HOW TO MAKE FRIENDS WITH OTHER BLOGGER. 

Eh eh cakap bahasa omputih pulak, Bagaimana Cara Untuk Berkawan Dengan Blogger Yang Lain?, itulah topik untuk artikel pada kali ini.

Jujur cakap, sebagai seorang blogger yang masih baru, memang aku berhajat besar untuk berkawan dengan para blogger yang lain. 

Tapi, yang menjadi masalahnya sekarang ni, bagaimana untuk mencari dan berkawan dengan para blogger ni? 

Maka aku pun berjalanlah beriringan dengan Mr.Google demi mencari sebuah jawapan dan alhamdulillah misi aku berjaya. Hasil berjalan ke sana ke sini dengan MrGoogle, aku berjaya dapatkan beberapa tips berserta dengan penerangannya sekali dan aku rasa cukup puashati. Thank you so much to Mr.Google. Nanti kita jalan-jalan lagi ya...

Kalau awak pun ada keinginan untuk berkawan dengan blogger yang lain, boleh ikut tips yang sis dapat dalam gambar macam kat sebelah kanan tu..

Itu saja, ok byee.....

          ********************************

Haha, aku rasa ada yang nak kena ketuk ngan penyapu ni kan? Susah payah klik entry ni alih-alih nak suruh baca sendiri guna gambar tu jer, apa hal?  Tak patut... memang tak patut...

Sis pun kadang-kadang tu pernah juga rasa geram bila susah payah berjalan ke sana ke mari dengan MrGoogle, klik atas tajuk entry yang hot bagai nak rak, alih-alih tulisan dalam entry tu alamak ciputtttt je... Frust menonggeng  rasa.. "penat I berjalan tau!"

Sebelum kongsi tips bagaimana untuk berkawan dengan blogger yang lain, sis bagi dulu sebab utama kenapa perlu berkawan dengan blogger yang lain?

3 SEBAB KENAPA PERLU BERKAWAN DENGAN BLOGGER YANG LAIN

  • Kita tak boleh berblog sorang-sorang. Tulis, publish pastu tak de siapa pun yang singgah ke blog untuk baca. Sepi sampai bila-bila. Tak ubah macam duduk dalam pekan hantu. Nak ke macam tu?
  • Menaikkan semangat untuk menulis. Seronok kan apabila apa yang kita tulis di komen oleh orang lain. Tambahan pula kalau apa yang kita tulis tu boleh beri manfaat pada orang lain. Walau hanya dengan sepotong ayat ucapan terimakasih tapi dah beri impak yang besar pada kita untuk  terus menulis artikel seterusnya. 
  • Back Up antara satu sama lain. Ini paling mustahak Contoh, sis dan awak tulis entry dengan tajuk yang hampir sama, sis link pada post awak dan awak pula link kan pada post sis. Tak ke dapat naikkan trafik ke blog masing-masing? 

Di sebabkan 3 sebab utama di atas tu lah yang membuatkan aku betul-betul nak bersahabat dengan blogger-blogger yang lain di luar sana. Tak nak lah aku tinggal dalam pekan hantu sorang-sorang, takutttt....

TIPS BAGAIMANA MAHU BERKAWAN DENGAN BLOGGER YANG LAIN?

  • Apabila berjalan ke blog blogger yang lain, lihat sepintas lalu (scroll atas ke bawah) untuk lihat keseluruhan blog tersebut dan luangkan sedikit masa untuk baca artikel terbaru atau yang paling popular. Jangan lupa untuk tinggalkan komen.
  • Blogwalking dengan ikhlas.  Kalau suka dengan cara penulisan blog tersebut, terus tolong isi tabung, tinggalkan jejak di shoutbox dan klik butang Follow.
  • Senaraikan di bloglist untuk memudahkan awak mengunjungi mereka semula dari masa ke semasa terutama apabila mereka keluarkan artikel baru.
  • Buat artikel khusus untuk blog tersebut supaya mereka sedar awak sedang memerhatikan mereka. Secara tak langsung mereka juga akan memerhatikan awak.
  • Share blogpost mereka di laman sosial facebook dan lain-lain.
  • Aktifkan diri berblog supaya mereka tahu anda serius dalam dunia blogging.
  • Bantu beri trafik dengan cara backlink pada blog mereka sekiranya anda menulis artikel yang berkaitan dengan post mereka.


Kesimpulannya, kalau sekadar klik butang follow di blog seseorang tu, ia belum lagi dapat menjanjikan sebuah ikatan persahabatan yang akrab antara blogger-blogger tersebut.

Tekan butang follow tak bermakna mereka akan kembali semula menjadi pembaca di blog kita jadi sekiranya kita mahu blog kita di baca dan di back up oleh orang lain, kita sendiri dulu yang perlu bertindak untuk membaca dan backup blog blogger yang lain. Kalau apa yang kita buat tak di hargai oleh mereka, takde hal unfollow je pastu pergi ke blogger yang lain pula. Inshaa Allah pasti ada yang akan menghargai kita. Trust me!!

Moga-moga keikhlasan kita berblog terpancar di mata orang lain, ameen.








Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.