Sekarang ni gempar sana sini kisah Jong Hyun yang telah membunuh diri. Punca membunuh diri adalah despresi atau lebih mudah di katakan Tekanan Jiwa. Jangan ualls salah anggap pula ya! Tekanan Jiwa bukannya sakit mental.
sumber : google
Kes bunuh diri di kalangan artis Korea ni sudah lama sebenarnya. Jika di fikirkan balik macam pelik kan? Semakin popular seseorang semakin tinggi pula tahap tekanan. Sedangkan bukankah popular itu menyeronokkan?

Popular artis Korea bukannya macam tahap popular artis Malaysia. Popular artis Korea adalah menyeluruh kepada satu dunia. Sebab itu ada artis Korea yang di gelar sebagai Prince Asia dan lain-lain. Artis Korea ni jadual mereka di follow oleh billion peminat dari seluruh dunia. Bayangkan... jika artis tersebut ada jadual pengambaran di mana-mana negara contohnya, sampai saja di lapangan terbang... sudah ada ratusan peminat yang menunggu sejak berjam-jam yang lalu semata-mata untuk menyambutnya sebagai tanda selamat datang.
sumber : google
Obsesnya para peminat bukan hanya tahap suka seronok-seronok tapi ada yang hingga tahap nak ambil tahu tentang semua perkara. Kerana itu artis-artis Korea ini sentiasa di kawal gerak geri mereka oleh syarikat naungan masing-masing supaya tidak timbul apa-apa kontrovesi yang tidak sepatutnya.

Di sebabkan tahap popular idols ini tersebar ke seluruh dunia maka ramai jugalah peminat artis Kpop yang menyokong artis kesukaan mereka itu hingga ke tahap all out. Peminat sebegini akan berasa sakit hati apabila ada isu percintaan yang tersebar tentang artis kegemaran mereka itu. Bagi peminat yang obses, artis itu adalah hak milik mereka sepenuhnya.

- KEK SEMPENA BESDAY DARIPADA PEMINAT - sumber : google
Walaubagaimanapun, untuk menjadi seseorang idols (K-Pop), si artis bukannya boleh terjun ke bidang itu begitu saja walau punya bakat. Mereka-mereka ini perlu terlebih dahulu melalui tempoh trainee selama bertahun-tahun. Sesebuah syarikat akan mempunyai ramai bakal idols yang akan mereka recruit. Ada yang berbakat dalam nyanyian, tarian, rap dan lain-lain. Setelah melalui tempoh trainee barulah mereka akan di gabungkan bagi membentuk sebuah kumpulan.

Kemudian mereka akan di latih pula khusus untuk kumpulan itu dengan tarian yang khusus, cara pengenalan diri, mengubah penampilan dan lain-lain. Ubah penampilan ini bukannya hanya tahap makeover rambut dan makeup malahan ada yang hingga ke tahap terpaksa jalani pembedahan plastik.

- WAJAH SEORANG IDOLS SEBELUM & SELEPAS SURGERY - sumber : google
Bila syarikat naungan tersebut berpuashati barulah mereka ini akan di 'publish' sepenuhnya dengan pelbagai promosi pada umum. Fasa ini di panggil DEBUT.

sumber : google
Kerana itu, seseorang artis Korea mudah merasa tertekan. Mungkin mereka tertekan dengan keadaan industri hiburan itu sendiri dan para peminat yang terlalu obses. Mereka ini boleh di ibaratkan seperti sebuah boneka yang cantik di pandang tapi terkurung di dalam sebuah almari kaca. Mereka tidak bebas untuk ke mana-mana. Mereka juga perlu sentiasa memakai topeng muka ketika di luar. Malah mereka juga tidak boleh bercinta secara terang-terangan dan semestinya mereka tak ada peluang untuk bersuka ria sesuka hati di mana saja bersama teman dan keluarga seperti apa yang sedang kita lalui saat ini.

Mereka punya kereta mewah, mereka punya pengawal peribadi, mereka punya kecantikan, mereka punya nama yang besar tapi....
sumber : google
mereka tak punya kehidupan sendiri yang aman, tenang dan seronok.  Kerana itu semakin hari semakin ramai artis Korea yang terpaksa menerima rawatan kerana tekanan terutamanya bagi idols.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan apa yang ku tulis ni tetapi suka untuk aku ingatkan yang ini adalah pendapat peribadiku sendiri berdasarkan apa yang aku lihat selama aku menjadi peminat K-Drama bermula pada tahun 2003 yang lalu.

Bagi yang masih terpinga-pinga.. Dunia hiburan Korea ini punya TIGA KATEGORI secara dasarnya.
1- K-Pop (idols)
2- K-Drama (pelakon)
3- K-Show (realiti-tv dan pelawak)

Aku adalah peminat K-Drama dan K-Show tetapi aku dapat tahu kisah para idols (K-Pop) kerana mereka ini turut terjun ke dalam bidang K-Drama dan K-Show selepas berjaya mempunyai nama sebagai seorang penyanyi.

Aku mengikut dunia hiburan Korea hanyalah sekadar untuk hiburan dan tidak di tahap obses sama sekali. Aku suka K-Drama kerana jalan cerita yang di hidangkan agak lain daripada yang lain dan sukar untuk di jangka penamat ceritanya. Aku juga suka K-Show yang lebih kepada dunia realiti-tv.

Namun, tidak semua peminat K-Pop itu di tahap obses. Ada juga golongan peminat yang cukup sayang idols mereka hingga memahami keadaan idols mereka dan menyokong apa saja yang idols mereka lakukan. Mereka ini juga sanggup menghantar hadiah dan lain-lain sebagai tanda sokongan.

- FANSCLUB SANGGUP MENGHANTAR TRUCK MAKANAN UNTUK ARTIS MEREKA - sumber : google
Seperkara lagi, kehidupan artis Korea yang famous sentiasa di kejar oleh para wartawan hiburan. Para wartawan ini akan mengikut jejak langkah artis yang famous ini setiap masa demi untuk mendapatkan kisah sensasi yang terbaru.

sumber : google
Wartawan turut memainkan peranan dalam kehidupan artis terbabit baik untuk semakin glmaour mahupun sebaliknya. Wartawan ini juga seolah-olah adalah 'mata' atau perisik untuk para peminat. Kerana itu idols lebih suka memakai topeng separuh muka bagi menutup sebanyak mungkin wajah mereka daripada wartawan. Pemakaian topeng ini turut bertukar menjadi satu trend yang di ikuti oleh semua peminat di seluruh dunia.

sumber : google
Di kawal oleh peminat, syarikat naungan dan wartawan... tak boleh ada kehidupan peribadi sendiri sebagaimana orang lain.... harus berkerja keras berlatih dan travel ke merata negara untuk $$$... hmmm... macamanalah tak stress!! mereka memang kaya raya tetapi sayang tak punya ketenangan di dalam hidup.

JACKSON GOT7 dari China yang kini bergelar idols di Korea, menangis teresak-esak apabila dapat bertemu dengan ibunya. Kehadiran ibunya ke Korea adalah hadiah daripada syarikat rakaman yang di naungnya.

Seronokkah jadi artis Korea? Ualls fikirlah sendiri... yang pasti aku tetap tak bersetuju dengan cara bunuh diri. Mereka sendiri yang memilih untuk menjadi penyanyi di dalam dunia K-Pop maka seharusnya mereka harus sabar dan tahan menghadapi ujian sepanjang menjadi seorang idols.

 Untuk diri aku ni, aku happy dengan kehidupan aku sekarang di samping suami dan anak-anak... alhamdulillah