Assalamualaikum ualls...
Cuba tengok kek Sarawak yang berlapis-lapis ni, nampak sedapkan? Actually kek ni aku baru je beli beberapa hari lepas dari salah satu fanpages. Dah lama sangat terasa nak makan tapi sebelum ni sama sekali tak tahu kat mana nak terjah untuk dapatkan stok kek lapis Sarawak ni.

Cantik rupa, Sedap rasa

Kalau sebelum ni aku hanya boleh merasa setahun sekali jer, itupun time nak raya. Dah lah kena tunggu order then kena pulak caj kospos yang mahal. Apa boleh buat, dah memang Sarawak dan Semenanjung ni jauh.. kena rentas laut bagai kan? Nak makan punya pasal, tabah jugak lah untuk bayar kospos tu. Huhu...

Tapi... alhamdulillah... rasanya lepas ni aku tak akan perlu bersusah hati jika tetiba rasa teringin nak makan kek sarawak ni lagi. Apa taknya, aku dah pun jumpa pembekal Kek Sarawak Original yang sedang aktif berniaga di Semenanjung. Lokasi yang lebih tepat tu haa di Utara... Yeah yeah! dapat jimat kos pos..

PELBAGAI PERASA UNTUK DI PILIH
Terus terang masa mula-mula nak order tu, aku sampai naik juling biji mata. Siap minta tolong dari anak-anak lagi untuk beri cadangan tapi sampai ke sudah takde kata sepakat. Masing-masing ada pilihan yang tersendiri. Apa tak nya, kek yang berasaskan coklat saja pun dah ada berbagai jenis. Kalau tak caya meh tengok ni...

Kek yang berasaskan coklat !!

LAPIS CHOV VANILLA
LAPIS CHOC CHEESE
LAPIS CHOC NUTELLA 
LAPIS CRUNCH OREO
LAPIS CHOC STRAWBERRY
LAPIS CHOC MINT
Haaaa... itu baru untuk kategori berasaskan coklat.. belum lagi masuk versi yang original macam kat bawah ni....

LAPIS BUAH
LAPIS PRUNE
LAPIS PELANGI
LAPIS KURMA
LAPIS HORLICKS
LAPIS EVERGREEN
LAPIS CAPPUCCINO
Dan banyak lagi lah... memang terlalu banyak sampaikan penat nak upload semua perasa-perasa tu kat sini... Mudah cakap terlalu banyak perasa yang ada dan semuanya sedap sedap belaka.

FRESH FROM OVEN !!
Bab ni yang paling aku suka. Bila aku tanya pada owner katanya pihak mereka tidak siapkan stok yang berlambak-lambak untuk di jual sebaliknya mereka menekankan konsep fresh from oven. Ini bermakna bila ualls order, baru diaorang akan start buat. Siap jer terus team diaorang akan pos jadi kek yang di beli lebih sedap dan best!


HARGA TERLAJAK MURAH
Soal harga memang aku sendiri agak terkejut pada mulanya. Yelah, semua orang tahu kek sarawak ni bukannya senang untuk di buat. Lagipula aku memang dah pernah beli pun sebelum ni dan sebiji tu boleh cecah berpuluh-puluh hinggit!!

Tapi, di sini kek yang di tawarkan hanyalah sekitar RM15 je sebijik. Pilihlah mana saja yang berkenan, itulah standard harganya...ops lupa.. ada satu kek lapis ni yang berlainan harga iaitu LAPIS CHOC CHEESE (RM26).. apa taknya, sudah lah di letakkan chocolate, dah di letaknya pula cheese... double triple sedaplah oiii... padan lah dengan harga,... hehe

JIMAT KOSPOS!!
Macam yang aku cakapkan tadi.. bila beli dari sama Semenanjung dapatlah di jimatkan kospos. Untuk pembelian 1-2 biji, kospos yang di kenakan adalah RM8. Manakala jika membeli sebanyak 3-8 biji kosposnya hanyalah sekitar RM12 saja.. lagi banyak ualls beli, lagi banyak boleh jimat kospos ni. Kan best tu?

RAMAI BERPUASHATI
HAPPY GILER DAPAT KEK!!! HEHE..
Selain daripada aku, ada lagi di kalangan blogger lain yang ikut terjebak sekali beli kek ni tau. Antaranya ialah Sis Gee dan juga CCL. Aku dapat tahu tentang kewujudan kek ni pun gara-gara tersinggah di blog Sis Gee tempohari. Mereka berdua pun sama juga cakap sedap dan berpuashati dengan servis yang di berikan!! 

JOM ORDER !!
Whatsapp: 013-532 4033 (Hana)
Mesej Inbox FB >> DI SINI <<

** Jangan lupa mention nama Sis Hawa supaya si ownernya tahu yang ualls ni dari kalangan para bloggers!!