramah itu.




Setelah terbaca mesej yang di hantar oleh abang Zul, terus terang terasa sebak di hati. Walaupun tampak ringkas namun hakikatnya ia mempunyai makna yang sangat mendalam... Mesej yang di hantar oleh abang Zul Yahya tersebut adalah....

"masyaAllah.. berlinang air mata bila membaca coretan yg ditulis ... jazakallah khair adinda yg mulia semoga Allah SWT menjadikan sy yg tidak ada apa2 dan bukan sapa2 ini mendapat redho Allah SWT dan juga seluruh umat Nabi SAW.... amin... terima kasih sekali lagi atas kebaikan yang mulia ini"


Perkataan yang paling terkesan adalah "yang mulia".

Apabila terbaca perkataan itu, terus terdetik di hati ini, "Ya Allah muliakah aku sedangkan aku ini punya banyak dosa yang perlu di mohon keampunannya dari Mu. Ya Allah, muliakah aku sedangkan aku ini sering juga lalai dan terlupa".

Walaubagaimanpun, bagi diri ini, adalah lebih baik memilih jalan hidup dengan cara merendah diri supaya dengan cara itu dapat sentiasa mengikis rasa 'hebat' dan ego daripada melekat di hati.

Bagi anda yang ingin berhijrah tidak kiralah dari golongan artis mahupun orang biasa, berjumpalah abang Zul dan jadikan dia sebagai contoh terbaik. Ingat! Allah SWT itu Maha Pengampun, Maha Penyayang maka carilah sinar yang boleh membantu kita menunjukkan jalan. Buanglah sifat malu dan ego kerana sifat-sifat itu hanyalah akan membuat kita semakin rugi dan menjauh...

Akhir kata, terima kasih banyak abang Zul.... terima kasih banyak juga pada anda yang sudi meluangkan masa untuk singgah dan baca blog sis yang banyak kekurangan ini..

ISLAM ITU INDAH.... ISLAM ITU SATU KERINDUAN....

7 comments for "MESEJ DARI SAUDARA ZUL YAHYA UNTUK SIS HAWA "

  1. semoga awa sentiasa dirahmati Allah dan teruskan berkongsi menulis yang baik baik... luv ya.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    semoga ramai dapat manfaat hasil daripada penulisan kita kan sis
    terbaik lah

    ReplyDelete
  3. Indahnya bahasa Abang Zul Yahya ni..

    ReplyDelete
  4. hebatlah sis awa sebab ada response drp bekas artis!

    ReplyDelete
  5. suka tengok Zul Yahya berlakon dulu2..lawakk

    ReplyDelete