WAJIB SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU | Adakah perlu untuk membuatkan bayi sendawa setiap kali selesai menyusu? Benar! Wajib okay Wajib! Jangan sesekali lupa untuk sendawakan bayi sebaik saja selepas menyusu. 

Ini kerana bayi akan terlena sebaik saja selepas menyusu dan ketika di dalam tidur bayi boleh tersedak dan termuntah susu tersebut sekiranya tidak di sendawakan. Ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui cara sendawakan bayi!  


Walaupun nampak seakan remeh, tapi sebenarnya angin yang berlebihan dalam perut bayi boleh mengakibatkan bayi gelisah dan perut tidak selesa. Hal inilah yang kerap kali kita terbaca di dalam suratkhabar kisah-kisah bayi comel meninggal kerana tersedak susu.

Keadaan ini berlaku kerana angin yang ikut masuk ke dalam perut bayi semasa sedang menyusu. Angin tersebut akan berada di dalam perut dan boleh menolak kembali susu yang baru di minumnya tadi. Kerana itu kita wajib sendawakan bayi supaya angin tersebut dapat keluar semula melalui mulut bayi.

Sebaik sahaja disahkan mengandung, ibu perlu melakukan banyak bacaan tentang cara penjagaan bayi termasuk cara untuk sendawakan bayi baru lahir selepas menyusu. Tak kiralah susu badan atau susu formula, wajib sendawakan bayi.

Daku dan suami memang tak pernah lupa untuk sendawakan anak-anak selepas selesai menyusu. Seperkara lagi, suami cukup peka jika ada bunyi ketika bayi kami sedang tidur. Terutama bunyi batuk! Dia akan bergegas bangun dan angkat baby kerana takut kalau-kalau tersedak. Honestly, telinga dia lebih peka daripada aku.

Terdapat beberapa cara untuk sendawakan baby dan ini adalah cara yang daku amalkan untuk sendawakan anak-anakku ketika mereka masih kecil. Cara inilah yang daku guna pakai sejak berbelas tahun yang lalu bermula dari anak yang pertama sehinggalah anak ku yang ke enam ini.

Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir Dengan Betul 

1- Letakkan punggung baby di atas paha
2- Regangkan ibu jari dan jari telunjuk kemudian ampu keseluruhan dagu baby dengan ke dua-dua jari tersebut.
3- Sokong dada bayi dengan kuat menggunakan pergelangan tangan.
4- Sapu dan tepuk-tepuk lembut belakang bayi dengan tangan yang sebelah lagi.
5- Lakukan selama beberapa minit atau sehingga bayi sendawa.

Untuk sendawakan bayi, perlukan kesabaran. Ini kerana ada sesetengah bayi lambat untuk sendawa. Ibu ayah tak boleh terus give up. Kena bersabar demi keselamatan nyawa anak. Daku sendiri kadang tu, sampai 20-30 minit menepuk bayi perlahan-lahan ini. 

Cara Berkesan Sendawakan Bayi Kecil Selepas Menyusu 




Selain daripada kaedah di atas, boleh juga gunakan kaedah lain seperti di bawah ini. Lakukan mengikut mana-mana cara menyendawakan bayi yang dirasakan selesa, yakin dan mudah untuk dilakukan.

Jika rasa sukar untuk sendawakan bayi dengan cara tadi, boleh cuba cara yang ini. 


Cara Menyendawakan Bayi Yang Sedang Tidur

Apakah cara untuk sendawakan bayi yang sedang terlena? Jika selepas menyusu itu bayi terus tertidur, jangan abaikan langkah sendawakan bayi ini. Perlu juga buat walau bayi sedang tidur selepas menyusu tu. 

Cara terbaik dan sesuai untuk menyendawakan bayi tertidur ini mudah saja. Angkat bayi dan letakkan di bahu. Kemudian usap dan tepuk-tepuk perlahan belakang bayi seperti sedang mendodoi.  

Cara menyendawakan bayi yang sedang tidur seperti gambar ini. 

Cara Berkesan Sendawakan Bayi Selepas Menyusu Dan Sedang Tidur


Sendawakan Bayi Sampai Berapa Bulan?


Untuk soalan ini, daku sendawakan bayi sejak hari pertama dia dilahirkan sehinggalah anak sudah pandai untuk duduk sendiri. 

Semakin bayi meningkat besar, mereka akan menjadi lebih bijak dan ianya normal untuk tidak sendawa selepas minum susu. Langkah menyendawakan bayi sebaiknya sehingga usia bayi sekitar 6 bulan atau lebih. Bergantung kepada keadaan semasa perkembangan bayi itu sendiri. 

Bunyi burp bayi sendawa adalah sesuatu yang mengembirakan. Tapi, jika sudah dilakukan cara sendawakan bayi ini selama 20 hingga 30 minit, tetapi masih tak ada sebarang bunyi burp dari bayi. Tak mengapa, kadangkala memang tak keluar bunyi sendawa. Yang penting, langkah menyendawakan bayi itu sudah dilakukan. Ada juga bayi yang tidak sendawa tapi kentut. 

Tugas menyusukan baby baru lahir dengan susu badan atau susu botol itu penting. Tahu cara sendawakan bayi selepas menyusu dengan betul merupakan satu tugas yang penting juga.Jangan sesekali lupa untuk sendawakan bayi selepas menyusu.








Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.