Assalamualaikum ualls....
Hari ni aku nak berceloteh hal bloggers pulak!

Bagi aku, niat semua penulis blog adalah sama iaitu mahu tulisannya di baca dan di beri komen dari masa ke semasa. Semakin tinggi pengunjung, semakin ramai followers, semakin banyak komen yang di berikan, maka semakin menggunung lah perasaan si penulis blog tersebut. Dalam erti kata lain bestnya bila blog sendiri jadi glamour. Begitulah juga dengan aku!!


Semasa awal pembabitan aku menulis blog dulu, aku akui aku mahu sangat menjadi glamour hinggakan pada masa tu aku hanya tahu pot pet pot pet bercerita bagai nak rak seolah-olah ada orang sedang baca. Balasannya, apabila di lihat pada jadual pengunjung, non hado!! Tentang komen dan followers lagi teruklah. Tapi aku ni memang jenis tak sedar diri bahkan terus lagi menulis dan menulis. Dah kenapa kau ni Hawa?? Hilang akal??

Di sebabkan itu, akhirnya aku pasrah.. maka aku kuburkan saja blog tersebut ke dasar lautan hati yang paling dalam. Bye bye blogku yang TAK SEDAR DIRI..!! Malu pula rasanya bila teringat kembali detik itu yang berceloteh seolah-olah diri ini seorang DIVA?! Cheh.. diva la sangat... Aku ni siapa sampai orang nak follow baca cerita yang entah apa-apa? Sedihnya rasa hati masa tu, hanya tuhan saja yang tahu.... =(

Dek kerana pernah menjadi blogger tak sedar diri dulu itulah, hari ini aku sudah makin paham apa itu tugas seorang penulis blog yang sebetulnya. Kerana itu jugalah blog aku ini lebih cendurung ke arah kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri, surirumah dan ibu yang cukup sesuai dengan statusku sekarang yang sudah berkahwin selama lebih daripada 15 tahun dengan di kurniakan 5 cahayamata. Jika dulu aku menulis dengan bertujuan untuk mengharapkan pembaca dan pengomen yang ramai namun kini tidak lagi.
BIARLAH LIKE FACEBOOK KU KURANG.....
BIARLAH FOLLOWERS IG KU TIDAK SEBERAPA

Apa yang lebih penting sekarang adalah......

DAPAT MEMBERI INFO !!

DAPAT BERKONGSI ILMU !!


DAPAT BERSAHABAT !!
- HADIAH MENGEJUT DARI SAHABAT BLOGGER - 

DAPAT BERKONGSI REZEKI !!


DAPAT KEPUASAN SENDIRI !!
- HASIL BERBLOG SELAMA 1 1 BULAN -

REZEKI DI TANGAN ALLAH, BUKAN DI TANGAN MANUSIA !!


Inilah kata-kata yang aku pegang selama aku menjadi seorang penulis blog yang sudah sedar diri ini sejak 1 1 bulan yang lalu. Apa yang aku tulis dan kongsikan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memberi info dan semangat pada penulis-penulis baru yang lain seperti aku. Aku tidak terlalu taksub dengan berapa jumlah followers, aku juga tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jumlah Like dan pengikut di akaun instagram namun aku masih bersyukur kerana masih ada yang sudi berkerjasama dengan aku yang masih di tahap ikan bilis ini.

Tidak perlu lagi terlalu mengejar glamour.. apa yang penting nawaitu yang baik kerana apa yang kita buat sentiasa di perhatikan oleh Nya Yang Maha Berkuasa !!

BIARLAH ANDAI ADA YANG MEMBENCI ASALKAN MASIH ADA YANG MENYAYANGI!! YANG PENTING, JANGAN LAGI SESEKALI MENJADI SEORANG PENULIS BLOG YANG TIDAK SEDAR DIRI.... 

" Terima kasih banyak2 pada yang sudi tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan anda semua nanti"