Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SINOPSIS PENUH - KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU

Drama Klik! Pengantin Musim Salju yang telah di adaptasi daripada novel tulisan Suri Ryana mula menemui penonton bermula 14 Mei 2018 dengan tayangan sebanyak 20 episod. Ia di tayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7 malam melalui saluran Astro Ramadhan HD (122). Ia di terbitkan oleh Filmscale Sdb Bhd di bawah arahan Hadith Omar.

Nama barisan pelakon yang menjayakan drama ini adalah....
Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Atikah Suhaime, Norlia Ghani, Nina Juren, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo, Aleza Shadan, Jasmine Ashraff, Farouk Hussain, Mak Wan, Zamarul Hisham.



SINOPSIS PENUH CERITA

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. 

Kaseh Lateefa aka Kay, si tomboi pemilik syarikat dan studio fotografi Klik! terpaksa menerima permintaan Adam Putra supaya menjadi pengantin olok2 untuk berjumpa dengan nenek Adam yang bernama Ku Yam di Jepun. Semua ni terpaksa dilakukan dek kerana tunang si Adam, Karlisha Zandra  yang telah melarikan diri di malam perkahwinan mereka itu.

Dalam masa yang sama Kay benar-benar tidak mahu untuk disatukan dengan Irham, mamat sewel yang amat menyakitkan hatinya. Kerana itu Kay bersetuju untuk berlakon sebagai pengantin olok-olok kepada Adam Putra hingga sanggup untuk mengikut lelaki itu ke Jepun demi bertemu dengan nenek Adam Putra. Ketika itu Jepun sedang dalam musim sejuk dan tanpa sedar bibit cinta antara mereka benar-benar berlaku.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Adam yang sangat bersifat caring dan penyayang amat menjaga Kay dengan sepenuh hati hinggakan telah berjaya meruntuhkan sikap kasar Kay termasuk mengubah penampilan Kay yang agak seperti lelaki itu seratus peratus. Asalnya Kaseh Lateefa memang macam jantan. Kasar dan tak ayu langsung! Tapi bila dah jumpa Adam Putra, Kay mula berubah menjadi feminin semula selepas balik dari Jepun.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra. Walau Adam sangat sayangkan Kaseh sangat-sangat namun sayangnya apabila ada 
dugaan datang, Adam dengan teganya tidak mempercayai Kaseh.. mujurlah Kaseh ini jenis yang tidak cepat mengalah dan berputus asa. Demi cintanya pada Adam, suaminya yang amat dikasihi, Kaseh telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk suaminya itu... 

Akhirnya Kaseh telah berjaya mendapat kepercayaan Adam semula... At the end its happy ending. 
kisah cinta semanis gula antara Adam Putra dan Kasih Lateefa kembali bersatu dan bersemi semula... yang jahat pastinya akan mendapat balasan yang setimpal. tapi yang jahat tak semestinya tak boleh berubah menjadi yang lebih baik. itu yang cuba diketengahkan oleh Suri Ryana (penulis sebenar cerita ini). Di sebalik cerita cinta manis gula tu masih lagi ada pengajaran yang dapat di ambil oleh orang lain di luar sana.



SEDIKIT PETIKAN BABAK DI JEPUN

Aku kemudian menyambung kerja. Cepat habis, cepatlah aku dapat buat persediaan untuk  outdoor shooting yang akan berlangsung lagi pada esok hari!

“Tapi kau memang cantik pakai baju-baju yang Adam beli tu. Nampak feminin.”

 Ada kejujuran dalam nada suara Hud. Tapi aku terus mencerlung tajam ke arahnya.

“Cepat habiskan kerja ni.” Arahku dengan tegas. 

Kalau layan Hud, sampai esok pun tak habis kerja-kerja ni.

“Ala..bosanlah.” Keluh lelaki yang sedang meregangkan badannya itu.

“Ada aku suruh kau tolong?” Bidasku tanpa memandang ke arahnya.

