LAYAN 'HANAN' DALAM DRAMA KEKASIH PAKSA RELA (2017) TV3

by - 10:19

Sejak berada dalam pantang dan masih belum boleh solat ni, aku pun duduk la terlangut depan TV dari jam 7 hingga 8 malam. Sebab apa mesti ualls dah boleh agak kan? Apa lagi, kerana nak tonton slot Akasia di TV3. Aku ni sebenarnya bukan lah layan semua cerita. Jika kena dengan anak tekak baru aku follow jika tak alamatnya aku hanya tonton episod awal pastu bye-bye!! =D

Terdapat TIGA perkara utama yang aku ambil peduli sebelum mengambil keputusan untuk follow mana-mana drama. Tiga perkara tersebut adalah:

  • Hero
  • Heroin
  • Sinopsis

KEKASIH PAKSA RELA 
Bila lihat pada tajuk..... 1st emprisson... wow! Mungkin ada yang kurang setuju tapi bagi aku tajuk ni benar-benar best dan sesuai. Bila tengok je pada tajuk, dalam hati.... ni mesti kisah sweet romantic ala-ala hindustan. Yelah dah namapun'paksa rela' so mestilah ada adegan cinta tarik tali. Nak tapi cakap tak nak. Haaaa lebih kurang gitulah fahaman aku bila lihat pada tajuk. Yang pasti, tajuknya ni memang cukup wow!
KEKASIH PAKSA RELA
HERO KEKASIH PAKSA RELA
Aku ni macam juga perempuan lain bila tengok drama jer mesti nak usha juga siapa pelakon. Kalau bagi aku ni, aku suka hero yang nampak sado dan boleh menjadi penyelamat macam prince charming. Mudah cakap aku suka hero yang nampak 'manly'! Kalau setakat nampak 'lawa' dengan kulit putih melepak hmmm memang aku tak layan dah! Sebab tu aku boleh terkahwin dengan MrQamar yang 'agak ganaz' ni kot.... kikiki..

Antara hero yang termasuk dalam senarai kategori macho sado dan manly aku ni adalah.... REMY ISHAK, ZUL ARIFFIN, dan AARON AZIZ. Yang lain-lain bukannya aku tak suka, cumanya pastikan hero yang di pilih tu tak terlalu 'comel' dan boleh berlakon secara spontan seperti SYUKRI YAHYA ke, masih boleh di terima lagi. Maksud aku tidak lah nampak sangat terlalu terikat dengan skrip. Cuba berlakon seperti biasa sespontan boleh supaya penonton terasa seperti ikut berada dalam cerita..



HEROIN KEKASIH PAKSA RELA
Untuk heroin cerita ni aku juga suka... syabassss.... walau pelakon baru tapi dah boleh berlakon dengan gaya yan g bersahaja. Keistimewaan beliau yang punya wajah 'baby face' benar-benar sesuai dengan jalan cerita. Intan Najuwa itulah namanya.

Nama penuh : Intan Najuwa Abdul Wahid
Asal : Johor Bharu, Johor
Usia : 20 tahun
Tarikh lahir : 18.08.1997
Anak ke-2 daripada 3 beradik
Instagram : @intannajuwa

Manisnya bila Najwa bertudung, moga-moga suatu hari nanti akan benar-benar berhijrah... ameen 


SINOPSIS
Berkisarkan tentang Adham  dan Rosnaida bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Dato’ Azman. Semenjak itu, hubungan Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah baik, walaupun telah diusahakan oleh Adham dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka. Adham di paparkan sebagai anak dan suami yang sangat baik. Berusaha untuk memenangi kedua orang yang di sayanginya. Malah mungkin agak  terlebih sedikit dalam memberi kebebasan kepada isterinya yang membuatkan ayahnya Dato Azman tidak berapa bersetuju dengan tindakan Adham.  Tapi  adham sebenarnya  ingin menepati janjinya kepada arwah bapa  isterinya untuk menjaga sebaiknya. Tidak mungkin dia boleh membuat pilihan antara ayah dan isterinya sendiri.
Berputus asa dengan Dato’ Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan enggan pulang ke Malaysia.

Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan (Intan Najuwa) daripada kejahatan ayah tirinya. Dalam plot ini pula, mengisahkan hanan  pelajar yang menghadapi masalah keluarga atas desakan ekonomi dan masalah dalaman. Pertemuan yang tidak disangka sangka telah membawa  satu perubahan kepada hanan dan juga adham sendiri.

Demi mengelakkan sebarang fitnah daripada keakraban mereka, Adham memperisterikan Hanan tanpa sebarang perbincangan bersama Rosnaida. Konflik institusi perkahwinan Adham memuncak apabila Rosnaida pulang secara tiba-tiba.  Pada asalnya, Adham tidak melayan Hanan sebagai seorang isteri. Dia b   ernikah atas dasar simpati, tetapi Hanan berusaha untuk memenangi hati Adham bagi membalas jasa baiknya.

Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida atau sebaliknya? Atau adakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka secara berpoligami?


Syabas juga pada penulis skrip dan pengarah. Aku suka lihat watak Hanan yang kebudak-budakan tu. So sweet. Kiranya memang menjadi la Najwa bawa watak Hanan. Tak sabar nak tonton drama ni dari awal hingga akhir. Ualls pulak macamana? Suka tak dengan citer ni?

You May Also Like

17 PEMBERI ULASAN

  1. tersangkut juga dengan drama ni hehehe

    ReplyDelete
  2. tgk sikit2 jer cite ni kat umah..tu pun kebetulan time iklan ke ape..kat umah kene kongkerr dgn cite korea oleh incek hubby..so layan jer la wlupun x minat...huhu

    ReplyDelete
  3. hanan ni muda dari sha haha kemain kecik dia, geram tengok

    ReplyDelete
  4. tertengok citer nie sebab pergi umah nenek..nampak tak dia layan citer mcm nie hahaha..
    sy kalau citer tak menarik minat susah sikit nak tengok..tapi cerita nie macam sesuatu je.hahaha

    ReplyDelete
  5. Saya pun layan gak drama nie, tapi lebih berminat pada second hero drama nie, Afzan A. Rahman sbg Firdaus.. Sebab wataknya lebih caring dari Remy Ishak, pada luarannya la.. hihihi

    ReplyDelete
  6. malas sdh mau layan cerita begini..last2 tau jugak mcm mana penghujung dia..wkwkwkwkwkwk...

    ReplyDelete
  7. Ira pun terlayan sebab hero heroin dia kak. Memula ingat crita tak best tapi bila tengok cara hero layan taknak layan ego kemain eh best pulak jalan cerita ni haa. Hehehe

    ReplyDelete
  8. Cerita ni best tapi baru sempat tengok sekali je huhu

    ReplyDelete
  9. mmg best...x sbr utk hr esknya.kami family mmg layan

    ReplyDelete
  10. mmg best...x sbr utk hr esknya.kami family mmg layan

    ReplyDelete
  11. cerita ni best sangat...xsabar nak tengok ending dia. semoga happy ending

    ReplyDelete
  12. Saya juga layan drama ni of course sbb Remy Ishak, dan lagi satu saya mmg suka Intan tu sebb sebelum ni dah pernah nengok dia berlakon dengan Remy tapi watak dia sebagai adik dalam drama Khabar dari Casablanca. Masa tu dah tau Intan ni pandai berlakon. Untuk drama ni dari tajuk, sampai la ke skrip dan pemilihan pelakon mmg terbaik. Saya pun mmg akan pilih hero untuk nengok lakonan dan pastilah Remy yang pertama tapi dengan syarat skrip menarik..Dan saya lagi suka drama tanpa adaptasi novel..Dan saya mmg suka skrip ni..

    ReplyDelete
  13. Sy minat sgt dgn drama ni pdhl sy jnis susah jtuh cnta dgn drama2 mlayu..sy minat sgt drama kkasih pkse rela n drama cinta hati batu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala saya..terlayan tanpa sengaja hehe..mcm tajuk novel plak ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

      Delete
    2. Samala dengan saya,terlayan tanpa sengaja..hihi mcm tajuk drama plak ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

      Delete
  14. akak memang tak tengoklah kalau cerita pukul 7 nih, sebab berebut dengan anak2 jadi maknya ni kenalah mengalah

    ReplyDelete