Assalamualaikum ualls...
Aku agak terkesan bila ada yang berkata, "rugilah pakai tudung labuh, tak boleh nak berfesyen!". Eeee rasa macam menyirap je darah ni tau.

Siapa cakap wanita yang bertudung labuh ni tak boleh berfesyen. Jangan ingat wanita yang bertudung labuh ni tak reti hal beauty and fashion ye. No! No! No!

Contoh yang paling mudah adalah diri aku sendiri. Walau aku bertudung agak labuh namun tidak bermakna aku hanya pakai jubah dan dress labuh jer sepanjang masa. Aku juga ada membeli dress pendek tak berlengan (hanging).

Mesti ualls tengah fikir, takde salahpun wanita muslimah beli baju yang agak seksi kalau sekadar untuk di pakai depan suami, ye tak? Tapi.. bukan itu yang aku maksudkan. Aku beli baju dress sebegitu adalah untuk di pakai keluar dari rumah walau aku tahu aku ni seorang wanita muslimah.

Contoh dress yang aku maksudkan adalah seperti kat bawah ni.

Cantik kan? =D
Aku ni sebenarnya cukup suka dengan beuaty and fashion. Cumanya sebagai seorang ibu yang sudah punya anak remaja dan di tambah lagi dengan umur aku ni yang dah pun melangkah ke angka 30an jadi aku kenalah sedar diri. Walaubagaimanapun ini tidak bermakna aku akan ketepikan minat aku dalam beauty and fashion macam tu saja. Eh eh dah namapun perempuan kan? Mestilah suka nak pakai lawa-lawa dan up to date. Apa ingat orang perempuan yang bertudung agak labuh ni sama sekali tak reti pasal fashion ker?

Apa yang paling penting adalah cara ketika kita menggayakannya. Bila menyentuh tentang cara penggayaan, kita haruslah berbalik pada hukum.

TIPS SEMASA MEMILIH DRESS

  • Labuhnya hendaklah dari para paras paha dan ke bawah
  • Fabrik yang tidak melekat di badan 
  • Fabrik yang tidak transparent (tak jarang)
  • Tidak mempunyai cutting yang ketat (loose)
  • Tidak mempunyai perincian yang keterlaluan

CONTOH DRESS YANG PERNAH KU BELI


CARA MENGAYAKANNYA
  • Di pakai bersama cardigan
  • Tudung haruslah labuh meliputi bahagian dada sepenuhnya
  • Boleh di gayakan dengan skirt labuh atau seluar palazzo yang longgar 
HANGING DRESS + CARDIGAN + LONG SKIRT
Tengok gambar di bawah tu pulak,... ada ualls perasan aku tengah pakai dress tak berlengan? Tak kan? Tapi itu tak bermakna aku tak reti tentang fesyen dan tak tahu nak membeli baju-baju yang agak 'seksi'. Cuma yang penting, seperti yang telah aku cakapkan tadi.... iaitu pada cara penggayaannya.

Tetap menutup aurat
KESIMPULAN:
Sila ubah persepsi.. Jangan ingat wanita bertudung labuh ni tak reti soal beauty and fashion okay!



" Jemput komen dan follow blog untuk tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan dan follow blog anda semula nanti. TQ "