' PENIAGA KAYA' AKTIF FACEBOOK CEDERA DI TEMBAK

by - 09:24

Beberapa hari lepas viral kes seorang peniaga atas talian yang aktif membuat video live di facebook cedera akibat di tembak oleh tiga orang perompak. Beliau di maksudkan adalah Muhd Irfan Abdullah yang juga di kenali sebagai Cempaka Putih. Beliau yang sedang berseorangan di premisnya yang berlokasi di Rantau Panjang, Kelantan pada ketika itu telah di datangi oleh sekumpulan perompak seramai tiga orang hingga menyebabkan beliau cedera di betis kanan akibat di tembak. Malah kepala beliau turuk di ketuk.



Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Pasir Mas sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini untuk rawatan lanjut.

Muhd Irfan Abdullah yang juga di kenali sebagai Cempaka Putih itu merupakan seorang pengusaha kunyit skincare dan dikatakan kejadian ini berlaku di sebabkan kekerapan mangsa yang sering mempamerkan wang tunai dan barangan kemas secara langsung kepada para pengguna laman facebook yang lain.


Mungkin mangsa menunjukkan aset kemewahannya demi untuk menaikkan motivasi orang lain namun semua itu telah bertukar menjadi tragedi apabila videonya itu turut di tonton oleh orang lain yang tidak sepatutnya.



Kejadian itu di katakan berlaku sekitar jam 11.30malam dan apa yang telah di rompak adalah barang kemas bernilai kira-kira RM150,000 berserta wang tunai sebanyak RM80,000.

Walaubagaimanapun, apa yang terjadi ada hikmahnya dan semoga kejadian ini dapat menjadi iktibar pada semua orang terutamanya pada peniaga-peniaga online seperti mangsa.


 Menurut ibu mangsa, Puan Zawiyah yang berusia 66 tahun, semasa tiba di lokasi kejadian, dia gagal melihat keadaan anaknya di tingkat atas premis itu kerana pintu jeriji di bahagian bawah telah dikunci dari luar oleh suspek. Sebagai ibu, beliau juga pernah berpesan kepada mangsa supaya jangan mempamerkan wang dan barang kemas di Facebook kerana bimbang menjadi sasaran penjenayah dan ternyata nasihat beliau itu berasas.
“Apa pun saya berharap dia cepat sembuh kerana dia seorang anak yang baik dan taat,” kata Puan Zawiyah lagi.
Bagi aku, ada lagi cara lain untuk majukan perniagaan dan sekiranya ingin menunjukkan harta benda sekalipun, pastikan punya bodyguard yang lengkap seperti Dato' Vida dan Dato' Aliff sebagai contoh.






You May Also Like

7 PEMBERI ULASAN

  1. Setuju.. Mengundang bahaya je bila mempamerkan harta yang ada..

    ReplyDelete
  2. kena bijak bila upload apa2 ke med social

    ReplyDelete
  3. serius,memang tak berminat dengan peniaga yang menunjukkan wang dan emas untuk tujuan tarik perhatian pembeli.Banyak je cara lain,begitu juga contest yang sering mereka buat...moga menjadi iktibar kepada peniaga yang lain kan...

    ReplyDelete
  4. aduiii...bahayanya...macam2 la sekarang ni kan

    ReplyDelete
  5. semoga menjadi pengajaran kpd kita semua...

    ReplyDelete
  6. mcm-mcm skrg ni..ada je pemasang yang memerhatikan

    ReplyDelete
  7. ada hikmah di atas yang berlaku .. personally, cara dia buat live tu tak berapa kena.

    ReplyDelete