"Jom kita pergi market."

Aku yakin mesti ada yang nak mengelat. Apa taknya, masing-masing dapat membayangkan suasana dalam market yang ramai orang. Pergi pun baik pakai selipar je kan sebab akan lalu kawasan yang basah. Pastu seperkara lagi, cukup susah nak dapat parking!

Tapi bila sebut supermarket secara automatiknya mesti otak awak akan terbayangkan tempat parking yang telah tersedia. Barangan runcit dalam kuantiti yang banyak. Tersusun indah bertenggek di atas rak-rak yang panjang dan besar. Tersusun rapi memanggil-manggil untuk awak angkat mereka untuk di bawa pulang ke rumah.



Dan semestinya awak boleh berada di dalam perut supermarket selama berjam-jam dek kerana suasananya yang selesa.

Begitulah perbezaan ketara yang boleh di buat antara market dan supermarket. Bagi aku mudah saja, market adalah tempat untuk aku membeli barangan basah manakala supermarket adalah tempat untuk aku membeli barangan kering. Kalau aku ajak suami ke market dengan cepat dia boleh tangkap akan pergi dengan sebuah troli tarik beroda kecil di tangan dan apabila aku ajaknya ke supermarket, dia nampak lebih cool dan relaks.

Aku sebenarnya sama sekali tidak pilih kasih antara  market dan supermarket sebab macam aku cakap tadi, jika aku berkehendakkan barang basah aku akan ke market dan kalau aku berkehendakkan barangan kering aku akan ke supermarket.

Tapi.... masalahnya di sini, aku sudah lama tidak menjejakkan kaki ke market lagi. Bukan seminggu, bukan sebulan tapi sudah hampir setahun. Jika dulu setiap pagi hujung minggu aku pasti akan luangkan masa ke market berdekatan rumah untuk dapatkan sayur yang fresh tapi sekarang ni tidak lagi.

Kenapa?

Sebab pertama kerana aku sudah berjaya menanam sendiri sedikit sayuran di rumah dan sebab ke dua kerana aku telah berjaya di pujuk rayu oleh sang supermarket. Ini semua berlaku dek kerana sang supermarket telah mampu mengambil alih tugas si market untuk membolehkan aku membeli barangan kering dan sayuran segar di bawah satu bumbung.



Aku kini seakan sudah semakin melupakan tugas si market yang sekian lama telah berbakti pada aku dulu. Salahkah aku?

( bagi sis harga ni dah agak murah, bagi orang lain tak tahu lah )

 Jika aku mahu membeli barangan kering, aku cuma perlu ketepikan sebanyak  RM10 untuk mendapatkan 5-8 jenis sayur dalam kuantiti yang aku rasakan setanding dengan apa yang di jual di market. Sebagai contoh, seikat sawi yang di market aku beli dengan harga RM2, di supermarket aku boleh dapatkan dengan harga yang sama tapi dengan kuantiti yang jauh lebih banyak. Mungkin sebab supermarket beli dalam kondisi yang banyak jadi sebab tu diaorang boleh jual dengan harga yang lebih murah.

Aku tak tahu bagaimana situasi market dan supermarket di tempat lain, tapi itulah situasi yang aku sedang hadapi sekarang ni. Sekali tengok dah macam orang lupa diri... "eleh nak beli sayur pun nak ke supermarket, berlagak!" Tapi apa boleh buat dah memang kat supermarket pun ada sayur yang murah sekarang ni.. huhu..

Bukan aku tak ingat pada mereka yang berniaga di market, tapi masalahnya aku sendiri perlu berjimat cermat dalam membesarkan lima anak-anak ku.. dah tu macamana?

Rindu membuak-buak nak ke market beli produk kampung yang unik dan sedap....