Maksud Domain Dan Cara Untuk Membelinya Dari NetKL
Assalamualaikum ualls...
Maka kerana itu di wujudkan si domain ni. Domain berperanan untuk memudahkan si pemilik halaman untuk memperkenalkan dirinya dengan cara yang lebih mudah dan berkesan. Sebagai contoh, jika dulu pengguna perlu menaip sishawa.blogspot.my untuk menemui halaman blog kesayangan aku ni. Tapi sekarang, memadai dengan menaip sishawa.com saja. Pasti akan terus terpampang wajah blog aku ni di hp dan laptop ualls.
Walaubagaimanapun, aku ada juga terperasan akan segelintir pemilik blog yang tetap juga nak gunakan nama yang panjang-panjang walau sudah membeli domain sendiri untuk blog tersebut. Untuk apa di beri nama yang panjang? Bukankah itu akan menyukarkan pengguna? Kan lebih baik pilih satu nama yang paling sesuai, ringkas dan mudah untuk di ingat. Mudah cakap jangan syok sendiri kata orang. Jadi bagi yang berhajat untuk membeli domain, sila fikirkan nama yang sesuai dulu ya. Pendek dan unik, itu adalah nama yang paling tepat sekali!
KELEBIHAN MEMILIKI DOMAIN SENDIRI
Dah faham sedikit apa itu domain? Jika dah faham sekarang aku kongsikan pula cara bagaimana untuk beli domain. Untuk pengetahuan ualls, aku beli domain untuk blog ni dari pihak NetKL.com Walau ada banyak lagi company yang menyediakan khidmat domain di luar sana tetapi aku tetap memilih NetKL.com.
Kerana apa? Kerana NetKL.com sudah lama berada di dalam dunia penulisan alamaya ni. Bahkan sejak aku mula-mula berblog dengan blog pertama dulu pun, si NetKL.com ni sudah pun gah namanya pada masa itu dan kekuatan namanya masih lagi tetap utuh sampai sekarang. Harga domain yang di tawarkan juga masih di tahap berpatutan. Servisnya juga sangat laju dan cekap. Goodjob NetKL.
CARA MENEMPAH DOMAIN DARI NETKL
1. Layari laman web NetKL.com
2. Lihat pada bahagian menu atas, pergi pada bahagian Domain dan klik Buy Domain Only.
3. Masukkan nama pilihan anda dan check statusnya samada masih available untuk di daftarkan ataupun tidak. Jika Available terus tekan Add To Chat. Jika Unavailable, bermakna kenalah cari nama lain. Sebab itu seeloknya kita tulis dulu beberapa cadangan nama. Jangan terburu-buru, fikir dulu nama tu baik-baik ya. Kalau dah daftar nanti tak boleh buat apa dah, nanti kan menyesal pula. Ejaan kasi betul.. nanti kalau dah berdaftar baru perasan ejaan salah, nak tukar balik memanglah boleh dalam masa 24jam tapi.. caj RM10 akan di kenakan! Nak ke macam tu? :D
3. Dah dapat nama yang sesuai? Bagus! Terus Klik pada bahagian Available! Order Now dan klik Add To Cart.
Dua hari lepas setelah aku maklumkan pada umum yang blog aku ni sudah punya domain sendiri, adalah beberapa orang teman di kalangan blogger yang telah mesej aku bertanyakan cara untuk beli dan pasang si domain ni. So, untuk tidak menghampakan aku share cara yang aku buat start dari mula membeli hinggalah ke tahap siap di pasang.
Sebelum aku ceritakan cara untuk beli dan pasang domain, suka untuk aku kongsikan serba sedikit apa yang di katakan domain ni. Aku cerita cara paling ringkas supaya mudah untuk di fahami.
APA ITU DOMAIN?
Seperti yang kita telah sedia maklum, apabila kita melayari internet dan mahu mencari apa-apa infomasi di dalam talian ni, kita terpaksa menaip keywords yang sesuai supaya sepadan dengan maklumat yang kita cari.
