5 Jenama Santan Kotak Terbaik (Pekat Dan Sedap)
Terdapat banyak pilihan jenama santan kotak di pasaran. Untuk tidak salah beli, kita perlu kenali dulu apakah tips yang perlu diberi perhatian supaya dapat memilih santan kotak terbaik yang ada di pasaran.
Tips Untuk Pilih Santan Kotak Terbaik
Aku mementingkan beberapa perkara sebelum membuat membeli santan kotak ini. Antara tips yang aku gunapakai untuk memilih santan kotak terbaik adalah;
- Pekat
- Tidak berbau pelik
- Rasa hampir dengan santan asli sebenar
- Tahan lama
- Mudah untuk disimpan
5 Jenama Santan Kotak Terbaik Yang Ada Dipasaran
Top 5. Santan Kotak Adabi
Santan Kelapa 250ml Santan kelapa Adabi diproses daripada kelapa segar yang berkualiti dan sesuai untuk masakan kari, nasi lemak, manisan ala Asia, kek. Harga di Shopee RM4.10.
Top 4. Santan Kotak M&S
Semarakkan cita rasa bersama Santan Kelapa M&S. Harga untuk saiz 200ml di Shopee RM3.00 sekotak.
Top 3. Santan Kotak Rasaku
Santan Rasaku ini sering kali digunakan sebagai penambah rasa masakan seperti kari, sup dan pencuci mulut. Harga sekotak santan Rasaku untuk saiz 200ml adalah RM2.90 di Shopee.
Top 2. Santan Kotak Kara
Santan kotak jenama Kara merupakan salah satu brand santan segera yang aku suka guna. Santan Kara menjadi pilihan di dapur terutama bagi suri rumah yang bekerjaya.
Santan KARA ini amat mudah digunakan dan rasanya juga persis dengan rasa santan segar sebenar
Santan kotak Kara ada dalam saiz 200ml dan saiz 1 liter. Harga RM2.90 untuk 200ml.
Top 1. Santan Kotak Ayam Brand
Apa saja masakan yang melibatkan santan aku akan gunakan santan segera dari Ayam Brand ini. Sebut lah apa saja. Ayam percik, bubur kacang, gulai ayam, mee kari, kerutup daging, cendol, pemanis mulut, pulut durian, kuih melayu asli semuanya aku gunakan santan ini.
Selain dari 5 jenama santan kotak tadi, ada juga jenama santan kotak Harmuni dan santan kotak S&P.
Santan Kotak Ayam Brand Pilihan No1 Rakyat Malaysia
Kenapa suka gunakan santan segera dari Ayam Brand?
- kepekatannya yang setanding dengan santan asli
- rasanya yang hampir sama dengan santan asli
- ada U.H.T
- mudah di simpan dan tahan lama
- harganya yang murah (RM2.80 sekotak)
- mengandungi lemak baik yang akan terus di proses oleh badan sebagai tenaga
- gunalah sebanyak mana pun tapi lemak ini tetap tidak akan menyebabkan kolestrol
Kalau dulu nak masak apa-apa sibuk nak ke kedai semata-mata untuk membeli santan segar tapi kini aku tak alami masalah seperti itu lagi. Terfikir nak masak apa, santan sudah ready menunggu di dapur untuk memberikan khidmatnya.
Tips Cara Simpan Santan Pekat Supaya Tahan Lama
Aku selalunya akan menggunakan satu kotak santan pekat ketika memasak. Tapi, adakalanya aku hanya guna separuh saja. Ini bergantung pada resepi masakan yang sedang dimasak.
Jika hanya guna separuh kotak saja (sebab dah pekat), separuh lagi aku simpan dalam peti ais. Jika takut rosak juga, boleh simpan di bahagian sejuk beku. Santan kotak pekat ni jenis tahan lama jadi kita boleh simpan sampai berminggu dan berbulan.
Cara nak simpan santan kotak kalau nak tahan lama. Jangan potong lipatan hujung kotak tu sampai habis. Potong separuh saja. Nak simpan, lipatkan. Disebabkan santan pekat ni memang dah dalam bentuk kotak, tak perlu letak dalam bekas lain lagi.
Cara Cairkan Santan Kotak Beku Dengan Cepat
Bila dah disimpan tempat beku, bila nak guna nanti kena cairkan dulu santan pekat tu. Tak nak masak gulai atau bubur dengan guna santan beku berketul, nanti masakan jadi tak cantik.
Antara tips mudah cara mencairkan santan beku dengan cara cepat adalah :
1. Keluarkan santan beku dari peti dan biarkan ia defrost dengan suhu balik dalam tempoh setengah jam.
2. Masukkan santan yang sudah separuh cair ke dalam blender bersama dengan sedikit air suam.
3. Kisar semuanya hingga ketulan santan beku benar-benar hancur.
Cara ini boleh juga digunakan untuk santan beku fresh yang baru dikeluarkan dari peti ais. Tak kisahlah santan beku tu dah simpan lama mana dalam frezer (peti beku), jika tidak rosak boleh cairkan santan beku tadi guna cara tadi.
Santan Kotak Vs Santan Segar
Santan kotak in english disebut sebagai 'coconut milk box'. Santan segar in english pula disebut sebagai 'fresh coconut milk'.
Apa yang dimaksudkan dengan santan pekat?
Apa pula yang dimaksudkan dengan santan cair?
Santan pekat dan santan cair merupakan perbezaan pada tekstur cecair santan itu sendiri. Santan pekat merupakan hasil perahan santan yang awal. Santan cair pula hasil dari perahan santan selepas santan pekat dihasilkan.
Terdapat dua cara untuk perah santan dengan mudah bagi mendapatkan hasil perahan santan pekat dan santan cair ini. Cara yang pertama, guna kain dan cara yang ke dua, guna blender.
Aku salah seorang yang perlu sentiasa ada stok santan di rumah. Untuk mudahkan urusan ketika memasak, aku lebih suka beli dan guna santan kotak.
Kesimpulan
Santan kotak ni tak dinafikan dapat menjimatkan banyak masa di dapur. Santan kotak harganya masih ditahap mampu beli juga.
Jika ditanya, apakah ada bahaya santan kotak ini? Itu aku tak pasti. Yang aku tahu, dah bertahun-tahun aku gunakan santan kotak dalam masakan.
betul.. sekali masak je sbb mmg 200ML tu sama mcm hasil perahan dari sebiji kelapa. Tak payah nak pening kepala, tak payah membazir dan tak payah juga biar santan sampai masam berkulat dalam peti. Harga pun sis rasa sama je macam beli kepala sebiji kat kedai tu.. yang penting sihat.. tak payah susah hati makan santan akan gemuk ke apa.. :D
ReplyDeletesis boleh jadi duta dah lepas ni..hehe..
ReplyDeletehehe.. kalau ya lompat sampai bintang!! :D
Deleteselalu beli beli kelapa. buat santan. hehe
ReplyDeleteJOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
dulu-dulu ya tapi skrg tak sempat. semua nak ekspress hehe
DeleteWalau pun selalu jual kelapa tetapi tetap beli santan kotak untuk kegunaan dapur sendiri
ReplyDeletekantoi dah.. tokey kelapa makan santan kotak. kiki :D tak de hal janji kena dengan selera
Deleteaida memang standby santan kotak at least 3 kat umah.
ReplyDeletemudah nak masak.
betul3x... senang keja kan? cuma perlu fikir nak masak apa je
DeleteSantan dah habissss~~ favorite guna Kara. Ayam brand memang selalu sold out. Kara pun kadang xmenyempat. Rasaku pun okay laaa
ReplyDelete