"DHIA.. ooo Dhia!" Suara emak semakin nyaring melaung dari dapur.

"Ye... ye.. Dhia dah siap ni.. kejap kejap nak amik beg." Aduh, terlewat pula hari ni. Ini semua salah si Zamir la ni. Call aku tengah-tengah malam buta ajak bergayut sampai berjam-jam. Hari ni tak pasal-pasal aku terbabas bangun pagi. Mujurlah tengah bendera merah. Ish, mana pula handphone aku ni? 

Aku ni kalau terlewat mulalah jadi kelam kabut pastu cari satu apa benda pun dah tak jumpa. Lor, dah ada dalam handbag rupanya. Nyanyuk betul la aku ni. 

Sebenarnya jarak umah aku ni dengan kafe bukanlah jauh sangat pun. Kalau naik kereta dalam masa lima belas minit jer dah boleh sampai dan kalau jalan kaki pula selalunya akan ambil masa dalam tiga puluh ke empat puluh minit. 

Aku boleh pergi ke kafe dengan kereta yang Kak Kiyah dah tinggalkan untuk aku ​tapi masalahnya kat pinggir bandar Kuala Lumpur ni tiap-tiap hari sesak teruk. Mana nak cari tempat parking lagi. Yang perjalanan hanya lima belas minit silap haribulan boleh jadi berjam-jam tau. Sebab tu aku cukup malas nak drive meredah jammed. Tension! Jadi ada baiknya aku menapak je ke kafe tiap hari. Sekurang-kurangnya aku dapat buat exercise free. 

"Eh, Honey mana mak?" Hairan. Selalunya waktu ni Honey dah ada di meja makan sementara menunggu bas sekolah datang. 

"Honey kurang sihat. Badan dia panas sikit jadi emak suruh dia tidur jer. Tak perlulah pergi sekolah hari ni." jawap emak.

"Honey demam? Macam mana ni?" Masa ni jugalah Honey nak demam. Tak sampai hati pula aku nak tinggalkan Honey. 

"Dhia tak payah risau. Honey demam sikit saja. Emak dah periksa suhunya tadi." Emak hanya tersenyum. Haaa kalau emak senyum maknanya tak ada apa-apa yang serius lah tuh. Lega! Ehhh.. mana boleh lega. Aku dah lewat ni! 

"Emak, kalau ada apa-apa hal terus call Dhia kat kafe nanti ya" 

"Eh.. nanti... kot ya pun makanlah sarapan ni dulu Dhia." arah emak dengan lembut. Alahai emak, mana sempat.. 

"Takpe, nanti Dhia sarapan kat kafe. Dhia pergi dulu." Aku terus cium pipi kanan emak dan mula menapak keluar dari rumah dengan langkah yang pantas.


*********************

Cuaca pagi Kuala Lumpur pada penghujung tahun begini agak mendung. Mungkin juga sebagai petanda yang bandar ini bakal di timpa hujan lagi hari ini. Keadaan cuaca sekarang memang tidak menentu. Kejap panas dan kejap pula hujan. Agaknya mungkin sebab itu Honey tak sihat badan. Sabar ya Honey, tak lama lagi akan hilang musim hujan dan dapatlah mama bawa Honey jalan- jalan lagi. 

Inilah yang membuatkan aku semakin suka berjalan kaki ke kafe dari naik kereta. Aku bukan sjaa dapat sihatkan badan, malah aku juga boleh berangan-angan dan yang paling best sekali aku dapat lihat kerenah orang ramai yang ada di sekeliling aku. 

Ada yang sedang membaca akhbar sambil menunggu bas, ada yang berjalan lenggang lenggok menarik perhatian si mata keranjang dan ada juga yang..... lari laju?! 

"Aduh!! Oi!! Buta ker?" Kurang asam betoi. Aku yang besar comel ni pun dia boleh tak perasan. Mungkin dia ingat aku ni halimunan agaknya.

"Maafkan saya.. saya tak sengaja.” Kedengaran suara seorang lelaki meminta maaf. Setakat nak minta maaf memanglah mudah tapi buntut aku yang sakit ni macamana. Bukan setakat sakit, siap dapat pakej malu sekali kerana jatuh tergolek macam buah nangka busuk. Aku terus bangun. 

"Maafkan saya ya." Dia minta maaf lagi sekali sambil tertunduk-tunduk macam  burung belatuk. Dah macam orang Jepun pulak main angguk-angguk. Sengal betul lah mamat ni. 

"Tolong angkat bag saya tu!" Suara veto aku sudah mula keluar. Dia cepat-cepat mengambil tas tangan aku dari atas tanah dan segera menyerahkannya pada aku semula. 

“Maaf…" katanya sekali lagi. 

"Kenapa awak langgar saya? Saya ni kecik sangat ker sampai awak tak boleh nampak?" Makcik yang kebetulan lalu hanya pandang sambil gelengkan kepala. Gerenti tak berkenan nak buat menantu bila dah dengar suara aku yang kuat ni. 

