Blog aku kena tegur! Padan muka aku. Itulah sapa suruh berkecimpung sangat dalam dunia blogging ni. Lain kali duduk dapur jer tak payah nak tulis menulis ni. Nak tahu siapa tegur aku? Namanya Mira Zahar, pemilik blog https://mirazahar.blogspot.my.

Nanti! Nanti! Sebelum kalian singgah ke blog nya tu suka aku beritahu yang beliau menegur aku dengan cara yang baik tanpa sebarang niat untuk cari gaduh pun. 

Actually, Mira menegurku kerana dia sudah berjanji untuk mereview blog ini sempena kemenanganku dalam contest yang di anjurkan oleh Elsa tempohari. Aku pun tak perasan yang Mira dah pun publish review yang di buatnya ke atas blog ini pada 07 Mac yang lalu. Asyik sangat menulis entry dan blogwalking sampaikan lupa nak singgah ke blog Mira. 

Sis minta maaf ya Mira... sis pun tak sangka yang Mira akan review secepat ni. :D

Jangan marah ya kawan-kawan, saja je nak buat suspen.. hehe.. Inilah kata-kata yang Mira tujukan padaku tentang blog ini.



Apa pendapat awak? Setuju ke tidak dengan teguran yang di beri oleh Mira ni? Ke ada apa-apa lagi yang perlu di tambah? Kalau ada apa-apa yang kalian rasa perlu diperbaiki lagi tentang blog ni, boleh terus terang kat kotak komen di bawah tu. Inshaa Allah akan cuba diperbetulkan tapi harap-harap janganlah kasi komen yang terlaku kejam sangat ya.. kesian I tau! 

Last but not least, thank you so much for your words Mira. I really appreciate it. Ohya I'm glad to know you =D

Ada pelbagai cara  dan adab ketika menegur dan nabi sendiri menasihati kita supaya menegur dengan cara yang paling baik dan lembut supaya tidak memalukan dan menyakiti hati orang lain...

" Jemput komen dan follow blog untuk tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan dan follow blog anda semula nanti. TQ "