Cara Guna CIMBCLICKS Dan Kelebihannya | Assalamualaikum. Baru-baru ni saya ada dapat soalan beberapa orang pembaca blog ni (terima kasih sudi singgah ke sini) dan ada juga soalan dari salah seorang rakan blogger (Kak Wani) melalui inbox facebook bertanyakan bagaimana cara untuk semak transaksi pembayaran di dalam CIMB Clicks. Di sebabkan aku ni pengguna setia CIMB Clicks maka bolehlah daku jawab pertanyaan dari para pembaca dan Kak Wani ni.



Sebelum tu, kalau kalian nak tahu daku ni sebenarnya ada dua akaun online banking. Yang pertama ialah Maybank2u dan yang ke dua adalah CIMB Clicks. Tapi daku lebih suka gunakan CIMB Clicks daripada M2U. Nak tahu kenapa?


SEBAB KENAPA LEBIH SUKA GUNA CIMBCLICKS

Ini adalah kerana detail yang di berikan di dalam CIMBClicks adalah lebih detail daripada M2U. Memang ke dua-duanya ada menunjukkan tarikh bila pembayaran di buat ke akaun kita tapi masalahnya di dalam M2U sama sekali tidak di berikan masa bilakah pembayaran tersebut di lakukan ke dalam akaun bank kita. M2U hanya tunjuk tarikhnya ajer.

Cuba lihat contoh transaksi duit keluar masuk dari akaun Maybank2u ni,..
SUMBER DARI GOOGLE

hanya ada di nyatakan tarikh dan juga detail di bahagian description sahaja.

Sekarang kita tengok pula contoh transaksi duit keluar masuk dari akaun CIMBClicks.
Bukan hanya ada tarikh tetapi juga MASA.

Bagi seseorang yang sering berlaku transaksi di dalam akaunnya, MASA yang di berikan boleh membuatkan tuanpunya akaun berasa lebih mudah semasa berurusan dengan pelanggan-pelanggannya.

Ye lah, kalau dalam sehari tu ada lebih dari satu transaksi dengan jumlah yang sama, bukankah agak susah dan kelam kabut jika hanya ada tarikhnya saja. Jika si pembayar berikan 'Description' masa buat transaksi tak apalah, tapi jika si pembayar bayar pakai ATM jer? Mana nak keluar detail yang lengkap tu.. jadi masa yang tepat ni lah yang boleh kita gunakan sebagai rujukan sebabnya masa yang di tunjuk ni adalah sama seperti masa yang terdapat pada slip si pembayar. Secara tidak langsung, jika pelanggan nak cuba-cuba tipu pun tak boleh.. hehe..

Di sebabkan Kak Wani belum tahu lagi cara untuk check sejarah duit keluar masuk akaun CIMB Clicks ni... jadi kat sini aku kasi sekali step by step.. harap dapat bantu Kak Wani lepas ni..


CARA CHECK DUIT KELUAR MASUK DALAM CIMBCLIKS

Ini adalah cara yang paling baru bagaimana untuk check duit keluar masuk dalam Cimbclicks. Kiranya untuk tahu statement duit keluar masuk untuk akaun bank masing-masing. Caranya mudah saja tapi mungkin akan ada yang keliru. Jadi saya sertakan sekali dengan gambar sebagai panduan untuk lebih mudah faham dengan cepat.

1- Pergi ke laman web CIMBClicks
2- Login ke akaun CIMBClicks menggunakan kata laluan yang betul



3- Setelah berjaya masuk, klik pada bahagian MY ACCOUNTS dan setelah itu klik di atas perkataan BASIC SA WITH FEE (lihat gambar di bawah untuk rujukan)


Maka akan teruslah di bawa masuk ke bahagian akaun dengan detail duit keluar masuk sekali.


Untuk lihat lebih banak rekod transaksi, sila gerakkan anak panah ke bawah.


Untuk nak lihat rekod untuk hari tertentu, boleh klik atas tarikh dan masukkan masa yang ingin di lihat. Sebagai contoh yesterday (kelmarin), last 7 days (speanjang 7 hari lepas) dan lain-lain.


Jika mahu cari semula traksaksi lama pada sesuatu tarikh tertentu,, boleh terus pilih tarikh mengikut kalender yang telah disediakan.


Nak dapatkan statement dalam secara lebih menyeluruh untuk di print bagi tujuan kegunaan office dan sebagainya? Boleh klik pada icon anak panah bawah dan pilihlah jenis file yang diinginkan.



Jika pilih CSV ia masih merahsiakan tarikh dan masa duit yang keluar masuk dari bank.


Manakala untuk file jenis Excel pula ia akan menunjukkan semua detail termasuk masa tarikh dan sebagainya. 




Bagaimana jika kita yang membuat bayaran melalui CIMBClicks kemudian terlupa untuk simpan detail pembayaran tu?

Cara untuk dapatkan bukti payment dari Cimbclicks adalah dengan klik pada bahagian Pay & Transfer kemudian klik di atas nombor akaun bank. Then akan keluarlah detail bukti payment yang dikehendaki,


Boleh juga di print dengan klik pada icon 3 titik tu. Klik situ dan pilih PRINT.


Tukar TAC Number CIMB Juga Sangat Mudah, Hanya di ATM

Cara nak tukar TAC number memang mudah. Daku sendiri dah cuba semasa proses baru-baru ni. Berbanding dengan Maybank2u dulu, daku perlu pergi ke kaunter bank serta isi borang hanya untuk tukar nombor telefon bagi mendapatkan TAC Number.

Tapi dengan CIMB, daku tak perlu susah payah buang masa beratur kat kaunter pun. Aku dengan senang hati bila-bila masa boleh tukar nombor telefon kat mesin ATM. Siap je tukar kat mesin ATM, dah pun boleh terus dapatkan TAC Number melalui nombor handphoneku yang baru.Yes!!

Bagaimana Cara Untuk Transfer Duit? Baca sini untuk panduan

Rasanya itu saja dulu perkongsianku berkaitan dengan cara guna CimbClicks berserta dengan serba sikit kelebihannya,



Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.