MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

MOMMY SPA AROMATHERAPY MASSAGE & BABY HERBAL CREAM - MAMPU ATASI MASALAH LENGUH BADAN DAN PERUT KEMBUNG

Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan aku berpantang dan macam biasalah, lepas je bersalin ni mulalah rasa lenguh sana lenguh sini. Kaki juga asyik rasa sejuk jadi perlu di pakaikan dengan stokin setiap masa. Agaknya mungkin sebab faktor umur juga kot... eh.. ye ke? Tak nak lah mengaku diri ni tua.... hehe..

Walaubagaimanapun, aku agak bersyukur kerana punya satu produk yang elok di gunakan pada waktu-waktu sebegini. Produk ni bukan hanya elok di gunakan semasa dalam tempoh berpantang malah cukup sesuai digunakan ketika sedang hamil.

Produk yang aku maksudkan ini adalah Mommy Spa Aromatherapy Massage Cream daripada jenama TROPIKA. Aku yakin mesti ramai yang kenal dengan jenama TROPIKA ni sebabnya mereka punya pelbagai produk yang cukup bagus dan sesuai untuk di gunakan oleh ibu-ibu dan bayi.
Apa yang membuatkan aku cukup suka dengan produk ini adalah pada fungsi dan baunya. Walaupun berasa sedikit panas namun aku cukup berpuashati kerana disebabkan rasa panas itulah aku dapat menghilangkan lenguh-lenguh di badan ni dengan cepat. Tapi ualls jangan risau, rasa panas tu sikit je... suam suam berangin gitu... 

Sebaik saja sapu, ia terus meresap ke kulit. Takde langsung rasa melekit-lekit di tangan. Baunya juga sedap dan boleh membuatkan aku berasa amat selesa. Apa yang lebih penting, sebaik saja di sapu dengan perlahan-lahan rasa lenguh di badan aku tadi mulai hilang. Aku turut sapu pada kaki sebelum memakai stokin terutamanya pada waktu malam dan alhamdulillah, kini aku boleh tidur lena hingga ke pagi tanpa rasa sejuk di kaki lagi. Mujurlah ada produk ni kalau tidak.... hmmm... risau juga jika tiba-tiba di serang rasa sejuk dan ketar di tengah malam. 

Antara kebaikan Aromatherapy Massage Cream yang lain adalah:
  • Sesuai untuk dijadikan sebagai minyak urut bagi ibu hamil dan wanita dalam pantang
  • Menyegarkan tubuh badan ibu selepas bersalin
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Membuang angin dalam badan
  • Menyingkirkan toksin di dalam tubuh badan
  • Membantu melegakan ketegangan otot
  • Meredakan tekanan
  • Membantu mengatasi masalah keletihan dan kelesuan tubuh badan
  • Membantu menyegarkan tubuh badan sepanjang hari
  • Bebas daripada bahan kimia yang membahayakan

Bila di lihat pada label, bahan yang di gunakan untuk membuat Mommy Spa Aromatherapy Massage Cream ini telah di adun daripada minyak kelapa dara bersama habbatus sauda, capsicum dan minyak kayu putih yang bertindak sebagai aromaterapi bagi membantu meredakan tekanan. ketegangan otot dan masalah kelesuan pada badan. Dipendekkan cerita dapat menyegarkan tubuh badan sepanjang masa terutamanya dalam tempoh hamil dan berpantang.

Tidak hairanlah kenapa produk ini bagus dan menjadi. Rupa-rupanya bahan yang di gunakan amatlah bermutu tinggi dan terkenal khasiatnya. Selain daripada Mommy Spa Aromatherapy Massage Cream, aku turut mencuba satu lagi produk daripada jenama Tropika nie. Produk ke dua yang aku telah cuba adalah Baby Herbal Cream.

Baby Herbal Cream aku telah cuba gunakan pada Kasih dan alhamdulillah Kasih tak tunjukkan sebarang rasa tidak selesa. Menangis juga tidak. Ruam-ruam yang tidak sepatutnya juga tidak muncul walau setelah beberapa hari digunakan ke atas Kasih. Ini bermakna produk Baby Herbal Cream ini cukup serasi dengan bayi dan kanak-kanak termasuk new baby born seperti Kasih.

Apa yang membuatkan aku seronok ketika gunakan Baby Herbal Cream ini adalah apabila terdengar Kasih kentut dengan kuat. Hahaha... dah macam orang tua-tua! Walaupun berasa sedikit lucu namun hakikat sebenarnya aku amat-amat happy dan lega kerana Kasih dapat keluarkan angin yang tidak sepatutnya dari badan. Bila rajin kentut barulah perut tak kembung. Tak gitu? 

Sama seperti produk  tadi, Baby Herbal Cream ini juga di asaskan daripada bahan herba yang terpilih dan diyakini halal dan salah satu daripadanya adalah minyak kayu putih.

Selain daripada membantu mengatasi masalah kembung perut, Baby Herbal Cream ini juga turut bagus di gunakan untuk mengatasi masalah batuk, selesema dan mengatasi masalah kulit sensitif pada bayi seperti ekzema dan kesan gigitan nyamuk serta serangga.

Mommy Spa Aromatherapy Massage Cream (100g) - RM49.90
Baby Herbal Cream (50g) - RM39.90

Buat ibu-ibu di luar sana, baik yang sudah melahirkan mahupun belum, ualls harus dapatkan produk ini di pasaran dengan segera. Jangan risau kerana bahan yang di gunakan adalah semulajadi tanpa ada sebarang bahan kimia yang tidak sepatutnya.


Untuk produk lain dan maklumat lanjut tentang Tropika, boleh layari:






8 comments:

  1. Baby herbal cream tu liez pernah pakai masa qaseh kecik.. sbb dkt nursery advise suruh beli sbb bila duduk nursery cepat jangkit bayuk selsema kan.. alhamdulillah ok

    ReplyDelete
  2. Wahh, macam lebih kurang cream herbal blend je.

    ReplyDelete
  3. Menarik tu.. Produk tropika memang.bagus

    ReplyDelete
  4. saya pulak dalam pantang dan selepas pantang dan kini memang sukakan minyak herbanika NR. boleh la cuba2 lotion ni pulak

    ReplyDelete
  5. bagus produk ni kan .anak kita guna herbal cream tu

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY