Assalamualaikum ualls...
Beberapa hari lepas aku rasa teringin nak makan dadih. Mungkin sebab cuaca tak menentu kot! Kalau dulu aku akan beli jika nampak ada di jual di mana-mana... dan di sebabkan aku punya anak yang agak ramai maka terpaksalah kena beli sampai enam! Itu mujur Mr.Qamar tak suka makan. Kalau dia pun ikut layan bermakna kena beli sampai tujuh. Hmmm.. dah berapa ringgit tu?

DADIH SEJUK BERPERISA JAGUNG
Demi menjimatkan sedikit duit poket maka suami aku telah membeli serbuk dadih segera untuk di masak sendiri kat rumah. Lagipun memang ada banyak jenis serbuk dadih di pasaran. Sebut je nak perasa apa, semuanya ada. Masalahnya antara rajin dan malassss jer... Ops, ualls rajin ke malas ni?
- HANYA 4 BAHAN SAJA YANG DI PERLUKAN -
BAHAN-BAHAN :
  •  1 pek serbuk dadih segera
  •  1 tin susu cair 
  •  Gula 100 gram
  •  Air 3000ml

CARA-CARA:
  • 1st, kena didihkan air dulu
  • kemudian masukkan gula dan susu.
  • tunggu sehingga betul-betul mendidih.
  • bila dah mendidih, tutup api dan boleh lah di masukkan serbuk dadih tadi ke dalam periuk sedikit demi sedikit sambil sambil di kacau.
  • Bila dah masukkan semua serbuk dadih tadi, terus kacau selama 5 - 10 minit dan pastikan adunan tu benar-benar 'cantik' (tak berketul-ketul)

Bila dah puashati, bolehlah di masukkan terus ke acuan. Tak kisah lah ualls nak masukkan dalam acuan apa. Bahan-bahan dan cara untuk memasak memang ada tertulis di plastiknya.. so just need to follow. 

Di sebabkan aku ni suka dadih yang agak cair dan berkrim, jadi lebihan air dan susu cair telah di masukkan lebih daripada sukatan yang sepatutnya. Sebab itulah dadih jagung aku ni tak di masukkan ke dalam bekas acuan atau loyang sebaliknya dimasukkan terus ke dalam plastik cup!

Kena sukat betul-betul supaya adil dan saksama.
Siap dengan tutup nya sekali ni, dah macam nak pergi berjual pulak rasanya. Hehe...
Ada 12 cup ke semuanya
12 cup, ini bermakna aku dan anak-anak dapat makan 2 cup seorang. Kalau beli dah terpaksa berkorban sehingga berbelas hinggit!! Hmmm... 

Setelah semuanya ready, kasi cool sekejap pada suhu bilik then bolehlah di masukkan ke dalam peti sejuk. Mesti kena kasi beku dan sejuk dulu barulah sedap makan.

Macam tengah layan smoothie pulak... mmmm... sedapnya... Manis, sejuk dan berkrim! I like.. Anak aku yang nombor 5 (Awwal) pun cukup suka dengan dadih ni. 1 bekas tu dia boleh habiskan sorang diri jer hanya dengan sekali hadap! Siap makan atas riba abahnya pulak tu dan suami aku tu of course hanya tengok je lah sebabnya memang dia tak suka makan makanan yang bertekstur lembut dan lemah gemalai ni. Loya tekak katanya.. aduhai...

Tak kisahlah suami aku ni suka makan ataupun tidak... TAPI..!! haaa ada ' tapi 'nya ni...

TAPI.... MASALAHNYA SEKARANG ADALAH.....

Bukan aku pun yang masak semua dadih-dadih ni. Aku dan anak hanya tukang makan jer. Insan sebenar yang telah bersusah payah menyiapkan semuanya dari awal hingga akhir tak lain dan tak bukan adalah suami aku sendiri, Mr Qamar. Acaner tu? =D

KESIMPULAN:
Sayangi dan layanilah isteri anda dengan sebaik mungkin terutama ketika dia sedang hamil... boleh gitu?  Selamat mencuba...!!

KISAH CINTAKU & SUAMI... >> SINI <<