 Fokusku sepenuhnya pada salji yang memutih di atas tanah. Salji yang disodok aku kumpulkan kemas-kemas di tepi. Nanti, bila dah siap, laluan ini tidaklah lecah dan licin.
“Ya Allah..Kaseh!”

Terlepas terus penyodok di tangan apabila terdengar suara itu. Alamak, aku ada buat silap ke? Kak Yumi kelihatan serba-salah kat sebelah nenek.
“Ye nek!” Bagai anggota tentera aku bersuara saat ini.

“Kenapalah kamu buat kerja orang lelaki ni?”  Soal nenek yang sedang melangkah ke mari. 
Aku hanya mampu senyum sumbing. Tangan kiri menggaru kepala yang tidak gatal. Habis senget-benget sanggul tinggiku ni.
“Perempuan tak boleh buat ke?” Soalku dengan pelik. 

Nenek kulihat menggelengkan kepalanya beberapa kali.

“Kerja ni kategori kerja berat. Biar Hud aje yang buat.” Jawab nenek.
“Yumi!” Jeritnya. Aku pulak yang tersentak.

“Ajar dia resipi baru!” Arah nenek. 

Pantas Kak Yumi menganggukkan kepalanya. 

Alamakkkk! Kena belajar masak lagi. Mati aku! Hud pula ketawa besar melihat reaksiku saat ini.

“Sekarang!” Ujar nenek dengan tegas. Kak Yumi terus menghampiriku.

“Dah. Masuk dalam tu. Pergi belajar masak. 
Sekejap lagi Adam balik. Tugas kamu untuk layan suami..layan Adam tu.” Ujar nenek.

 Aku hanya menganggukkan kepala. Belum tengok muka Adam, baru dengar orang sebut nama dia aku dah boleh berdebar. Memang sah mereng!

“Ba..baik nek.” Jawabku tergagap-gagap. 

Jiwa yang sedikit kusut menjadi tenang apabila tangan nenek mengusap bahuku yang dilapisi jaket berwarna putih paras lutut. Wajah yang tegang itu tersenyum sedikit saat ini.

“Tapi, kamu memang cucu yang baik. Walaupun kerja ni berat tapi kamu buat juga semata-mata nak senangkan hati nenek. Nenek menjerit tadi bukan sebab nenek marahkan kamu. Tapi nenek cuma terkejut aje.” Ucapnya bersama senyuman manis. 

Aku hanya mampu tersengih seperti kerang busuk aje. Kemudian, dia menyambung kata-katanya lagi.

“Nenek tahu kamu ni gagah orangnya tetapi kerja-kerja macam ni biarlah orang lelaki yang buat.” Aku pantas menganggukkan kepala.
“Baik nek..” Ujarku. Nenek kemudiannya tersenyum sedikit dan terus berpaling.

 Kemudian, aku hanya memandang sahaja ke arah nenek yang sedang melangkah ke arah genkan semula. Kak Yumi juga menuruti jejak langkah nenek.

“Kaseh..aku kena buat soranglah ni?” Soalan Hud kujawab dengan anggukan.

“Ye Encik Hud. Kau habiskanlah eh semua ni. Bersihkan elok-elok ye.”
 Ucapku dengan sinis.

 Lucu pula melihat wajahnya itu. Tu lah..tadi nak buat sangat! 

Aku siap lambaikan tangan pada Hud saat ini.

“Goodbye!”



4 comments for "SINOPSIS PENUH - KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU"

  1. macam best je cerita nie,mesti tengok nie

    ReplyDelete
  2. Best citer ni.. tp dilah tgk ulangan je la..

    ReplyDelete
  3. tengok iklan semalam kat tv.. adeh sronoknya tengok setting tempat lakonan.

    ReplyDelete
  4. wow cam best je citer ni. sekali lagi gandingan siti nordiana n alif satar. okay mmg tak sabar nak tgk

    ReplyDelete