Rezeki itu terletak di tangan tuhan bukannya di tangan manusia dan alhamdulillah hari demi hari aku rasa semakin gembira menjadi seorang blogger. Namun tidak aku nafikan untuk menjadi seorang blogger perlukan kesungguhan yang tinggi dan berterusan.


Dulu aku telah pernah kecundang sekali sebagai seorang blogger. Aku kecundang bukan kerana siapa-siapa melainkan kerana diri aku sendiri. Masa itu aku menulis dengan hati yang tidak ikhlas. Aku berniat untuk jadikan blog sekadar tempat untuk mengisi masa lapang dan aku menulis mengikut apa yang aku suka saja tanpa menitikberatkan kehendak para pembaca. Aku selfish!



Tapi kini sejak kembali menjadi blogger aku telah nekad dalam hati. Aku nekad untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa yang dapat memberi info dan ilmu walau hanya sedikit pada orang lain di luar sana. Aku juga mahu menjaga blog ini hanya dengan menerbitkan kisah-kisah yang boleh menjadi pengajaran dan teladan pada orang lain.

Pada bulan pertama aku menjadi blogger aku rasa 'geram' apabila.. blog aku ini tidak di kunjungi ramai. Jangan kata nak orang datang selalu, nak dapatkan satu komen untuk setiap artikel pun cukup payah. Bila lihat pada blog orang lain yang rajin aku singgah, terdetik pula kat hati, kenapa blog mereka selalu di baca oleh orang lain? Kenapa blog aku terpinggir?

Hari demi hari aku akan singgah ke blog-blog tersebut.  Aku lihat ada saja artikel yang di keluarkan tanpa jemu. Kadang-kadang sehari boleh keluar sampai tiga ke empat artikel secara berterusan dengan tajuk isu yang pelbagai. Hebat! Sangat-sangat hebat.

Dengan rasa 'cemburu' yang melimpah aku telah mula menjadi seorang yang lebih bersemangat. Aku cuba paksa diri aku menulis setiap hari dan kadang-kadang aku berjaya menulis beberapa artikel sekaligus. Sekarang artikel yang sudah siap di tulis sudah ada tersimpan dalam draft yang hanya menunggu masa untuk di terbitkan saat aku sedang ketandusan idea. Terdetik pula di hati. Mungkin ini caranya yang blogger lain lakukan sehingga mereka berjaya terbitkan lebih dari satu artikel pada satu-satu masa.

Walau sudah berjaya menulis pelbagai artikel namun aku masih lagi tidak berpuashati. Kali ini setelah melihat penampilan wajah blog-blog mereka. Cantik, kemas dan bersih. Cukup senang dan mudah untuk membaca semua isi yang di terbitkan di blog mereka. Di sini dapat aku buat kesimpulan yang wajah dan susunan blog turut memainkan peranan untuk menarik minat pengunjung. Walau ada peribahasa inggeris mengatakan yang 'dont judge a book by its cover' tapi ia tidak boleh di guna pakai 100% di dalam dunia blogging. Jangan kata orang lain, aku sendiri pun suka singgah di blog-blog yang comel, sebab apa? Sebab aku geram! Geram tengok wajah blog orang lain yang lebih menawan dari blog aku.  Selain itu aku rasa seronok membaca di dada blog yang cantik. Mujurlah aku ada mempunyai secubit ilmu asas dalam bidang editing blog dan alhamdulillah aku berjaya menyiapkan blog sendiri mengikut kehendak hati.

Sekarang adalah bulan ke tiga aku menjadi seorang blogger, blog ini sudah mula menerima pengungjung. Walau tidak sehebat blog orang lain namun aku bersyukur kerana ada peningkatan. Rasa gembira yang amat sangat kerana nampaknya aku sedang berjalan ke arah yang betul. Tapi masih ada lagi perkara yang aku tidak puas hati. Kenapa blog aku tidak boleh menjana income? Arghh.. aku mula rasa 'cemburu' semula.

Aku mencari info tentang cara-cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui blog. Dalam pelbagai cadangan yang diberikan oleh para blogger aku tertarik dengan 3 (tiga) cara ini:

  1. Pihak Pengiklan
  2. Review
  3. Sertai Giveaway

Paling berkenan di hati adalah pihak pengiklan. Mula sekali aku memohon dengan Nuffnang namun sehingga awal bulan Mac aku sama sekali tidak dapat menerima apa-apa kempen pengiklanan dari Nuffnang tapi kini alhamdulillah pihak Nuffnang telah mula melihat blog ini walau masih samar-samar.

Aku juga ada memohon dari Addsense namun malangnya blog aku masih belum boleh di terima oleh pihak Addsense. Kata mereka blog aku masih ada beberapa kekurangan yang perlu di perbetulkan. Kerana itu buat masa ini aku nekad untuk bersama Nuffnang. Mujur juga aku ada dua blog jadi blog ke dualah yang akan aku gunakan untuk berkerjasama dengan Addsense nanti.


Sekarang aku sedang cuba sedaya upaya untuk terus menaikkan trafik untuk blog ini. Memang kadang-kadang aku rasa malas untuk blogwalking, aku rasa malas untuk post artikel, aku rasa malas untuk balas komen TAPI, aku tak akan sesekali membiarkan rasa malas aku ni berleluasa dalam diri. Aku tak akan sesekali lupa bahawa aku pernah kecundang dulu dan kali ini aku tidak ingin kecundang lagi. Aku akan terus pastikan untuk membuat yang terbaik sebagai seorang blogger.

Terima kasih banyak-banyak pada semua rakan-rakan blogger dan para peminat blog yang sudi berkunjung dan menjadi salah seorang pembaca di blog ini. Jika ada tersalah silap terkasar bahasa semasa menulis, sis minta maaf ye.. 

Semua orang bermula dari bawah. Gagal atau berjaya diri sendiri yang akan tentukan dan jangan sesekali menyalahkan orang lain jika kita tersalah membuat keputusan.




Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.