MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

JALAN JALAN CARI 100 PIZA - SPECIAL EVENT FROM DOMINO'S

Assalamualaikum ualls, ... hi hi ...

pada 27 Jan yang lepas... aku dan beberapa member dari #teambpt #bloggerpantaitimur dah luangkan masa untuk bersama dengan team Domino's Pizza premis cawangan mereka yang bertempat di Kubang Kerian, Kelantan. Aku turut bawa famili bersama dan happy sangat-sangat kerana dapt berkumpul untuk memeriahkan majlis 'JALAN JALAN CARI 100 PIZA'`
Some of the DOMINO'S teams
Aku dan famili memang sangat-sangat sukakan Domino's terutama sekali anak-anak aku ni. Tiap kali berhujung minggu mesti nak ajak pergi ke Domino's. Jika tak kerana sayangkan anak memang aku fikir dua kali kerana jarak cawangan Domino's dengan rumah aku memakan masa hampir sejam untuk sampai. Di sebabkan sering ke sana maka Domino's sudah melekat di dalam hati aku, suami dan anak-anak. Kerana itu  jugalah aku dan keluarga sanggup luangkan masa untuk bersama-sama meraikan majlis yang di anjurkan oleh Domino's ini. 

Aku tiba di sana sekitar jam 2 petang dan masa tu kelihatan sudah ada beberapa pengemar Domino's yang sudah mula beratur di luar premis. Terdetik kat hati, ni mesti meriah! Ye lah pemberian piza di jangka bermula pada jam 3petang dan berakhir pada jam 4petang namun sudah ada yang sanggup menunggu sejam lebih awal. 

Di sebabkan aku bersama #teambpt #bloggerpantaitimur maka aku dn famili dapat terus masuk untuk menikmati piza dari Domino's. Sambil-sambil tu kami semua teruja sangat-sangat untuk menunggu aktiviti yang bakal berlangsung sekejap lagi.

Menurut Shamsul Amree, yang memegang jawatan sebagai Senior General Manager of Operations Domino's Pizza Malaysia and Singapore, "Event ini adalah pertama kali dalam sejarah dan event ini di anjurkan semata-mata demi untuk menunjukkan rasa terima kasih kepada para pelanggan yang sentiasa setia dengan Domino's sejak dulu hingga kini."

Apa yang lebih menariknya lagi, para pelanggan bukan hanya akan di berikan 100 biji pizza percuma bersaiz personal kepada  100 orang pelanggan terawal malah mereka juga akan berpeluang untuk merasai menu piza yang terbaru daripada Domino's. Alahai bertuah badan... 

Inilah antara menu piza yang di sediakan pada hari tersebut.. aku sendiri dah rambang mata. Anak-anak apatah lagi. Sedap.. memang sedap! Semuanya sedap sampai tak tahu nak tandakan mana yang patut berada di carta teratas.
Ualls suka yang mana satu??
Ohya, untuk pengetahuan ualls, menu topping di Domino's ada lebih daripada 20 jenis ke semuanya. Ada yang versi ayam dan daging. Ada juga versi makanan laut, sayur sayuran dan citarasa etnik kita.




 Antara menu tersebut adalah:
  • Aloha Chicken
  • BBQ Chicken
  • Beef Pepperoni
  • Chicken Pepperoni
  • Seafood Delight
  • Simple Cheese
  • Vergie Galore
  • Smokie Beef & Chick
  • Sambal Vegie
  • Flaming Tuna
  • Tuna Extreme
Jika mengikut selera anak tekak aku ni, aku lebih sukakan BBQ Chicken, Smokie Beef & Chick, Seafood Delight, Simple Cheese dan Tuna Extreme. Yang lain-lain tu sedap juga cuma ini apa yang aku suka makan la. Lain orang lainlah citarasanya. Tak gitu?

SISHAWA DOT COM
Tu dia,.. meleleh air liur ni. Ish ish ish... apapun, snap gambar dulu.
Selesai ambil gambar mulalah sesi yang paling di tunggu-tunggu. Apalagi masa untuk makan la. Di hidang panas-panas dengan jumlah keju yang terlajak melimpah membuatkan semua orang teruja. Bila di angkat je tu dia... terangkat sekali ngan cheese yang mmmmm... sedapppp..!! Nama pun piza, of course lah ada cheese dan memang betul-betul mengancam la.

Panassss tapi cheese yang mengancam tu macam sedang memanggil-manggil pula.

Aku sangkakan cheese ni cuma kat atasnya saja tapi rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Apabila makan jer, aku dapat rasakan extra cheese yang tersembunyi di dalam keraknya. Adoiii... cheese lagi.. macamanalah aku tak jatuh cinta dengan Domino's ni. Aku ni penggemar cheese tau.

Apa yang menariknya lagi, pihak Domino's telah mencabar aku dan team #bloggerpantaitimur untuk menarik cheese di dalam kerak itu sepanjang yang boleh. Pada mulanya terdetik juga kat hati ni, betul ke boleh buat macam tu? Tapi, sebaik saja pihak Domino's tunjuk demo kami semua terus mula menarik cheese dari dalam kerak untuk membandingkan siapakah yang paling terror sekali.
Percubaan menarik cheese daripada salah seorang wakil Domino's
Gambar di bawah ni pula adalah percubaan yang di lakukan oleh aku sendiri. Tu dia, panjangnya! Berapa banyak keju depa letak ni? Ish ish ish sakan noo.. haha tetiba ayat utara aku dah keluar. Nampak sangat tahap keterujaan aku tu =D
say cheeeeesssssss............
Patutlah menu terbaru ni di beri nama CHESE TARIK CRUST, memang betul-betul boleh tarik pun. Bertuah sangat rasanya sebab dapat merasai menu terbaru ni bersama pelanggan setia Domino's yang lain. Ohya, event tersebut bukan hanya terhenti di situ malah kami turut di hiburkan dengan gelajat dua orang DJ yang agak tersohor di bumi Kelantan ni. Mereka yang aku maksudkan adalah DJ Iwe dan juga DJ Nas daripada THR Gegar. Memang rugi siapa yang tak datang hari tu. Best sangat...
DJ IWAN & DJ NAS dari THR Gegar Pantai Timur
Kempen JALAN JALAN CARI 100 PIZA ini akan tamat pada 03 FEB 2018 nanti. Masih ada masa beberapa hari lagi dan boleh dapatkan info berkaitan lokasi seterusnya di facebook page utama, @DominosMY. Pada yang berhajat untuk buat tempahan secara atas talian, boleh klik kat sini >>  HERE << atau terus call talian bebas tol mereka di 1300 - 888 - 333 .

Pada yang benar-benar sukakan cheese seperti aku ni, aku sarankan ualls segera dapatkan Cheese Tarik Crust daripada Domino's yang terdekat. Ualls boleh pilih topping yang mana satu dan cubalah tarik sendiri keju dari dalam kerak piza ualls tu.

Alhamdulillah ... kenyang... nak tengok camera pun dah tak larat.. nak senyum pun dah tak sudi... ish ish ish.. 
Pada yang terlepas event ni, ualls jangan susah hati muram durja sebabnya ada lagi pelbagai promosi hebat lain yang sedang di rangka oleh Domino's. Salah satu daripadanya kempen Beli 1 Percuma 1. Ualls hanya perlu follow perkembangan semasa Domino's kat sini >> HERE <<
SIS HAW DOT COM
Team blogger with CHEESE TARIK CRUST in a variety of flavors
I hope this event will continue in the future and hopefully the Domino's will continue to succeed to provide the best dining menu for pizza lovers in particular. Those who have not had the chance to taste the CHEESE TARIK CRUST, ualls can get it anytime from your Domino's nearest branches.


Thank you DOMINO'S for inviting us and please... please invite kami lagi okay... hahaha.

INGAT PIZA, INGAT DOMINO'S PIZZA!! JOM MAKAN PIZA, SEDAPPP =D

8 comments:

  1. fav Liez Domino's... alhamdulillah team pantai timur dah ada group yang kuat.. good job awa dan geng

    ReplyDelete
  2. bestnya gather bersama blogger-blogger lain, good job guys!

    ReplyDelete
  3. dah la dapat makan pizza..dapat pula gather sama²..bestnyaa

    ReplyDelete
  4. Im drooling again.. hii meriahhh semua

    ReplyDelete
  5. Mtk2 dominos pizza buat lg thun dpn😁

    ReplyDelete
  6. Hehe ciktie boleh kata setiap minggu melekat dekat Domino's! Nasib baik la dekat je Domino's tu

    ReplyDelete
  7. fuhhh..cikyan pom suka domino..kat tmpat keje ni ada domino... nak pi beli la lepas ni..hahahhaha

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY