Antara Aku Dan Addsense
Tengok tajuk sekilas pun dah tahu kan? Saja nak share info ni supaya dapat di praktikkan bersama dengan blogger-blogger baru yang macam sis ni... Di pendekkan cerita, aku memang sengaja cari pasal. Sengaja cari pasal mohon Addsense walau aku tahu yang blog aku ni belum layak lagi... kikiki.. Tak dop kijo cari kijo !!
Aku bukan tak tahu blog aku tak layak, memang aku cukup tahu sebabnya Addsense ni kalau boleh perlu ada sekurang-kurangnya 25 artikel yang berkualtiti di dalam blog. Artikel ni macam biasa la, say no to copycatsss.... mudah cerita, penulisan yang original saja ya. Kalau dalam blog kita tu ada mana-mana bahagian kita copy paste dari blog atau sumber lain memang hancusss... Addsense memang akan tahu sebabnya penapisan untuk lepas Addsense ni di buat dengan cukup teliti (cerewet bak hang!! tapi memang patut lah sebab depa akan bayaq mahai...)
Macam aku cakap tadi, aku saja nak cari pasal. Jadi aku pun mohon la dengan muka tak malunya. Kenapa aku mohon walau aku tahu aku akan kena reject hidup-hidup? Jawapannya mudah saja... sebab aku nak tahu dari pihak Addsense sendiri perkara apa yang perlu aku perbetulkan dalam blog aku ni.
Addsense mempunyai DUA (2) tapisan sebelum sesebuah blog tu di terima. Alhamdulillah, tapisan pertama untuk blog ini terus lulus dalam masa beberapa minit saja. Cuma keputusan untuk tapisan ke dua memakan masa hampir dua minggu lamanya. Tunggu punya tunggu, akhirnya 'surat gagal' yang aku nantikan telah tiba berserta dengan jawapannya sekali.
Awak ada pengalaman yang berkaitan dengan Addsense juga? Jika ada ceritakan lah di bahagian komen ya...

TAPISAN PERTAMA - BERJAYA
TAPISAN KE DUA - GAGAL
Penerangan yang di jelaskan oleh pihak Addsense ialah...
- Artikel hendaklah padat dan cukup panjang
- Jangan terlalu banyak pakai gambar dalam entry
- Mesti menulis dengan tataletak yang tepat (ada tajuk, ada perenggan, ada isinya)
- Blog mestilah dalam keadaan paling bersedia.
- Letakkan code addsense di tempat yang tepat
- Susun semua bahagian dan tajuk artikel dengan teratur dan kemas supaya mudah pengunjung memilih mengikut ketegori untuk membacanya.
- Jika mahu letakkan video dari youtube perlulah mengikut cara yang telah di tetapkan oleh pihak youtube, bukan boleh main sondol letak macam tu saja sebab selalunya video-video youtube ni ada hak ciptanya.
Nampaknya ada 6-7 perkara yang perlu di perbetulkan. Tak apa, sekurang-kurangnya sudah tahu apa yang perlu di perbetulkan. Lagipun , lepas ni boleh mohon lagi.... :D
Itu apa yang kurang dalam blog ni tapi hakikatnya untuk berjaya melamar Addsense ada lagi syarat lain yang di tetapkan sebenarnya. Apapun yang penting jangan mudah putus asa dan buat sampai berjaya. Yakin Boleh!!
Lepas ni, kena praktikan cara tataletak yang betul semasa menulis artikel
Awak ada pengalaman yang berkaitan dengan Addsense juga? Jika ada ceritakan lah di bahagian komen ya...
Assalamualaikum Siti,
ReplyDeleteBukan cari pasal, tapi semangat jangan putus asa.. Kalau tak cuba kita tak tahu apa masalah application for Google Adsense tu tak berjaya..
Teruskan mencuba sehingga berjaya..
In shaa Allah ada rezeki tak ke mana.. :-)
waalaikumsalam.... memang pun. Kalau tak tanya tuan punya badan camana nak tau apa kurang kan? sekarang dah tau, pandai lah ubah
Deletecuba lagi. InshaAllah lama2 akan approve jgk. kena try selalu. gud luck :)
ReplyDeletemesti!! tapi sebelum cuba lagi kena ubah dulu apa yang kurang tu hehe
DeleteSaya lama dah tak berblog tapi memng lupa da pasal adsense ni., so thank bagi penerangan pasal yang di jelaskan oleh adsense.. :)
ReplyDeletesama-sama... alang-alang menulis, baik tulis dpat $$ :D
DeleteSedihnya Mai tapisan pertama pun tak lepas lagi/
ReplyDeletexpe... tunggu result camana. mana tau lepas. kalau x lepas juga nanti boleh try lagi
DeleteBestnya sis hawa, doakan saya pon dpt rezeki join adsense lepas nih. :')
ReplyDeletebest apa amer oi... failed! haha
DeleteKejadian yg sama pulak dgn CCL ..huhu..susahnua nk lamar adsense ni ... dh try hri tue ... firstly dh bjaya..seronok kemain lerr..lepas tue adsense trik balik ..menangis xberlagu ..huhuapa-apa pun dont give up .keep touch blogging
ReplyDeletelor... dah berjaya kahwin di ceraikan pulak.... memang high taste sungguh Addsense ni.. tapi takpe, kita perbaiki diri mesti akan berjaya jugak
Deleteelsa pernah direject sekali. huhu buta buta je kena reject. takde tapisan apa pun tau. elsa tahu kelemahan blog elsa pada waktu tu untuk mohon adsense. lepas elsa perbaiki semua elsa belajar free free je dari blog orang lain, baca tips nak lulus adsense apa semua, elsa mohon balik dan dia approve alhamdulillah. so sekarang masih bertahan dan google takde hantar emel apa apa lagi yang tak elok hahaha. takut takut berani jugak nie kalau tuan blog terbuat salah google terus dapat detect, habis kena tarik balik akaun adsense nanti huhu. In Shaa Allah nanti mana tahu google lembut hati nak approve kak hawa lagi kan :)
ReplyDeletetahniah elsa... tu la.. addsense ni kena jaga baik2 hati dia... sekali merajuk payah nak pujuk
Deletechaiyokk kak siti. bestnya kalu dapat Google Adsense juga. Semoga akak sentiasa murah rezeki. InsyaAllah. Aamin. :D
ReplyDeletesis pun tak dapat lagi.... chaiyooo2x
DeleteUmi pernah kena reject dulu jugak utk blog Umi sebab tak pasti kenapa tapi utk blog office mudah jer dapat approval lepas tu Umi dengan bersungguh apply ada 2, 3 kali dan Alhamdulillah dapat approval tapi kena tunggu dekat 2 minggu jugak utk dapat surat kiriman dari Adsense...berbunga2 rasa bila dapat surat tu...masih disimpan lagi..kiki.
ReplyDeletesyoknya umiiii..... awa masih mencuba lagi.. xpe umi kan, janji kita usaha
Deletebnyaknye pantang larang EN ADDSENSE ni . :)
ReplyDeletetak takpe... dah macam nak melamar anak orang...kiki
Deleteada geng!! haha
ReplyDeleteTakpe, cuba lg. Yg penting ikut syarat Adsense,mesti blh :)
ReplyDelete