Assalamualaikum ualls...
Korang mesti perasan tentang produk CETAPHIL yang sedang berenang-renang di dalam blog aku ni kan? Bukan setakat di blog aku je malahan di dalam blog rakan-raakn lain yang turut memasang banner Nuffnang. Hmmmm.. hebat betul team Cetaphil buat promosi sekarang ni nampaknya.

APA ITU CETAPHIL?
Cetaphil adalah jenama rangkaian produk untuk penjagaan kulit yang semakin di yakin ramai sekarang ni. Ia merangkumi pelbagai produk untuk ibu ayah dan juga bayi. Mudah cakap produk jenama Cetaphil ini sesuai untuk kegunaan seisi keluarga dan mempunyai kualiti.

Walaupun aku tak dapat nak  'tempek' muka dan diri aku ni di banner Cetaphil yang gah berdiri di sana sini tu namun aku tetap bersyukur kerana pihak Cetaphil telah sudi memilih blog aku menerusi Nuffnang.

Pada mulanya blog aku ini telah dapat iklan daripada Nuffnang bagi pihak Cetaphil menerusi kempen CPC.

Kemudian, muncul pula iklan daripada Nuffnang bagi pihak Cetaphil untuk kempen CPUV. Kali ini bukan hanya blog ini yang terpilih malah blog aku yang ke dua juga. 

Apa itu CPUV kempen? Baca SINI 

Alhamdulillah... tercapai juga hasrat hati untuk mengutip income menerusi Nuffnang. Walaupun income dari Nuffnang tidaklah segah Addsense namun sekurang-kurangnya ia dapat memberi sedikit suntikan semangat untuk aku terus berblogging.

Terima kasih CETAPHIL kerana sudi memilih blog SisHawaDotCom dan terima kasih juga pada Nuffnang kerana memberi peluang ini.