Di ulang sekali lagi, Jangan Bina Blog Palsu! Nak tahu kenapa? Sebabnya aku cukup takut dengan sesetengah manusia yang sengaja membina sebuah blog dengan niat yang tidak baik.

Aku sendiri tidak tahu apakah motif sebenar mereka berblog. Kalau sekadar suka-suka isi masa lapang aku tak kisah, nak coret isi hati frust dengan pakwe pun aku tak heran tapi janganlah sampai buat sebuah blog yang tidak jujur.

Nak tahu kenapa aku cakap tak jujur? Okay cuba bayangkan...

  1. Tidak ada pengenalan diri pemilik 
  2. Tidak ada maklumat laman sosial untuk di hubungi
  3. Semua artikel adalah copy paste 100%
  4. Menggunakan gambar orang lain sebagai gambar profil
  5. Menggunakan ayat yang tidak sepatutnya
Aku sebenarnya ketengahkan artikel ni kerana bersimpati dengan nasib Farah, salah seorang blogger yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blog ni. Kebetulan masa aku singgah di blognya tadi, dia baru saja terbitkan satu entry yang menceritakan bahawa dirinya di 'copycat' atau dalam erti kata lain identiti dirinya di curi oleh orang lain untuk membuat sebuah blog palsu.

Gambar Farah dijadikan sebagai profile oleh sebuah blog palsu

Bagi aku perkara macam ni tak sepatutnya berlaku kerana ia boleh mencemarkan nama baik si blogger terbabit. Selain tu ia boleh menyebabkan salah faham ke atas si blogger tersebut yang sama sekali tidak tahu menahu tentang perkara yang sedang berlaku di belakangnya. 

Aku sendiri tak tahu nak cakap apa cuma yang aku pasti, kalau ini berlaku pada diri aku memang aku naik angin yang amat sangat sebabnya atas dasar apa 'gambar aku' di curi? Atas dasar apa buat sebuah blog yang konon-kononnya penulis blog itu adalah 'aku'? Ya Allah jauhkan lah aku daripada orang sebegini.

Bagi yang nak tahu kisah ni dengan lebih lanjut, boleh singgah dan baca sendiri di blog Farah. Kesian, amat-amat kesian tapi inilah dia salah satu dugaan yang sering berlaku apabila ada orang luar cuba ambil kesempatan dengan dunia blog yang amat kita sayangi ni.

SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA, SILA IKUT TUTORIAL INI SUPAYA ISI ARTIKEL DAN GAMBAR ANDA LEBIH  SELAMAT DAN SUSAH UNTUK DI CURI !!