Yahooo yabeda beduu... tu dia! Sengih sampai ke telinga dah ni. Tak ku sangka tak ku menduga ada berita baik lagi untuk hari ini. Kalau tadi happy sebab Abam Kie sudi jadi penaja GA untuk bulan depan, sekarang aku happy sebab bakal menerima hadiah.

Syukur alhamdulillah, namaku tersenarai sebagai salah seorang pemenang  dalam sebuah giveaway yang di anjurkan oleh Kimchaa. Hadiahnya berupa sebuah buku pre-loved yang bertajuk Awek Chuck Taylor. Ini lah dia [ penyertaan ] yang telah ku hantar pada Kimchaa tempohari. Aku ni memang suka membaca jadi bila akan dapat buku ni rasa excited tu cukup susah nak di sembunyikan. Happy semacam :D


Terima kasih Kimchaa, sis akan baca dan hargai buku ini dengan baik sebagai tanda kenangan.