Assalamualaikum ualls... 

Arini aku excited tau.. excited yang teramat sangat sebabnya hadiah untuk my new babyborn yang aku tempah melalui PRINTCIOUS dah pun sampai.. yahooo yabeda beduuu... 

BARANGAN PRINCIOUS YANG DI NANTI NANTI

Teruja betul bila tengok kotak Printcious di depan mata. Tak tunggu lama terus buka untuk lihat isi nya. Ye lah, dah kita sendiri yang design mestilah nak tengok hasilnya macamana kan? Yang lagi best servis dari Printcious ni memang awesome. Aku submit order ni baru beberapa hari yang lepas dan hari ni dah pun selamat sampai ke genggaman. 

Yang membuatkan aku makin berpuashati, setiap perkembangan tentang produk yang kita tempah turut di hantar ke email dari masa ke semasa. 

SERVIS YANG TERBAIK...!!!

Mesti ualls pun dah tak sabar nak tahu bagaimana rupa barangan yang aku tempah khas untuk my new babyborn yang bakal lahir tidak lama lagi ni kan? 

Taraaa......

Dua helai romper baby yang ku design sendiri.... 

1 helai romper tangan panjang 
1 helai romper tangan pendek  
 Aku buat keputusan untuk letakkan design yang selamat untuk di pakai pada baby sebabnya aku memang sama sekali tak tahu langsung gender baby yang aku tengah kandungkan sekarang ni. Bukannya doktor tak buat kerja dia cumanya aku sendiri yang tak nak tahu... saja jer nak kasi kejutan di hari kelahirannya nanti.

Alhamdulillah, dua helai baju baru dah pun tersedia. Lepas ni cuma nak kena tambah sikit-sikit je lagi barangan yang lain. Aku tak perlu beli banyak sangat sebabnya barangan bayi yang di beli masa kelahiran anak-anak aku yang sebelum ni masih elok lagi di dalam simpanan.

Setiap kali bersalin anak yang berikutnya aku cuma perlu tambah barang baru sikit sikit je macam baju kat atas tu.. ye lah.. tak kan nak kasi kat baby semua barangan yang turun temurun dari abang-abangnya saja semata-mata.. baby pun nak juga merasa pakai baju baru tiap kali pergi jumpa 'aunty misi' ngan 'nenek doktor'.

Cuba ualls bayangkan rupa new babyborn pakai baju baru yang ada tulisan WWW.SISHAWA.COM dan ANAK MAMA DAN ABAH.. mesti cute kan? So pada yang sedang menanti kelahiran si manja tu bolehlah singgah ke Printcious untuk tempah romper yang special untuk baby ualls pulak.

 Anyway, ualls tolong doakan semoga aku dan baby selamat semuanya di hari bersejarah tu nanti ya.. Ameen...

** APA PENDAPAT UALLS TENTANG PRODUK DARI PRINTCIOUS NI? OKAY KE TIDAK?