Petang tadi masa tengah membalas komen dan jenjalan melawat kengkawan blogger yang baru, aku terpandang mesej dari Elsa di shoutbox. Oleh kerana Elsa tolong isikan tabung kecik aku tu, apa salahnya aku klik link untuk baca citer baru dia pulak kan? Barulah win win situation yang tidak merugikan sesiapa. (amalan baik yang harus di praktikkan)



Klik jer, terus terpancul wajah si kecik comey ni, (kalau tak salah dari rancangan TV bersiri Full House.. salah satu citer yang aku layan masa dulu dulu)

 

Oooo hari ni birthday si Elsa rupanya. 

"Nak bagi hadiah, masing-masing hanya berinteraksi di alamaya, jadi hanya ini yang dapat sis berikan pada awak Elsa. Sis doakan moga awak di murahkan rezeki, di pertemukan jodoh yang baik dan terus 'membesar' menjadi insan yang solehah.. ameen."