Semasa aku menetap di Perlis dulu, plat kenderaan bagi negeri tersebut sangat-sangat perlahan peningkatannya. Malah ramai warga negeri itu yang lebih rela membeli plat nombor kenderaan Selangor dan Wilayah untuk kenderaan mereka. 

Tetapi, sejak akhir-akhir ini secara tiba-tiba plat nombor untuk negeri terbabit mulai laris seperti goreng pisang panas dan berjaya di jual dengan harga yang amat tinggi sehingga mencecah 5 angka!

Sebelum ini, plat nombor Perlis yang bermula dengan huruf 'R' itu telah berjaya mendapat sambutan untuk plat RM. Mungkin kerana RM agak istimewa kerana boleh melambangkan nama singkatan untuk matawang Malaysia dan saat ini nombor plat Perlis laris lagi untuk plat yang bermula dengan 'RU'.

Berdasarkan kenyataan rasmi yang dimuatkan dalam laman sosial Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis hari ini, nombor pendaftaran RU 1 berjaya dibida oleh seorang lelaki bernama Tan Lung Lai dengan bidaan RM427,777.
Sementara itu, nombor pendaftaran kenderaan RU 9 turut mencatatkan bidaan membanggakan yang dimenangi oleh sebuah syarikat New Station Trading Sdn. Bhd. dengan bidaan RM152,000.

Dalam pada itu, Restoran Jessy memperoleh nombor plat kenderaan RU 3 dengan bidaan RM148,500.
Tender bagi nombor pendaftaran kenderaan RU mula dibuka pada 1 Januari tahun lalu sebelum ditutup pada 13 November tahun yang sama.

Plat kenderaan ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Mereka di katakan mahu memiliki nombor kenderaan yang unik sebagai contoh MAF 14 yang apabila di baca sekali imbas menyerupai perkataan MAFIA.


Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.

Kenapa Perak bermula dengan A ?
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.

Yang pasti aku bukannya salah seorang peminat plat kenderaan. Mungkin aku suka tengok nama plat kenderaan yang unik dan lain daripada yang lain namun tak sanggup rasanya untuk membelinya sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit.... ualls macamana pulak? =D