Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AZMIL MUSTAPHA MENINGGAL DUNIA

AZMIL MUSTAPHA MENINGGAL DUNIA??? Betul ke ni? Terkejut aku apabila mendapat tahu tentang hal ini tadi. Kesahihannya juga turut di muatnaik ke Berita Harian Online dan menurut BH, arwah meninggal sekitar jam 1 tengah hari tadi di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam.


Berdasarkan laporan Berita Harian lagi, menurut adik kepada Allahyarham yang bernama Aziq Mustapha, arwah difahamkan meninggal dunia sewaktu tidur kerana tidak terjaga ketika dikejutkan. Allahyarham juga telah meninggalkan dua bekas isteri berserta dengan lima orang anak. Berita pemergian arwah ini dikongsi oleh satu-satunya anak lelaki beliau yang bernama Mohd Bazli kepada wakil BH Online sebagai pengesahan,

"Kami akur dengan ketentuan ini. Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami.


"Setakat ini, saya tidak dapat pastikan dengan tepat bila arwah bapa akan dikebumikan," katanya.


Semasa hayatnya, Azmil pernah dua kali mendirikan rumah tangga. Dalam perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan anak perempuan, Shamira. Azmil juga memiliki empat anak iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia dalam perkahwinan keduanya. Sejak dua tahun lalu, keadaan kesihatan Azmil yang banyak membintangi filem box office era 1980-an seperti Ali Setan, merosot dan pernah dilaporkan kritikal.

Walaubagaimanapun, aku respect dengan beliau kerana berjaya berhijrah. Masih aku ingat lagi lakonan nakalnya bersama Ogy di dalam filem Ali Setan yang masih lagi boleh di ingat hingga ke hari ini. Sejak berhijrah , arwah lebih banyak menghabiskan masanya dengan berdakwah dan sama-samalah kita berdoa supaya rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.... 
(14 Feb 2018)

8 comments for "AZMIL MUSTAPHA MENINGGAL DUNIA "

  1. baru je terdengar berita dalam radio tadi. Afatihah

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah. Muka arwah dari muda sampai tua tak jauh berubah kan

    ReplyDelete
  3. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihirojiun....al-fatihah

    ReplyDelete
  5. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ.

    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..

    ReplyDelete
  6. Innalillahiwainnailaihiraaji'un. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...

    ReplyDelete
  7. Takziah untuk keluarga Azmil.. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  8. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.
    Saya peminat filem2 80an... :'(

    ReplyDelete