Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ENDING / KESUDAHAN CERITA KEKASIH PAKSA RELA

Dari episod pertama aku follow cerita Kekasih Paksa Rela yang di tayangkan di TV3 ini hinggalah sekarang. Drama ini akan di tayangkan sebanyak 28 episod dan tak sabar nak tonton episod sepenuhnya untuk tahu kesudahan cerita. Sejujurnya, aku jadi tersuka dengan drama ini kerana jalan ceritanya yang agak 'lain' daripada drama yang sebelum-sebelum ini. Dan aku yakin ada ramai lagi orang lain di luar sana yang turut mengikuti kisah cinta antara Hanan dan Adham ini. Bagaimanalah agaknya, si pakcik dan makcik yang saling sayang menyayangi ini akan lakukan untuk mengatasi masalah rumahtangga mereka yang agak 'istimewa' itu.
Semakin aku tonton cerita ni, semakin susah aku nak teka apakah kesudahan yang akan berlaku nanti.. Apakah Adham akan pilih Hanan yang comel sebagai satu-satunya isteri ataupun mungkinkah Adham akan terus bersama dengan isteri pertamanya, Rosnaida dan melepaskan Hanan yang masih muda. 

Sikap watak Hanan yang faham bahawa dirinya adalah isteri ke dua telah membuatkan nitizen berasa terlupa bahawa hakikat sebenarnya Hanan adalah isteri muda dan kehadirannya itu secara tidak langsung boleh menghancurkan ikatan antara Adham dan Rosnaida. Aku percaya si penonton menyebelahi Hanan walau Hanan berstatus orang ke tiga dek kerana kasihankan Adham yang telah di sia-siakan oleh isteri pertamanya selama dua tahun.

Namun aku sedikit terkilan dengan cara penyampaian di kaca TV. Aku tahu watak Adham dan Hanan serta watak Adham dan Rosnaida adalah untuk mempamerkan ikatan di antara seorang suami dan isterinya. Aku juga faham bahawa si pengarah ingin mempamerkan suasana romantik dan sweet untuk membuatkan hati si penonton cair namun bagi aku nampaknya semakin hari telah berlaku semakin banyak adegan sentuh, pegang dan peluk antara pelakon-pelakon utamanya. Aku tak salahkan para pelakon 100% kerana aku tahu kerja mereka adalah untuk menyampaikan isi jalan cerita sebagaimana yang telah di arahkan. 


Bagi aku detik yang paling romantis dan tak boleh di lupakan bukanlah adegan ketika bersentuhan tetapi adalah apabila Adham membisikkan kata-kata pada Hanan dalam nada yang perlahan tanpa perlu menyentuhnya sama sekali saat itu. Adegan seperti itu lebih mampu memikat hati penonton hingga menyebabkan si penonton tersenyum sendiri. Yang pasti, apa yang ku tulis adalah berdasarkan apa yang aku rasa dan lain orang lain pendapatnya. 

EPISOD AKHIR
Sebagaimana yang aku jangkakan, Adham akan bersatu selamanya dengan Hanan. Mana mungkin Hanan di ketepikan sedangkan Hanan sendiri yang menjadi penyeri, penghapus sunyi, pengubat duka dan penghilang stress pada Adham selama dia berjauhan dengan isteri pertamanya Rosnaida.

Pada mulanya aku agak cuak juga seandainya Hanan yang terpaksa berpisah dengan Adham namun mujurlah ibu Hanan telah menemui Adham dan meemberitahunya berkaitan kandungan Hanan yang berusia 4 minggu. Dengan kehamilan Hanan itu telah menguatkan lagi Adham untuk terus bersama Hanan dan keluhuran hati Hanan untuk menarik diri juga telah membuatkan Rosnaida mengaku kalah pada Hanan yang jauh lebih sesuai untuk bergelar isteri kepada Adham berbanding dengan dirinya sendiri.

Akhirnya, Rosnaida sendiri meminta dia di lepaskan dengan cara yang paling baik. Rosnaida membuka hatinya untuk menerima apa yang berlaku berpunca daripada kekurangan dirinya sendiri yang terlalu mengikut kata hati tanpa memikirkan hati dan perasaan Adham yang telah banyak berkorban dalam diam.

Moral of the story... Jangan sesekali jadi macam Rosnaida yang berani ingkar kata-kata suami termasuk mengabaikan kebajikan suaminya demi untuk sebuah cita-cita. Sebagai seorang isteri, restu suami itu adalah penting dalam apa jua situasi. 

#kekasihpaksarela #TV3

Judul : KEKASIH PAKSA RELA
Jumlah Episod : 28
Slot : Akasia TV3
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Terbitan : Creative Skill Solution Sdn Bhd

Pelakon Utama : 
Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nyna Harizal, Jalaludin Hassan, Emelda Rosmila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Hazman Al-idrus

8 comments for "ENDING / KESUDAHAN CERITA KEKASIH PAKSA RELA"

  1. Saya pun peminat cerita ni, walaupun bukanlah peminat remy ishak pada mulanya..

    ReplyDelete
  2. ramai dok sembang citer ni tapi CT tak follow. kalo kazen buka jenguk2 sikitla citernya macam mana hehehe..

    ada GA sedang berlangsung di blog CT. jemput join kalau sudi
    http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/01/giveaway-souvenirs-pulau-jeju-by.html

    ReplyDelete
  3. romantik la remy ishak... liez melayan sgt... tak sbr nak tgg ending dia..

    ReplyDelete
  4. Layan gak citer ni.. Betul, adegan dia agak hmm.. Tpi kita amik dri sudut positif je sbb jalan citer dia menarik. Lain dri yg lain. Yg penting jgn membelakangkan suami dlm apa jua menda yg kita nk buat..

    ReplyDelete
  5. suka gak wawa layan cerita ni..")

    ReplyDelete
  6. go go pakcik am....tapi, tu laa, kadang kesian jugak ngan kak ros tu..tp, memang salah dia pun, biarkan suaminya cmtu je,,,

    ReplyDelete
  7. Ye la sis. Skrg dah episod 23 dah. Kesian sungguh dgn rosnaida. Skrg ni ros pon dah sedar. Tapi tapi tpi... adui... wpun ros setia pd suami dia n xada org lain malangnya suami ros dah buka branch baru...adui..

    ReplyDelete