Lepas berkira-kira itu dan ini. Akhirnya aku nekad! Aku nekad untuk benar-benar menjadi seorang blogger sepenuh masa. Keputusan ni aku buat setelah bisnes servis edit blog dan makeover sudah semakin mendapat sambutan dari hari ke hari.

Maka, dengan berbekalkan hasil dari mengedit blog tersebut, aku gunakan sedikit untuk membeli domain melalui NetKL.com

Syukur alhamdulillah proses membeli dan memasang domain untuk blog ini berjalan dengan lancar dan mudah. Walau baru semalam aku beli domain, hari ini semuanya dah selesai. Bagus betul perkhidmatan yang di sediakan oleh NetKL ni..

Bagi yang berhajat untuk menukar domain, harga yuran untuk setahun hanyalah RM45 sahaja. Jika tak tahu cara nak pasang domain ni dan nak minta pihak NetKL yang tolong pasangkan, maka caj tambahan untuk pemasangan akan di kenakan sebanyak RM10. Kalau dulu caj pemasangan RM3 je tapi sekarang dah naik ulls. But tak kisahlah, janji senang kerja! Lagipun caj pemasangan ni di kenakan sekali saja.

Maka dengan ini, bersamaan dengan 08.08.017, bermulalah perjalanan blog Sis Hawa dengan azam  yang baru. Untuk lebih menaikkan semangat, aku telah menukar penampilan untuk blog ni. Kalau dulu menggunakan warna yang agak pastel, kini aku gantikan dengan warna yang lebih terang. 1st time aku buat dan guna warna tema Hitam dan Merah ni... :D

dulu : sishawa.blogspot.com

kini: sishawa.com
Sekarang aku dalam proses untuk beli satu lagi domain untuk blog ke dua aku. Kiranya blog pertama ni lebih kepada personal, isu semasa dan santai-santai manakala blog ke dua aku tu pula aku khususkan hanya untuk bisnes edit dan makeover blog yang sedang berjalan sekarang ni. Blog ke dua tu pun aku dah tukar templatenya.

blog ke dua http://rosbirumuda.blogspot.my/ akan menjadi dot com juga tidak lama lagi
Di kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih banyak pada semua rakan-rakan blogger yang tak pernah jemu singgah, komen dan beri sokongan pada bisnes edit blog dan makeover aku tu. Aku akan sentiasa berusaha untuk beri yang terbaik dari masa ke semasa cuma kalau ada salah dan silap aku minta maaf awal-awal. Tambah-tambah dalam keadaan berbadan dua sekarang ni.

Yang pasti, hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian. 

P/s: JOM KITA PAKAT TUKAR DOMAIN SAMA-SAMA :D