Teringin Nak Tegur Blogger Terkenal Tapi....

AKU TAK BERANI BEB!!


Aku memang selalu jugak singgah berulang kali di blog mereka semua tu sebabnya;
  • aku cukup suka dengan cara penyampaian di blog mereka
  • aku respect dengan segala ilmu blogging yang mereka ada.
  • aku boleh dapat banyak tips dan tutorial dari blog mereka.
  • aku boleh dapat ilmu-ilmu baru tentang dunia blog.
  • aku boleh cuci mata tengok gambar di blog mereka yang lawa-lawa.
  • aku boleh tumpang bangga tengok pencapaian mereka sebagai seorang blogger

Tapi sayangnya, aku masih belum berani nak tinggalkan apa-apa komen di entry blog mereka semua. Ye lah aku ni blogger ikan bilis je kot, kecikkkk sangat sedangkan mereka semua tu dah di tahap ikan paus. Segan pula rasanya nak menegur. Kadang-kadang rasa macam menganggu pun ada sebab sah-sah blog mereka mempunyai trafic yang sangat-sangat lancar dan laju walaupun tanpa jejak kaki aku di situ. Rasa macam aku naik keta kancil dan berhimpit di celah deretan kereta mewah pun ada. Haha..

Aku tahu aku tak sepatutnya bersikap begini. Bagaimana blog aku nak maju kalau aku sendiri segan nak berdepan dengan blogger lain di luar sana kan? Jangan risau, aku memang sedar semua tu. Cuma apa yang aku nak katakan, biarlah dulu. Buat masa ini aku masih perlukan sedikit waktu untuk aku cuba mendaki anak tangga ini satu persatu sambil memandang mereka yang telah pun lama berada di atas sana. Jika rezeki aku baik, Inshaa Allah sampai lah aku ke puncak tersebut dan jika rezeki aku tidak baik sekalipun aku tetap akan berpuashati kerana telah berusaha sedaya upaya dengan kudrat aku sendiri.

Apa yang penting, aku tetap menjadi diri aku sendiri dan berblog dengan seikhlas hati.


(sapa sangka keta kecik ni boleh naik atas karpet merah.. hehe )

Sebagai seorang blogger yang masih baru, aku amat-amat berterima kasih di atas segala ilmu dan bahan bacaan yang telah blogger-blogger terkenal ini berikan pada aku selama ini. Hanya Allah swt saja yang dapat membalas jasa baik kalian.