Seperti yang pernah aku kongsikan sebelum ini DI SINI, bukan mudah untuk aku dapatkan perhatian dari si Nuffnang ni. Hampir 3 bulan aku terpaksa menunggu ketibaan income dalam Nuffnang dan pelbagai cara sebenarnya yang telah aku lakukan untuk memikat hati Nuffnang idaman malaya ini.

Pada mulanya aku hantar tickets (Soalan) kepada pihak Nuffnang. Walau aku sendiri blur soalan apa yang perlu aku tanya namun aku sengaja buat-buat bodoh tanyakan itu ini semata-mata untuk berinteraksi dengan pihak Nuffnang. Aku lakukan begini semata-mata untuk mencuri perhatian dari Nuffnang.

Kemudian aku sentiasa kemaskini survey tentang blog aku ini di laman web Nuffnang. Selalunya aku akan kemaskini 2 hingga 3 kali seminggu. Pelbagai jawapan aku berikan pada Nuffnang setiap kali aku mengemaskini akaun tersebut.

Aku juga mengambil keputusan untuk ping entry terbaru blog aku di halaman Babab.net. Selain Babab ada lagi beberapa halaman lain yang aku daftar semata-mata untuk ping tajuk entry dari blog aku ni.

Akhir sekali, cara terbaik untuk pikat hati Nuffnang ialah dengan meningkatkan trafik blog.
Aku cuba sedaya upaya meningkatkan trafik blog ini. Aku akui bukan satu perkara yang mudah kerana blog aku ini baru saja di lancarkan. Aku tak kenal mana-mana blogger yang lain,  aku juga kurang arif dengan ilmu dunia blogging, apa yang aku tahu aku perlu segera tingkatkan trafik blog ini demi Nuffnang. Terus terang aku seorang yang pemalu tapi demi dapatkan trafik aku cuba kikis hari hari ketebalan 'malu' yang ada pada diri aku ni. Aku sentiasa peruntukan sedikit masa untuk berjalan dari satu blog ke satu blog yang lain melalui link yang terdapat pada kotak cbox blogger lain dan setiap kali singgah di mana-mana blog aku akan baca salah satu entry dan tinggalkan komen berserta link di blog tersebut. Kadang-kadang aku berjalan hampir dua jam sehari melompat dari satu blog ke satu blog yang lain demi untuk tingkatkan trafik. Ternyata cara ini amat berhasil dan buktinya telah aku siarkan DI SINI.

Selain dari blogwalking, aku turut menyertai segmen dan giveaway yang di lancarkan oleh blogger yang lain. 

Jalan terakhir yang aku ambil ialah dengan menganjurkan giveaway di blog aku sendiri. Memang aku akui yang aku risau sekiranya giveaway aku tidak mendapat sambutan dari mana-mana blogger namun ternyata firasat aku itu salah. Ternyata blogger-blogger Malaysia sangat ramah tamah dan sporting. Walau hadiah yang di tawarkan tidaklah lumayan tetapi mereka tetap turut serta sebagai tanda sokongan untuk blogger baru seperti aku. Terharu, aku amat terharu!

Aku akan teruskan misi untuk cuba memenangi hati Nuffnang ini dan aku akan berusaha untuk cuba mengenali Nuffnang dengan lebih mendalam lagi.

Aku doakan moga kita sama-sama berjaya, ameen.