Sebaik saja artikel ni siap di tulis aku sempat termenung hampir sejam di hadapan laptop aku ni. Nak publish ke tak ya? Hati dan akal aku ni macam biasa, asyik nak 'berperanggg je' tapi alhamdulillah di hujungnya tetap akan dapat satu kata sepakat yang di panggil KEPUTUSAN. 

Dan di mulai dengan ucap kata Bismillah Hirrahman Nirrahim,.. keputusannya, aku publish!!  Moga-moga keputusan yang aku ambil pagi ini dapat memberi manfaat pada pembaca yang lain, ameen. Aku publish demi menaikkan semangat blogger-blogger baru yang lain, itupun kalau diaorang ada baca laa.

Dipendekkan cerita, sepanjang Januari aku sama sekali tidak blogwalking sebab sibuk cari idea bagaimana nak tampilkan blog ni untuk umum (lepas belajar dari kesilapan lalu). Blog aku sepanjang Januari kelam dan suram di selaputi kabus tebal seperti dalam gambar kat atas tu. 

TRAFIK NUFNANG MENINGKAT

Kini alhamdulillah semakin hari kabus mula menipis sedikit demi sedikit hingga aku boleh bangun untuk terus menapak beberapa langkah lagi ke hadapan. 

Kehadiran pelawat mulai bertambah perlahan-lahan. Walau sedikit bagi orang lain tapi cukup besar dan amat bermakna untuk aku. At least aku tahu yang aku tak hidup dalam 'pekan hantu!'. (Nak tahu apa kisah di sebalik pekan hantu? tekan SINI )

Inilah dia hasil kenaikan trafik untuk blog ni selepas aku mula menanam azam untuk berblogwalking dengan serius pada 29 Jan yang lalu. Boleh tengok sendiri perbezaan yang amat ketara pada 28 dan 29 Jan. Sebaik saja start blogwalking blog aku yang tak seberapa ni mula menerima kunjungan dari blogger yang lain di luar sana (termasuk awak lah... hehe..). Kenaikan trafik melonjak melebihi 100% walau hakikatnya aku baru  saja start berblogwalking selama seminggu.

Trafik Nunffnang meningkat

                                              
Dan pagi ini pelawat sudah mulai singgah ke blog ini samada untuk menyapa selamat pagi secara terang-terangan atau sekadar mahu membaca secara senyap di sebalik selimut.

cara tingkatkan trafik nuffnang

Aku rasa bukti di atas ni sudah terang lagi bersuluh. Bagi blogger baru seperti ku, dengarlah nasihat otai-otai lama dalam dunia blogging ni... kalau mereka kata kena blogwalking, maksudnya kena lah tu. Jika serius mahu majukan  diri dalam bidang blog ni, silalah majukan diri masing-masing untuk kepuasan diri sendiri di masa akan datang.

" Terima kasih banyak2 pada yang sudi tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan anda semua nanti"