Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AYAM MASAK LEMAK KUNING CILI API - MUDAH TAPI SEDAP


AYAM MASAK LEMAK KUNING - adalah salah satu resepi yang mudah tapi sedap dan sangat sesuai di masak ketika hari yang sibuk. Bahan yang di gunakan juga sedikit dan tidak memakan masa yang lama. Apa yang penting rasanya juga sedap! Pada yang tak pandai memasak tu ualls boleh cuba resepi ini untuk di hidangkan pada suami, anak-anak, ibu ayah dan mertua =D

Okaylah, tak nak cakap banyak.. jom lihat apakah bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk memasaknya.

BAHAN-BAHAN
1/3 ekor Ayam (potong size ikut suka dan bersihkan)
7 biji cili padi (kurangkan jika tak suka pedas) *
1 inci kunyit hidup *
5 ulas bawang merah *
1 batang serai *
2 inci halia *
1 sudu teh serbuk kunyit
1-2 keping asam gelugur
1 kotak santan kelapa segera ( aku guna jenama Ayam Brand)
2 biji ubi kentang (jika suka)


CARA-CARA MEMASAKNYA
1. Kisarkan semua bahan yang bertanda (*) sehingga lumat

2. Masukkan 1/3 santan berserta dengan 2 cawan air ke dalam kuali besar dan buka api yang sederhana.

3. Sekarang masukkan bahan yang telah di kisar tadi. Kacau sebati kemudian terus masukkan ayam dan ubi kentang.

4. Setelah mendidih, kecilkan api dan masukkan semua baki lebihan santan tadi ke dalam kuali. Masukkan juga serbuk kunyit dan asam keping. Kacau sebentar tanpa henti supaya tak pecah minyak selama beberapa minit.

6. Sekarang bolehlah di masukkan garam. Kalau semuanya dah ok, tutup api dan bolehlah di hidangkan.

Jika kurang pedas boleh ketukkan cili api dan masukkan ke dalam. Cili api ni kalau ualls tak nak letak terus pun takpe. Manalah tahu nak masak untuk anak-anak makan jadi diaorang mesti tak suka pedas-pedas ni. SELAMAT MENCUBA....

MAHU LIHAT KOLEKSI RESEPI YANG LAIN?
SILA KLIK >> DI SINI << 

18 comments for "AYAM MASAK LEMAK KUNING CILI API - MUDAH TAPI SEDAP"

  1. Replies
    1. betul tu.. sis suka wat part paha ngan sayap sbb nak ratah hehe

      Delete
  2. mudah sahaja cara membuatnya...tq sis hawa share resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. mmg mudah pun... sis sndiri x suka masak resepi susah2.. hee...

      Delete
  3. Pernah buat suami kurang hihihihi.. Kalu gulai kuning kuas ikan ayo dia suka la..

    ReplyDelete
  4. Sedap sangat ayam masak lemak tu haa sis awa
    Senang je resepi!

    ReplyDelete
  5. Sedapnya sis! Dah lama rasanya kita tak makan ni

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. InshaAllah resepi ni sedap walau simple.. boleh cuba buat

      Delete
  7. Dah cuba..xletak pn serai..still marvelous..thanks sis cz share recipe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.... sis pun kdg2 kalau time takde serai redah je... hehe..

      Delete
  8. Replies
    1. boleh tapi jika post di mana2... sila letak link blog akak balik sebagai tuan empunya resepi asal ye.. TQ

      Delete