Begitu juga kalau kita mahu memasuki mana-mana halaman yang kita perlukan. Nak tak nak, suka atau tidak, kita terpaksa taip link yang betul supaya dapat kita layari di halaman yang tepat. Jika salah taip link alamat, besar kemungkinan kita tidak dapat mencari halaman yang kita perlukan. Masalahnya, untuk ingat sederet link tersebut bukannya mudah. Tambah-tambah kalau panjang! Oh no...
Walaubagaimanapun, aku ada juga terperasan akan segelintir pemilik blog yang tetap juga nak gunakan nama yang panjang-panjang walau sudah membeli domain sendiri untuk blog tersebut. Untuk apa di beri nama yang panjang? Bukankah itu akan menyukarkan pengguna? Kan lebih baik pilih satu nama yang paling sesuai, ringkas dan mudah untuk di ingat. Mudah cakap jangan syok sendiri kata orang. Jadi bagi yang berhajat untuk membeli domain, sila fikirkan nama yang sesuai dulu ya. Pendek dan unik, itu adalah nama yang paling tepat sekali!
KELEBIHAN MEMILIKI DOMAIN SENDIRI
- link blog tersebut kita yang punya secara sah !!
- kita satu-satunya pemilik link terbabit
- tidak akan ada orang lain yang boleh berdaftar atas link nama itu lagi
- lebih pendek dan mudah untuk di ingat
- lebih unik dan istimewa
- menampakkan tahap serius si penulis terhadap blognya
- menambahkan keyakinan si pembaca terhadap blog tersebut
Dah faham sedikit apa itu domain? Jika dah faham sekarang aku kongsikan pula cara bagaimana untuk beli domain. Untuk pengetahuan ualls, aku beli domain untuk blog ni dari pihak NetKL.com Walau ada banyak lagi company yang menyediakan khidmat domain di luar sana tetapi aku tetap memilih NetKL.com.
Kerana apa? Kerana NetKL.com sudah lama berada di dalam dunia penulisan alamaya ni. Bahkan sejak aku mula-mula berblog dengan blog pertama dulu pun, si NetKL.com ni sudah pun gah namanya pada masa itu dan kekuatan namanya masih lagi tetap utuh sampai sekarang. Harga domain yang di tawarkan juga masih di tahap berpatutan. Servisnya juga sangat laju dan cekap. Goodjob NetKL.
CARA MENEMPAH DOMAIN DARI NETKL
1. Layari laman web NetKL.com
2. Lihat pada bahagian menu atas, pergi pada bahagian Domain dan klik Buy Domain Only.
Halaman Utama NetKL.com |
SISHAWA.COM berstatus Unavailable sebab link dan nama itu aku sudah beli :D |
3. Dah dapat nama yang sesuai? Bagus! Terus Klik pada bahagian Available! Order Now dan klik Add To Cart.
Harga & tahun tu boleh pilih. Kalau beli terus utk beberapa tahun, tak perlu renew setahun sekali.
4. Kat bahagian ni tak yah buat apa-apa, terus klik pada bahagian Update Cart
5. Kat bahagian ni hanya di nyatakan jumlah yang perlu di bayar dan kaedah untuk membuat bayaran. Jika bayar guna Paypal, caj sebanyak RM3.98 akan di kenakan. Jika membayar guna kaedah Bank Transfer, tidak ada apa-apa caj bayaran yang akan di kenakan.
Tak yah buat apa-apa. Terus klik kat bahagian Checkout.
6. Sekarang kita akan di minta untuk mengisi detail peribadi dan password. Info ni akan di daftarkan dan di simpan sebagai salah seorang pengguna domain di bawah naungan NetKL. Password tu pula akan di gunakan untuk login ke lamanweb NetKL. Isi dengan detail yang betul okay!
Itulah langkah step by step cara bagaimana untuk membuat tempahan untuk membeli domain dari pihak NetKL. Sekarang bolehlah check email dan lihat semua email yang di hantar oleh pihak NetKL. Ualls jangan terkejut pula ya! Memang akan ada lebih dari satu email. Apa yang perlu di buat hanyalah baca tanpa perlu di balas sebabnya semua tu automatik reply. CARA MEMBAYAR DOMAIN KEPADA NETKL Apa yang perlu di lakukan sekarang adalah membuat pembayaran kepada pihak NetKL. Aku membuat pembayaran dengan kaedah Bank Transfer dan no akaun untuk membuat pembayaran tersebut ialah:
MAYBANK
Account Name: NetKL Network Account Number: 5644 0900 2675 Email: sales@netkl.com
CIMB BANK
Account Name: NetKL Network Account Number: 8000 7552 26 Email: sales@netkl.com
PENTING!!
