LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

NUR ISLAM

[Cahaya Islam][bsummary]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][twocolumns]

SERONOKNYA JIKA DAPAT MENANG CONTEST - TRAVELOKA FLY & WIN CNY 2018

Tahun Baru Cina dah hampir tiba dan of course lah happy. Bukan happy sebab nak sambut tahun baru cina tapi happy sebabnya dapat bercuti. Masa cuti panjang beginilah boleh aku plan dengan suami untuk bawa anak-anak bercuti atau pulang ke kampung. Kalau bukan masa cuti alamatnya memang kat rumah saja lah kami semua ni. Habis, suami kerja... anak-anak sekolah... macamana nak jalan-jalan. 


Kita kat Malaysia ni memang bertuah kan sebab ada banyak cuti dalam masa setahun. Ada cuti sempena Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Maulidur Rasul, Deepavali, Tahun Baru Cina, Krismas, cuti sempena keputeraan dan macam-macam lagi lah. Banyak sangat kalau nak sebut semuanya sekali. Yang pasti apabila tiba hari perayaan yang besar seperti Tahun Baru Cina yang akan menjelang tidak lama lagi ini maka akan  berlangsunglah cuti panjang untuk kita. Yes!! Seronok tu.

Untuk merancang sesebuah percutian yang bermakna seharusnya kita perlu merujuk pada mana-mana pihak yang pakar dan pihak yang aku sering jadikan rujukan, apa lagi jika bukan TRAVELOKA.

Dari dulu aku memang suka godek-godek website Traveloka ni sebabnya mereka bukan hanya berikan detail yang lengkap mengenai tempat percutian yang menarik, senarai hotel, pengangkutan dan lain-lain malah mereka juga turut berani memberi keistimewaan lain iaitu...

Honest Price 
maksudnya harga yang telah di tetapkan di dalam website dengan jumlah yang perlu di bayar adalah sama. Dalam erti kata lain tidak akan ada caj tambahan tersembunyi yang akan di kenakan.

Everyday Low Prices & Exclusive In-app Deals 
nak dapatkan harga promosi? Mudah saja... ualls cuma perlu download aplikasi Traveloka ke telefon bimbit masing-masing. Apabila sudah download nanti ualls akan berpeluang untuk mendapat pelbagai tawaran terkini berkaitan diskaun dan lain-lain lagi.

Real Guest Reviews 
maklumbalas atau dalam erti kata lain, review yang banyak terdapat di dalam laman web Traveloka adalah sahih yang di tulis oleh para pengguna servis Traveloka ini.

Stay Guarantee 
bahagian ni yang paling aku suka sekali. Ini kerana sekiranya ada apa-apa masalah yang berkaitan dengan tempahan yang telah kita buat melalui Traveloka, sebagai contoh sudah buat tempahan tapi bila sampai hotel bilik di hotel tersebut telah penuh. Maka, pihak Traveloka akan menggantikan keadaan bilik yang hampir sama di hotel lain yang berdekatan ataupun ualls boleh meminta pulangan wang semula daripada pihak Traveloka ini. Terjamin!

Various Payment Options
Traveloka turut memperbanyakkan lagi cara untuk para pelanggan kita untuk membuat pembayaran tempahan. Kita bukan hanya boleh membayar menggunakan kad kredut dan kad debit malahan kita juga boleh membayar menggunakan kaedah internet banking ( perbankan atas talian ) dan juga melalui 7-Eleven. Ohya, jangan risau kerana tidak akan ada sebarang caj tambahan yang akan di kenakan. Bagusnya!

Special Discounts
Pelanggan yang pernah mempunyai sejarah menggunakan khidmat Traveloka sebelum ini akan di beri tawaran diskaun istimewa pada sesuatu masa.


Masa tengah menggodek lamanweb Traveloka itu tadi, aku terperasan akan sesuatu perkara yang agak menarik di sana. Sudah terang lagi bersuluh, aku kan sudah taip pada tajuk entry ni. Ya, perkara yang aku maksudkan ini adalah TRAVELOKA FLY & WIN CONTEST.  yang sedang giat berjalan di lamanwebs milik Traveloka. Contest ini bermula pada 22 Jan 2018 dan akan tamat pada 28 Feb 2018.

TRAVELOKA FLY & WINS CONTEST
Terus terang inilah kali pertama aku lihat contest yang lain daripada lain. Ye lah selalunya contest ni nak kena isi borang, buat entry post dan lain-lain yang sewaktu dengannya tapi untuk Traveloka Fly & Win CNY 2018 Contest ni kita hanya perlu join menggunakan akaun facebook dan bermain satu permainan yang telah di sediakan.

CARA UNTUK MENYERTAI
Hanya perlu klik login dan akan terus di daftarkan


CARA UNTUK BERMAIN 
Sesuai dengan Traveloka yang merupakan sebuah website perlancongan maka permainan ini turut menunjukkan tema yang hampir sama. Permainannya cukup mudah sekali, kita hanya perlu kendalikan kapalterbang supaya tidak jatuh dan berlanggar menggunakan mouse / tap.


CARA HANTAR PENYERTAAN
Jumlah mata yang berjaya di peroleh daripada permainan itu tadi lah yang akan di ambil kira untuk di umumkan sebagai pemenang. Untuk menghantarnya mudah saja, ualls hanya perlu klik SUBMIT mata itu dengan terlebih dahulu menekan button share  untuk di kongsikan ke halaman akaun facebook masing-masing.


HADIAH YANG DI TAWARKAN

Hadiah yang di tawarkan memang awesome giler sebab tu lah aku nak ikut serta juga. Siapa yang dapat menangi hadiah ni memang sangat-sangat bertuah. Nak tahu apa hadiahnya? Aku rasa ualls tentu boleh teka.. ye lah dah nama pun website 'Travel' (Traveloka) maka hadiah yang di tawarkan juga semestinya ada kaitan dengan travel juga. 

Hadiah awesome yang aku maksudkan di sini ialah :
  • Grand Finale prize 6 hari 5 mlm di Seoul ( Flight & accommodation untuk 2 orang)
  • 1st runner up 5 hari 4 malam di Phuket ( Flight & accommodation untuk 2 orang)
  • 2nd runnder up 4 hari 3 malam di langkawi ( Flight & accommodation untuk 2 orang)

manakala untuk penyertaan melalui facebook pula akan berpeluang untuk memenangi:
  • 2 baucher traveloka yang bernilai RM1000 untuk 2 orang

So, apa pendapat ualls? Berbaloi ke tidak? Kalau ualls tanya aku ni semestinya aku cakap berbaloi sebabnya hadiah yang di tawarkan sangat-sangat best! Tak cuba tak tahu dan siapa sangka ualls pemenang yang di cari-cari tu. Tak pasal-pasal dapat percutian luarnegara percuma bersama si suami / isteri. Seronokkkkknyaaaaa....

JOM KITA JOIN SAMA-SAMA =D


6 comments:

  1. Menarik!! Nanti ciktie nak join la

    ReplyDelete
  2. haruslah seronok...dapat pi bercuti ..bestnyaaa

    ReplyDelete
  3. Join dah dapat 128 hihihihi hari ini tak lagi nanti nak join hihihihi

    ReplyDelete
  4. nak cubala.. rezeki mana tahu hehehe..

    ReplyDelete

BE GORGEOUS

[BEAUTY][twocolumns]

SIMPLE COOKING

[Home Recipe][twocolumns]

INSTA STORY