Assalamualaikum ualls..
Hari ni aku betul-betul cuak! Cuak yang teramat sangat bila mana bil TM aku tak menunjukkan jumlah bayaran sebenar yang sebetulnya. Eh eh TM ni, dah kenapa?

Jumlah sebenar yang aku maksudkan di sini bukanlah kesalahan membuat pengiraan di atas bil semasa tapi pengiraan selepas bayaran di buat.

Kisahnya macam ni... pada bulan lepas aku bayar tidak sepenuhnya. Maka adalah baki tertunggak sebanyak RM87.85. Walaupun had kredit untuk bil TM aku adalah sebanyak RM900 tapi pada 28 Sept. pagi-pagi lagi pihak TM telah menghubungi aku untuk segera membuat bayaran jelas ke atas baki tertunggak dengan segera. Jika aku tak bayar baki tertunggak sebanyak RM87.85 tersebut maka mereka akan sekat sementara line internet di rumah aku ni sehinggalah bayaran ke atas bil tertunggak tu di bayar.

Kalau ualls nak tahu juga, apabila line TM di sekat maka suka atau tidak kita akan di kenakan bayaran tambahan sebanyak RM20 ke dalam bil semasa seterusnya. RM20 ini adalah caj sampingan untuk TM bagi membuka semula line yang telah di sekat tadi. Ini bukan omong kosong tau! Hal caj tambahan RM20 bila buka semula line yang di sekat ni aku dapatkan dari kaunter pertanyaan TM sendiri...

Di sebabkan pada hari tersebut aku tak boleh nak keluar maka aku buat keputusan untuk bayar dengan menggunakan kaedah JomPAY.

- SELESAI PEMBAYARAN UNTUK BAKI YANG TERTUNGGAK -
Selesai saja membuat pembayaran aku terus hubungi 100 untuk maklumkan tentang hal ni. Yelah, buatnya aku dah bayar pastu line kena sekat juga.. acaner? Rugilah RM20 aku kan... Alhamdulillah, pihak TM mengesahkan pembayaran dan line Streamyx di rumah aku terus berjalan seperti biasa. Syukur...

06 Oktober 2017, Jumaat.... Aku keluar dengan anak sulung untuk ke pasar tani yang berhampiran. Aku beli sedikit barang basah dan terus menuju ke TM. 


Di sebabkan hari ini negeri di pantai timur bercuti so aku ambil keputusan untuk bayar melalui mesin layan diri jer. Nak tak nak kena bayar sebabnya bayaran akhir untuk bil semasa TM di rumah aku adalah pada 07hb (esok!).

Aku memang dah selalu guna mesin ni dan aku punya habit adalah untuk menyemak dulu jumlah baki bil sebelum membuat bayaran. Bila saja aku klik pada semakan, jumlah bil semasa yang tertera adalah sebanyak RM268.25. Bil semasa aku adalah RM180 saja tiap bulan, jadi bilamana aku lihat jumlah yang tertera adalah lebih daripada RM200, ini bermakna jumlah tersebut adalah berserta dengan caj tunggakan yang telah aku jelaskan pun beberapa hari yang lalu. Melompatlah aku!! Kenapa pula RM100 yang aku bayar tu tak di tolak?! Nak menangis dah rasanya...

Tapi takpe, di sebabkan aku memang dah tahu yang aku belum lagi buat bayaran untuk bil semasa bulan ini sebanyak RM180, so aku tetap juga masukkan duit ke mesin tersebut sebanyak RM200. 


MINTA PENJELASAN
Sampai je kat rumah. aku terus call TM di talian 100. Waktu aku call tu, semua 'pelayan' nya sedang sibuk jadi lama jugaklah aku terpaksa tunggu di talian. Mujurlah panggilan free.

Sebaik saja berjaya menembusi talian, aku tak melatah pun ye.. sebaliknya aku mohon dengan ayat yang lembut dan baik dari si 'pelayannya' untuk bantu check baki semasa bil aku ni. 


Bila di check, jumlah baki yang perlu aku bayar adalah sebanyak RM168.25!! 

Fuh! Lega bila dengar jumlah tu. Ini bermakna bayaran yang aku buat melalui JomPAY sudahpun di terima dan di sahkan oleh pihak TM cumanya baki semasa yang sebenarnya tidak terpamer di mesin layan diri TM. Oh TM, kau benar-benar bikin aku cuak!!

Aku pun ceritakan pada 'si pelayan' situasi yang sedang aku alami sekarang dan selepas dia mendengar cerita aku ni, dia terus beritahu yang jumlah di mesin itu tadi adalah salah. 

Bila di hitung... RM100 + RM200 = RM300, jumlah yang sudah aku bayar pada TM. Maknanya, jika bulan lepas aku ada tunggakan, bulan ini pula aku sudah bayar melebihi bil yang sepatutnya.

Hmmm... tak apalah... janji semuanya sudah settle.. 

KESIMPULAN
Walau apa saja situasi yang mendatang. Tolong jangan cepat melatah dan cuba cari jalan penyelesaian dengan baik dan berhemah. Sebelum buat apa-apa kesimpulan, sila dapatkan pengesahan terlebih dulu daripada pihak yang terbabit.




Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.