* Jangan lupa taipkan nama domain yang di tempah tadi pada bahagian RECIPENT REFERENCE!
* Jangan lupa screenshot pembayaran tu sebagai bukti!
Sekarang emailkan bukti pembayaran tu kepada pihak NetKl melalui email mereka sales@netkl.com
Pihak NetKL akan sahkan pembayaran dan akan menghantar email pengesahan secepat yang mungkin. Aku tak perlu tunggu lama sangat pun untuk dapat email pengesahan ni. Cekap betul NetKL buat kerja. Bila dah dapat pengesahan ni... yahoooo!!! nama domain tu sah menjadi milik aku... kikiki..
Ohya, nanti akan ada satu email lagi yang akan di hantar oleh NetKL tau. Email kali ni adalah untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak kita. Emailnya macam kat bawah ni.
Aku sendiri terlepas pandang mula-mula tu... almaklumlah excited sangat.. mujurlah pihak NetKL sanggup hantar email pemberitahuan supaya aku segera take action.
"Awa.... Awa... awat lah yang hang loglaq sangat ni?! Dok kalut nak pi mana pun tak tau..."
Hajat hati nak share cara yang Awa gunakan untuk pasang domain ni juga tapi ini pun dah penat menaip. Jadi cara untuk pasang Awa share di next entry lah ya.
GOOD LUCK!! |
Mudah je nak beli domain, sama ada nak tak nak je. Abam kie dulu x reti nk setting domain di blogger. Kena minta tolong netkl n mrka caj rm3 je.
ReplyDeletenice sharing kak awa. sngt membantu mereka yg nk tukar domain.
ReplyDeletememang tak susah caranya, menarik2
ReplyDeletenice sharing kak awa...mudah ja nk beli domain kt netkl ni
ReplyDeletetak berapa faham. lepas kita beli domain tu macamna nak transfer semua entry lama dalam blogspot masuk ke domain baru?
ReplyDeletekita bukan tukar blog dik. Kita cuma nak tukar link blog. Jadi kita masih gunakan blog yg sama.Bahkan kalau masih ada orang klik atas link kita yg lama automatik akan smpai pada link kita yg baru pakai ni. Jangan salah paham tau... BUKAN TUKAR BLOG, HANYA TUKAR NAMA LINK SAJA :)
Deleteoh ok2 faham. risau lepas tukar link. entry lama semua hilang je. tenkiu atas penjelasan :)
DeleteTq for sharing. Mama pun baru beli seketul
ReplyDeletemenariknyaaa...inspirasi sungguh!
ReplyDeleteTahniah sis awa dah ada dominan sendiri .. jeleznyaa.heheh
ReplyDeleteSenang je cara nk tukar domain rupanya.thanks sishawa share sal ni.
ReplyDeleteTahniah dah ada domain sendiri
tahniah sishawa..sejak sishawa tukar domain..tekleh buka blog sishawa di office..web filtering..so buka di hp je..
ReplyDeleteWahh tahniah kak hawa dah ada domain sendiri. Cantik pulak tu blog, salam perkenalan.
ReplyDeleteAkak part beli domain ni, en suami yang buatkan..tak reti..tapi nama domain akak unik..blkg tu xyz..hehe..rare sangat...
ReplyDeleteohh baru tahu. nnt bolehlah try
ReplyDeleteTerima kasih kak awa for sharing . Saya bakal guna domain baru juga . Hihi
ReplyDeleteTq kongsi cara ni
ReplyDeletewah.. bagi yang ramai follower sesuailah kalau nak tukar pakai domain berbayar ni.. lagi2 yang blognya meletopp baru berbaloi2
ReplyDeletehihi happy lepas tukar domain sebab dulu asyik malu dengan url yang childish :P
ReplyDeleteRabia baru faham..Tukar link blog je rupanya..Ok2 kak awa,,tq tau selalu beri tips yg menarik
ReplyDelete