SEBAB MENGAPA TAK DIGALAKKAN UPLOAD GAMBAR BAYI DI MEDIA SOCIAL
Assalamualaikum..
Sejak Kasih di lahirkan ada rakan-rakan yang mesej bertanyakan tentang Kasih. Malah ada juga yang komen di blog bertanya, bilalah agaknya boleh lihat wajah Kasih Sufi yang terkini? Mungkin kerana aku sering menulis kisah aku sejak mula mengandungkan Kasih di blog maka para pembaca jadi 'cukup dekat' dengan Kasih. Tambahan pula ramai yang tahu bahawa Kasih adalah satu-satunya puteri setelah lebih 10 tahun menanti jadi Kasih agak special di hati pada siapa yang tahu mengenainya.
Sebab itu agaknya Kasih banyak dapat >> HADIAH <<
Namun, sebenarnya.. memang aku sengaja hadkan gambar Kasih untuk tontonan umum. Bukan kerana Kasih ada cacat cela, bukan juga kerana nak simpan Kasih untuk tatapan sendiri saja cumanya untuk elakkan 'penyakit ain' seberapa banyak yang boleh. maaf ya kawan-kawan =D
APA ITU PENYAKIT AIN?
Ain bermaksud mata dan apakah ini penyakit mata? Jawapannya memang ada kena mengena dengan mata tapi tidaklah sakit mata bengkak, lebam dan sebagainya. Penyakit ain' yang aku maksudkan di sini lebih pada dalaman seseorang yang terhasil dek kerana pandangan mata.
Untuk lebih mudah faham, sebagai seorang ibu, semestinya kita ingin berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakan dan orang lain. Dalam masa yang sama sebagai seorang ibu, pastinya kita akan merasakan bahawa anak kita adalah yang paling comelll sekali. Perasaan itu tidak ada salahnya tetapi apabila kita tunjuk pada orang lain belum tentu mereka akan berasa perkara yang sama.
Mungkin bagi kita anak kita comel sebab punya wajah macam suami yang bermata sepet. Mungkin juga kita rasa anak kitalah yang paling comel sebab punya mata bulat macam ibu tapi belum tentu orang lain rasakan perasaan yang sama.
Memuji di mulut belum tentu sama dengan apa yang ada di hati. Mungkin ada yang memberi tindakbalas dengan berkata comel tapi besar kemungkinan, hakikat sebenarnya mereka mengatakan hal yang berlainan di dalam hati. Kata-kata yang tidak sepatutnya itulah yang ingin di hindarkan.
CONTOH
Mira upload gambar keretanya... kemudian rakannya yang bernama Nana komen... "wah cantiknya kereta kau Mira, mesti mahal tu..." semestinya Mira akan tersenyum suka hati kerana orang lain memuji. Manusia kan suka di puji.
Inilah dia penyakit ain. Sebab itulah kita tidak di galakkan untuk pamerkan wajah bayi selepas di lahirkan. Kita tak nak nanti akan ada kata-kata ucapan yang tidak baik terhadap bayi kita itu samada yang disengajakan ataupun tidak. Kerana itu jugalah aku hadkan wajah Kasih untuk umum. =D
CARA PENYELESAIAN
Ini adalah salah satu cara untuk atasi masalah penyakit Ain itu tadi. Jika melihat apa saja yang patut kita berikan pujian, sebutlah....
Masha'Allah means "whatever Allah wills". It is chiefly used as an expression of admiration or glorifying Allah for anything with which one is pleased. It is also usable in conditional sense, meaning "whatever Allah wills, will be realized."
- "Masha'Allah cantiknya kereta..."
- "Masha'Allah besarnya rumah..."
- "Masha'Allah comelnya baby.."
Si penerima pujian pula balaslah dengan perkataan Masha'Allah juga pada permulaan ayat. "Masha'Allah, terima kasih". Inilah dia adab ketika memberi dan menerima pujian yang di sarankan oleh nabi kita, Nabi Muhammad SAW untuk menggelakkan penyakit ain' daripada berleluasa.
Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.
21 Comments
masyaallah....putih gebu si kasih ni...nak pinjam boleh?? hihi
ReplyDeleteMasha'Allah comelnya Kasih
ReplyDeletemasyallah...comell sungguh.putih gebuss ni
ReplyDeletemasyaAllah awa.. comelllll bulat mata ..ikut saperrr nii hii
ReplyDeletedouble chin tu hahahahha... masha'Allah
ReplyDeleteComelnya awak. Nak pinjam boleh tak awa 😄😄
ReplyDeleteOooo baru tau adab nak memuji, thanks sharing awa... And masyaallah, cute si Kasih ni... Gebu2 gitew.
ReplyDeleteWah..menarik entry ni sis. Assalamualaikum Kasih...selamat berkenalan. Hehe
ReplyDeleteMasyaallah cutenya..geram tengok aihh comel cantik macam kak awa 😍
ReplyDeleteComelnya kasih. Betul bahaya sekarang penyakit Ain ni, macam baby pulak masih baru beberapa hari melihat dunia masih lemah..
ReplyDeleteAlhamdulillah... Sebaik-baik kejadian nya..
ReplyDeletemasya-allah comelnya kasih! Melepak pulak tu.
ReplyDeleteMasyaAllah.. comelnya kasih.. gebu pipinya.. putih melepak pulak tu..
ReplyDeleteAlahai...comeynya dia..
ReplyDeleteMasha-Allah baru tahu tentang perkara yang ini, terasa jahil kejap huhu. Terima kasih kak untuk nasihat berguna ni.
ReplyDeleteMashaa-Allah gebunya Kasih, pink putih mulus sangat kulitnya 😍
masyaAllah comel sangat niiii. nak jumpa bolehhhh? hehe
ReplyDeleteMasha'Allah indahnya ciptaan Tuhan!
ReplyDeleteMasyaAllah comelnya kasih :)
ReplyDeleteMasyaAllah comelnya..putih gebu..
ReplyDeleteSubhanallah comelnya kasih tu sis. Geram pula nengoknya
ReplyDeleteMasyaAllah comelnya kasih.. Double chin dah tu
ReplyDelete