Pada 10-Feb-2018 (Sabtu) yang lalu, bersempena dengan kedatangan rakan bloggerku Sis Gee yang berasal dari Terengganu, aku mengambil keputusan untuk membawa Sis Gee and famili untuk meronda jalan -jalan cari makan di sekitar Kelantan. Seperti biasa semestinya tidak lengkap tanpa berkunjung ke Pasar Besar Siti Khatijah namun di sebabkan masa yang sudah agak terhad aku buntu di mana perlu aku bawa Sis Gee dan keluarganya lagi.

Fikir punya fikir akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke MUZIUM KELANTAN. Ini kerana aku sendiri belum lagi menjejakkan kaki ke situ. Anak-anak apatah lagi. Selalunya tiba hujung minggu asyik luang masa untuk siar-siar dan shopping saja tetapi kali ini aku mahukan sesuatu yang lain. Maka muzium adalah salah satu tempat yang paling tepat untuk kami kunjungi.



Niat di hati kononnya ingin perkenalkan lebih detail berkaitan negeri Kelantan yang kini menjadi tempat tinggal utamaku ini kepada Sis Gee dan secara tidak langsung kepada diri aku sendiri namun sebaik saja tiba di sana ternyata sangkaan kami meleset sama sekali. Kami bayangkan hanya perlu membaca membaca dan membaca tetapi rupa-rupanya pihak muzium jauh lebih bijak daripada kami. Hahaha..

Ualls nak tahu apa yang berlaku? Haaa.. jangan terkejut jika aku katakan bahawa terdapat pameran lain yang berada di situ. Apabila bertanyakan kepada wakil pihak muzium yang bertugas, katanya akan ada lebih kurang tiga (3) jenis pameran yang baru bersilih ganti saban tahun demi untuk memberi ilmu yang baru kepada para pengunjung. Oooo begitu rupanya. Aku ingatkan selama-lamanya asyik pameran yang sama je. Hmmmm... my bad.. maafkan kami sebab tak pernah ambil tahu...



Sudah rezeki kami agaknya, apabila sampai kami di perlihatkan dengan pameran yang bertemakan saintis dan teknologi daripada zaman kegemilangan Islam yang kini masih lagi di gunapakai ilmu itu untuk mencipta barangan yang baru. Sebagai contoh peralatan pembedahan, kamera, senjata perang dan sebagainya. Terus terang aku pernah baca semua ini melalui internet tapi apabila dapat lihat replika dan sebagainya yang jauh lebih detail daripada ilmu di internet membuatkan aku dan famili semakin teruja.


Besarnya meriam...!! 
Ohya, aku juga nak beri pujian pada pihak muzium kerana benar-benar bersungguh-sungguh ingin memberi ilmu kepada kami.  Ini kerana bukan hanya ada tayangan dalam pelbagai bentuk untuk memudahkan kami supaya lebih faham malah turut di anjurkan sebuah pertandingan kepada para pengunjung. Pertandingan ini berbentuk silangkata dan pengunjung boleh dapatkan semua jawapan melalui info-info yang tertera di dalam muzium.

- Keterujaan anak-anak kami untuk memulakan misi mencari ilmu bagi menjawab soalan silangkata -
Jika buntu, ualls boleh mohon pertolongan daripada wakil muzium yang sangat peramah untuk membantu menerangkan segalanya dengan lebih detail. Tapi awas!! Jangan cuba-cuba tanya jawapan pulak.. Hahaha.

- Cari jawapan sampai dalam gua ??? Best tu.. -

Pertandingan ini terbuka pada semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur. Setelah membayar harga tiket ualls akan di beri kertas berserta soalan dan ualls boleh start nikmati pameran ini dengan mengikut soalan yang di tanya. Dengan cara ini ualls bukan hanya dapat mencari ilmu malah berpeluang untuk memenangi hadiah. Setelah siap, ualls hanya perlu masukkan ke dalam kotak yang telahdi sediakan oleh pihak muzium di pintu masuk dan keputusan akan di pilih dengan cara cabutan setelah pameran ini berakhir pada 01 Mac 2018 nanti. Semua pemenang akan di hubungi sejurus selepas itu dan akan di umumkan melalui facebook utama milik Muzium Kelantan juga.



