Gary Dan Ji Hyo Akan Berkahwin Tahun Ini?
Semua peminat Monday Couple teruja dan gembira apabila dikatakan Gary (38 tahun) akan berkahwin dengan Song Ji Hyo (35 tahun) pada pertengahan tahun ini. Masing-masing sudah tidak sabar dan mendoakan agar pasangan ini benar-benar di satukan. Semua peminat dari seluruh pelusuk dunia semakin berdebar-bedar menantikan detik yang paling di tunggu-tunggu itu. Namun kesahihannya masih belum dapat di pastikan lagi.
Khabar angin ini tercetus melalui komuniti online sejak Januari lalu apabila salah seorang ahli komuniti itu memberitahu bahawa dia ada mengenali seseorang yang berkerja di sebuah dewan perkahwinan dan di katakan Gary telah datang untuk menempah dewan perkahwinan tersebut. Gary hadir seorang diri dan apabila di tanya di manakah bakal pengantin perempuan? Gary menjawab yang bakal isterinya sedang menjalani pengambaran. Hari tersebut adalah bertarikh 17 Jan 2017 yang kebetulan jatuh pada hari Selasa dan Selasa merupakan hari pengambaran untuk rancangan RunningMan.
Gary di katakan telah berjanji akan menghubungi pihak dewan perkahwinan itu semula kerana saat ini dia masih ingin melihat-lihat dan akan membuat keputusan kemudian berkenaan dewan tersebut.
Apabila khabar angin ini semakin tersebar, Gary terus menepis melalui akaun instagramnya dengan berkata, "Rumor is just rumor. But everyday is monday XD." - Kang Gary
Khabar angin ini telah menyebabkan alasan Gary meninggalkan RunningMan kerana ingin fokus dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan pencipta lagu mula di ragui. Saat ini memang Gary sedang berulang-alik antara China dan Korea kerana muziknya telah berjaya mendapat tempat di sana dengan baik tetapi ada juga yang mengatakan bahawa Gary mengambil keputusan drastik meninggalkan RunningMan supaya hubungan cinta rahsianya dengan Ji Hyo dapat di tamatkan dalam masa terdekat tanpa perlu memberi sebarang impak yang drastik pada RunningMan. Jika benar mereka berkahwin dan ke dua-duanya masih berada di dalam RunningMan ini bermakna konsep sebenar RunningMan dan Monday Couple akan terjejas.
Khabar angin ini turut di kaitkan dengan episod 325 ketika 6 ahli tetap RunningMan mengunjugi Gary di studionya. Dalam satu babak antara Ji Hyo dan Gary, beliau telah berkata kepada Ji Hyo dalam nada bergurau... "If I could, I want to give the whole wallet to you. Ji Hyo, will you marry me?". Seperti biasa Ji Hyo membalasnya dengan ketawa. Gary bertanya lagi seandainya Ji Hyo akan terus datang menemuinya setiap hari Isnin sebagai Monday Couple tetapi Ji Hyo terus menolak soalan itu dengan sebuah nyanyian. Ketika itu para peminat hanya menerima adegan tersebut sebagai satu gurauan spontan sehinggalah khabar angin ini muncul. Masing-masing mula terfikir adakah ketika itu Gary benar-benar ingin melamar Ji Hyo?
Sewaktu di China, Gary juga telah memuatnaik beberapa gambar ke laman istagramnya. Gambar yang di muatnaik Gary agak berbeza daripada biasa dan hal ini membuatkan semua peminat Monday Couple semakin yakin bahawa Gary benar-benar akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat. Masing-masing berpendapat bahawa Gary sedang memberi 'klu' secara diam pada semua peminat-peminatnya.
Kebarangkalian untuk Gary dan Ji Hyo berkahwin adalah tinggi ini kerana mereka telah di sahkan sebagai pasangan paling secocok (match made in heaven) oleh penilik nasib Korea dalam episod 183. Hal tersebut benar-benar membuatkan semua orang terkejut termasuk Gary dan Ji Hyo sendiri. Para penilik nasib memang menjadi rujukan utama rakyat Korea dalam menentukan jodoh di antara mereka.
Benar atau tidak khabar angin ini? Hanya masa yang akan menentukan kerana sehingga ke saat ini Gary dan Ji Hyo masih lagi bermain teka teki dengan ke semua peminat mereka. Jika benar pastinya hubungan mereka sebagai pasangan sekerja selama 7 tahun akan berbaloi.
Ikut RunningMan sejak 7 tahun lalu kerana Monday Couple
semua peminat Monday Couple dah teruja... betul ke tak kita tunggu dan lihat. Tapi serius cakap memang secocok sebab Gary betul-betul boleh jaga JiHyo.
ReplyDeletesy lah org plg gembira kalu betul khabar angin ni yehuuuuu
ReplyDeleteyabeda bedu... (anies nanti sis check yang anies minta tu ya... sis x sempat nak tgk lagi)
DeleteKalau betul Mrs. A pun suka...
ReplyDeleteTapi ada jugak gossip yang katanya Ji Hyo sedang couple dgn KJK
kontrovesi sekejap aritu KJK dan Ji Hyo sbb nak di keluarkan dr RM tapi ramai yang masih anggap KJK masih ada hati pada Eun Hye
Deletekalau betul berita ni, mmg semua fans seronok giler hehe
ReplyDeletekalau betul...
Deleteselalu gak layan running man...dia org couple ekkk hihi
ReplyDeleteentahlah.. susah nak cakap couple ke tak. masih bermain teka teki.
DeleteWalaupun mereka nnt kot kot tak jadi kawin, but i guess its ok to fictionalize about it. hehe.
ReplyDeleteyeah... just for fun
Deletehahahha . sorry x minat monday couple . minat lawak kwang ja je .. hahahhaha
ReplyDeletesabar je la... takpe takde hal.. janji masing-masing happyyy :D
Deletesush nak bc hubungan diorg ni...kdg2 konfius samada lakonan atau x..huhu
ReplyDeleteItu lah dia namanya dunia hiburan :D
Delete