Image result for anak ramaiSebelum kahwin orang akan tanya, "Bila nak kahwin? Sampai bila nak hidup sorang?"
Bila dah kahwin orang akan tanya, "Bila nak ada anak ni?"
Bila dah dapat anak sorang orang akan tanya, "Bila nak tambah sorang lagi?"
Bila anak dah berderet, orang akan kata, "Amboi sakan!"

Aku dan suami tak sempat nak honeymoon lama-lama sebabnya kahwin je aku terus mengandung. Orang tua kata bunting pelamin. Kami nikah hujung bulan 12 tahun 2001, so mudah cakap hidup bersama sejak 2002 lah dan pada bulan Mei 2003, kami telah selamat menerima seorang cahayamata. Jadi boleh di katakan kami sempat honeymoon selama beberapa bulan saja. Ketika tu usia aku 22 dan usia suami 25.

Pada tahun 2006 kami menerima cahayamata ke dua, tahun 2009 terima cahayamata ke tiga, tahun 2011 terima cahayamata ke empat dan akhir sekali pada tahun 2015 kami terima cahayamata ke lima. Semua hero. Kalau jumpa sesiapa yang kami kenali, mereka akan cakap.. "tak apa muda lagi. Boleh beranak sorang lagi, kali ni mesti pompuan"

Kalau dulu orang cakap macam tu mungkin aku percaya tapi sekarang tak lagi. Biarlah takde anak perempuan pun, aku okay je. At least aku satu-satunya perempuan dalam family dan semua perhatian akan secara automatik tercurah pada aku. Bila jalan dengan suami dan anak-anak macam kena keliling dengan bodyguard gitu.

Aku dah berkali-kali suarakan kat husband yang aku dah puashati dengan anak seramai ni tapi jawapan suami aku lain. Dia kalau boleh nak satu dozen macam team bola sepak tu. Sempat lagi dia nak bergurau ye.. Macam-macam juga lah alasan aku kasi dan akhirnya suami cakap, rezeki Allah tak baik untuk di tolak dan kalau rasa tak cukup makan pun jangan sampai tak terima anak sebab semua anak yang lahir ada rezeki masing-masing. Acaner tu? Aku dari dulu sampai sekarang tak ambil apa-apa pil perancang sebab aku sendiri tak suka telan ubat sebegitu. Mula-mula dulu doktor ada juga sarankan tapi bila dia lihat faktor jarak usia antara semua anak kami okay (rancang sendiri tanpa ubat) dan di tambah pula dengan jawapan suami yang cakap pandai, maka doktor pun naik surrender. Kata doktor janji anak tak terabai dan aku pandai jaga kesihatan diri sudah. Cuma doktor sentiasa nasihatkan supaya aku sentiasa buat medical checkup macam pap smear semua tu. (sebut pap smear terus rasa seram sejuk.. haha.. penakut!)

Aku ni? Bukan tak suka baby. Aku suka. Tengok wajah comel diaorg syokkk sangat. Itu belum cium peluk dakap lagi. Walau bau masyam tapi best! Wah rindunya aku pada bau baby baru lahir. Wangi! Ada juga yang kata bau baby baru lahir adalah bau syurga.

Setiap kali nak melahirkan suami aku hanya tunggu di luar je. Dia memang sama sekali tak akan masuk ke labour room untuk teman aku walau di paksa oleh doktor sekalipun sebabnya suami aku ni mabuk darah. Kang tak pasal-pasal dia yang pengsan dalam labour room tu.

Setiap anak mempunyai kisahnya yang tersendiri ketika di lahirkan. Anak sulung aku lahir dalam keadaan suami tiada di sisi (lahir awal), anak ke dua secara pembedahan (songsang), anak ke tiga lahir dengan masalah kesihatan (sekarang dah sihat sepenuhnya), anak ke empat lahir dengan rasa sakit yang teramat sangat (kena jahit banyak) dan anak ke lima lahir dengan masalah prolong jaundice. Semua ni aku dan suami hadapi dengan penuh tabah. Anak pertama dan ke dua keluarga jagakan aku semasa berpantang dan anak ke tiga, empat dan lima suami yang handle semua perkara dan jaga aku selama aku berpantang. Itu yang buat aku susah nak menang kalau suami cakap dia nak baby lagi.

" dah lima orang ni bang.. tak cukup cukup lagi ke? hehe.. "

Lelaki Atau Perempuan Yang Suka Anak Ramai? Bagi aku jawapannya ialah LELAKI!

Apa pendapat korang? Setuju dengan pendapat aku kat atas tu atau tidak?


Nak tahu kisah percintaan aku dan suami? klik SINI