HARGA TIKET mengikut jenis pameran dan untuk pameran ini harganya adalah:

  • RM3 untuk kanak-kanak
  • RM5 untuk dewasa
  • RM15 untuk seisi keluarga

Sepanjang aku berada di situ, anak-anak aku semuanya happy. Malah aku juga tidak terlalu penat walaupun dengan adanya Kasih dan Awwal. Ini kerana suasana di dalam muzium itu sangat sesuai untuk kanak-kanak. Jika penat, ualls boleh ajak mereka duduk melayan tayangan gambar sementara  melepaskan lelah. Aku turut ambil kesempatan itu untuk berikan susu pada Kasih. Yesss.... =D



Setiap pertandingan haruslah ada hadiah dan antara hadiah yang ditawarkan untuk pertandingan ini adalah barangan eletktrik, basikal, hamper dan lain-lain lagi.



Ohya, ketika berada di situ turut terdapat satu upacara penyampaian hadiah. Rata-rata yang menerimanya adalah kanak-kanak. Apabila bertanyakan pada pihak muzium, kata mereka itu adalah acara mewarna yang sudah pun berlangsung pada pagi tersebut. Alaaaa... terlepas.. Aku lihat hadiah saguhati pun punyalah besar. Bertuah adik-adik tu punya mak ayah yang sentiasa alert. Aku ni? Memang tak tahu pun yang kat situ ada pertandingan mewarna.

credits: Facebook Muzium Kelantan
Itulah siapa suruh tak follow facebook rasmi muzium Kelantan kalau tidak tentu boleh ikut serta. Takpe, lepas ni aku akan follow rapat-rapat.

Acara pemberian hadiah bagi pertandingan mewarna
PANDANGAN PERIBADI
Aku amat berterimakasih kepada pihak muzium Kelantan kerana sudi melayan kami semua dengan senyuman yang manis dan ramah. Terasa bagaikan berada di rumah sendiri pula. Suasana juga selesa dengan adanya tempat duduk untuk berehat dan juga tandas yang turut ada di dalam bilik pameran ini. Sebagai ibu seperti aku ianya amat menyenangkan kerana tidak perlu keluar masuk apabila anak ingin ke tandas.

Aku juga amat berpuashati dengan susun atur pameran yang amat memudahkan pergerakan orang ramai terutamanya kanak-kanak yang masih kecil. Barangan yang di pamerkan turut di letakkan di dalam bekas dengan tahap ketinggian yang sepatutnya supaya tidak mudah jatuh menimpa kanak-kanak ini. Alhamdulillah, buat pengunjung yang baru pertama kali melangkah ke situ aku amat berpuashati dan semestinya aku akan cuba kembali lagi untuk mengintai pameran yang lain pula.


Pada yang sedang berada di Kelantan, tidak kisahlah samada orang tempatan ataupun orang luar, sila-silalah berkunjung ke Muzium Kelantan dan jangan lupa untuk sertai pertandingan silangkata seperti kami. Mana tahu rezeki ualls dapat menang nanti. 
Warga muzium yang sporting dan peramah
Dan seandainya ada masa lebih ualls bolehlah berkunjung ke muzium Kelantan yang lain juga ini kerana terdapat 9 buah muzium ke semuanya di negeri Cik Siti Wan Kembang. Muzuim lain yang terdapat di sini selain daripada Muzium Kelantan ini adalah:
  • Balai Seni Lukis Negeri Kelantan
  • Muzium Wau
  • Muzium Istiadat (Istana Jahar)
  • Muzium Di Raja (Istana Batu)
  • Muzium Kraftangan
  • Muzium Islam
  • Muzium Kuala Krai
  • Muzium Perang
Muzium Perang di tutup sementara kerana sedang dalam proses pengubahsuaian. Harap Maklum

Sedikit video daripadaku sempena kunjungan kami sekeluarga ke Muzium Kelantan.

Ualls pernah lawat mana-mana muzium tak? Kalau ada, kongsilah sikit kat komen tu... 

Facebook : Muzium Negeri Kelantan
Lokasi : Berdekatan dengan roundbout 'Pohon Kurma'



" Jemput komen dan follow blog untuk tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan dan follow blog anda semula nanti. TQ "