Assalamualaikum ualls..
Hari ni aku nak ajak ualls story mory tentang isu tidurkan baby tanpa buaian. Bila sebut tentang buaian pasti akan ada dua kategori yang berbeza.
1- suka guna buaian untuk menidurkan bayi dengan cepat
2- tidak mahu terlalu biasakan anak dengan buaian



Bila bercerita bab tidurkan anak dengan buaian ni, aku terus teringat pada salah seorang ahli keluargaku sendiri. Mereka tinggal di Terengganu dan setiap kali pulang untuk beraya pasti akan di sumbatnya sekali buaian anak mereka di dalam bonet kereta. Mujurlah buaian style sekarang ni jenis boleh di lipat-lipat. :D

Tidak di nafikan juga yang di rumah aku ni turut terdapat sebuah buaian. Malah buaian ni dah berada di dalam simpanan aku sejak 15 tahun yang lepas lagi. Buaian ni di beli dan di hadiahkan oleh arwah ayahku suatu ketika dulu. Konon-kononnya beli buai untuk memudahkan urusan menidurkan anak tapi alih-alih aku ambil keputusan untuk menidurkan bayi di atas tilam saja.

Syukur alhamdulillah, ke lima-lima anakku tidak merengek-rengek untuk tidur di dalam buaian. Malah buai kat rumah aku ni seolah-olah hanya sebuah perhiasan semata-mata. Ini semua dek ketegasan suamiku, Mr Qamar yang beria-ia suruh aku jangan terlalu biasakan anak dengan buaian. Buktinya sehingga ke hari ini anak-anakku sudah terbiasa tidur di sebelahku saja setiap hari dari kecil sehingga menginjak ke usia 2 ke 3 tahun.


CARA UNTUK BIASAKAN ANAK TIDUR TANPA BUAIAN
Ini adalah berdasarkan cara yang aku praktikan ke atas ke lima-lima anakku sejak mereka masih bayi lagi.

- Bila anak merengek nak tidur, pastikan kita menyusunya terlebih dulu tanpa melibatkan buaian sama sekali. Jika menyusu badan semestinya si kecil akan berada di sisi tapi jika susu botol pastikan menyusu anak sehingga kenyang di atas ribaan terlebih dahulu. Jangan letakkan bayi terus di dalam buai dan memberinya botol susu untuk di hisap di dalam buaian.



- Selepas bayi dah kenyang, wajib sendawakan dan cubalah di dodoi dodoikan bayi atas ribaan atau dukungan sehingga dia terlena. Baby sendawa ni penting tau untuk elakkan tersedak susu. Selalunya ramai yang ambil lewa susukan baby di dalam buai pastu bila lihat baby dah tidur terus di biarkan saja. Sedangkan sepatutnya WAJIB SENDAWAKAN BAYI terlebih dahulu.

- Setelah bayi sendawa dan terlena selepas di dodoi dodoi di atas dukungan, terus letakkan baby di atas tilam.

- Tapi, jika si kecil belum juga mahu lena dan mula merengek-rengek dengan kuat, barulah boleh di masukkan ke dalam buaian untuk membantu kita mendodoikannya sehingga dia terlelap.

- Dodoi dengan buai bukan bermaksud terus di biarkan saja si kecil di dalam buaian tersebut sehingga berjam-jam lamanya ya. 

- Setelah si kecil terlena dan tidur dengan nyenyak, haruslah di angkat dan di letakkan di atas tilam. 

- Nanti bila si kecil terjaga, dengan sendirinya dia akan perasan yang dia tidak tidur di dalam buaian sebaliknya hanyalah tidur di atas tilam saja. Ini adalah salah satu cara untuk setkan minda anak-anak bahawa buaian bukanlah satu tempat untuknya tidur sepanjang masa.


Semasa anak ke dua lahir aku hampir tertewas dengan buaian. Ini kerana aku melahirkan anak ke dua secara pembedahan maka aku tak larat nak buai anak selalu di atas ribaan dan dokongan sehingga dia terlena. Jadi aku berniat untuk menggunakan buai lebih lama daripada biasa. Tapi ternyata aku tetap tewas dengan ketegasan suami. Mujurlah dia sudi bantu jagakan si kecil masa tu kalau tidak memang boleh perang dunia ke tiga ler.

TERPULANG PADA KEADAAN
Tidak salah menggunakan buaian namun terus terang aku agak bersyukur kerana dapat membiasakan anak-anak tanpa buaian. Ini kerana ia lebih memudahkan aku untuk memantau keadaan bayi semasa sedang tidur dan yang paling penting sekali ia dapat menyenangkan aku ketika travel ke mana-mana..


UALLS DI LUAR SANA PULA MACAMANA?? :D


p/s : Anda rasa blog ini bagus dan bermanfaat? Jika YA, jadilah salah seorang followers blog ini  >> DI SINI << sebagai tanda support. Terima kasih.