"Saya betul-betul tak sengaja. Sebenarnya saya tengah larikan diri ni. Ada orang kejar saya!" Jawapan lelaki ini membuatkan aku terkedu. Ada orang kejar dia? Biar betul.


Aku : Mana orang yang kejar awak tu? Mana? Biar saya karate je dia!

Dia  : Mereka ada kat belakang saya tadi.

Aku : Mereka? Maksudnya ada lebih daripada seorang?

Dia : Yer.. yang saya perasan ada empat orang tadi.


Empat orang?!Ish tak jadi lah aku nak karate. Nak mampus?


Dia : Saya betul-betul minta maaf... saya pergi dulu... 

Aku : Eh! Nanti... apa kata awak sembunyi kat kafe saya..

Dia : Mana satu cafe awak?

Aku : Namanya Kafe Cinta. Kat seberang jalan sana tu jer.

Aku terus menunjukkan arah yang betul kepadanya. Eh eh mulut ni... cepat benar beritahu sedangkan aku belum kenal lagi siapa mamat ni. Entah-entah dia ni gangster. Ataupun dia ada hutang dengan lintah darat ker? Ish kang tak pasal-pasal kafe Kak Kiyah kena serang.

"Rasanya saya perlu sembunyi di tempat lain. Nanti ada masa saya ke kafe awak. Saya pergi dulu." Dia terus berlari meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga.


Apalah nasib aku hari ni, pagi-pagi lagi dah dapat penyakit. Aku melirik jam di tangan kiri, alamak aku betul-betul dah lewat ni. Aku mula meneruskan langkah dengan laju semula tapi.. dah kenapa aku nak kena cepat-cepat ni? Aku kan boss!

Hmmm Dhia.. Dhia.. kenapalah kau ni kelam kabut sangat.

Aku memperlahankan langkah dan mula berjalan dengan tenang menuju ke Kafe Cinta milik Kak Kiyah di seberang jalan.


**************


TARIQ  terus lari dan berlari. Kemeja denim berwarna biru tua yang sedang di pakainya ketika itu sudahpun lencun di basahi peluh. Tidak beberapa lama kemudian, dia tiba di sebuah taman permainan kanak-kanak yang agak lengang. 

Ke dua-dua kakinya seolah-olah terpasak masuk ke bumi. Dia benar-benar terasa sangat penat. Tariq melabuhkan punggungnya di atas sebuah bangku batu di sebalik sebatang pokok yang besar dan rendang. Kedudukannya agak tersorok namun dia masih lagi dapat melihat ke arah jalan besar yang penuh sesak dengan kenderaan dengan jelas. Dapatlah dia lepaskan lelah sebentar. 

Fikiran Tariq ketika ini benar-buntu buntu. Dia  tidak tahu ke mana lagi harus dia tuju. 'Perlukah aku berpatah balik dan pergi ke cafe gadis tadi? ' fikir Tariq. Apabila terkenangkan gadis tadi, Tariq mula tersenyum sendiri.

Secara automatik kotak minda ingatan Tariq mula mengimbas kembali babak kejadian tadi satu persatu. Serentak dengan itu senyuman lebar mula terukir di wajahnya yang kacak dan rapi tanpa sebarang misai itu. Belum pernah Tariq temui gadis yang sebegitu. Bukan hanya cantik, manis dan comel tapi suaranya juga sangat-sangat lantang dan berani. 

Sebenarnya Tariq betul-betul tidak sengaja. Sungguh! Kalau hendak di ikutkan dia memang mahu cepat-cepat bantu gadis itu untuk bangun semula tadi tapi entah mengapa dia jadi tergamam. Dengan tidak semena-mena, tiba-tiba saja  tangannya menjadi kaku. 

Jantungnya pula bagai mahu gugur dan hatinya saat itu terasa seperti mahu pecah. Walau kejadian itu hanya mengambil masa beberapa minit saja tapi Tariq dapat merasakan seolah-olah ada sesuatu yang cukup istimewa pada gadis itu.

' Mana orang tu.... mana? Biar saya karate dia. '

"Ha ha ha.."

Tariq tertawa seorang diri bila teringatkan ayat itu semula. Nak karate katanya? Bukan main yakin lagi dia ya. Boleh ker gadis genit pakai skirt labuh macam tu nak buka langkah untuk karate orang? 

Tariq terus ketawa terbahak-bahak seorang diri seperti orang tidak cukup akal. Sudah lama dia tidak berasa gembira seperti itu dan siapa sangka hari ini dia dapat kembalikan tawanya yang sudah lama hilang hanya kerana kewujudan seorang gadis yang sama sekali tidak di kenali.


_____________________________________

BACA SAMBUNGANNYA >> DI SINI









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.